Sedar-sedar K.An dengar ketang-ketung kat dapur. A.Azam 'repair' sinki yang dok menitik, dan kata nak masak sarapan hari ni. Ok... menu kegemaran A.Azam..nasi goreng la tu.
Kalau orang lelaki yang memasak, tau je la.. bahannya, yang K.An biasa guna 3 kali masak, dia guna sekali masak je..ayam, ikan bilis, telur.., semua masuk. Tu yang lagi sedap. K.An bagi can la dia guna dapur hari ni. Boleh juga masukkan nasi goreng dia dalam blog.. He..heh. Sambil tu K.An cuci kain, sidai kain dan mengemas..
Tiba-tiba, Allah...!!! dengar kat dapur.. Apa hal pulak ni..? Rupanya A.Azam dah terpecah telur busuk kat dalam rencah nasi goreng dia yang dah sedap baunya tu... he..heh.. Kantoi..! Camna ni? K.An tengok, separuh kuali je yang kena.. tapi A.Azam kata buang je semuanya.. K.An tak komen apa-apa, cuma tolong dia kemas dan cuci semua bekas-bekas yang dia guna tadi.
K.An pandang dia sambil sengih, tanya... Nak An masak ke..?.. Nak gi kedai je...? Ha..hah. Gi Kedai jelah.. Kami pun siap-siap.. start kereta, pergilah Darussalam.. Macam-macam ada..!
Tapi yang penting, pengajarannya, setiap kali nak masak telur, pecahkan dulu kat dalam mangkuk, baru masuk periuk atau kuali. K.An dah pernah terkena.. jadinya memang sentiasa berjaga-jaga. Kalau tak sabar, boleh menangis dibuatnya kalau apa yang kita nak masak.. hancur dek telur busuk tu..
Tengahari K.An masak sambal Ikan keli.. esok K.An masukkan resepinya.. Ptg ni K.An buat cekodok pisang atau jemput-jemput pisang. Dah jadi 'trademark' keluarga kami, cekodok pisang mesti comel-comel, sebesar buah guli je..
Resepi ni boleh guna untuk buat lempeng pisang yang K.An janji hari tu juga.. senang..
Jemput-jemput Pisang Comel
Bahan-bahan:
10-12 biji pisang awak yang masak (ikut saiz) -potong 4
5 sudu besar gula
1/2 cawan air
*** masukkan dalam blender basah- kisar sampai hancur rata
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Campurkan bancuhan pisang dengan tepung gandum dan garam. Gaul dengan senduk hingga sebati.
2. Panaskan minyak. Jemputkan adunan guna hujung jari ke dalam minyak yang dah panas tadi. 3. Buat sampai penuh kuali. Kacau dan balik-balikkan gorengan agar tidak hangus.
4. Bila cekodok berwarna perang gelap, bolehlah diangkat. Toskan di dalam penapis beralas tisu dapur dan sedia dimakan panas-panas.
4 comments:
salam kak an..
kak an....cemana nak buat buboq asyura...teringin nak mkn, nak try buat sendiri. he he he.
Ada beberapa versi bubur asyura: Ada yang manis seperti kuih,bubur yang manis, dan ada juga yang masin yang lengkap pelbagai sayur macam kat kampung K.An dan ada juga yang berempah macam versi pantai timur. Mama eshaelyn suka versi mana?
hmmm...saya suka yg manis dan ada banyak sayur/bijirin, keras2 skit cam koleh kacang tu bley potong2...hehehe sedap kan...
Hmm..K.An pun suka versi kuih tu. Kejap lagi K.An tulis resepinya..
Post a Comment