Sunday, November 2, 2008

Kuih Cara Berlauk

Bahan untuk bater:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan cair
1 biji telur
3 cawan air biasa
2 sudu teh garam
kunyit secukupnya

* campur semua bahan dan gaul menggunakan 'whisk' sehingga sebati. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan cair seperti adunan roti jala.

Bahan untuk inti (+- 50 biji kuih cara):

1/2 cawan isi ayam dicincang kecil
2 sudu besar rempah kari ayam/daging dicampur 1/2 cawan air
1 labu bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang kecil dipotong dadu
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
1/2 cawan air
garam, gula secukup rasa



Cara-cara:

1. panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. campurkan 1/2 cawan air lagi. Kacau perlahan-lahan agar tidak hangus.
3. masukkan isi ayam. kacau rata dan tutup periuk seminit. masukkan garam dan sedikit gula. masak hingga pekat. Sejukkan.

Bahan-bahan ditabur di atas kuih:

1 cawan bawang goreng
1/2 cawan daun sup dan bawang
2 biji cili merah dihiris nipis panjang 1cm (spt dalam gambar)

Cara memasak:

1. Panaskan acuan kuih cara. Gunakan api perlahan dan rata untuk acuan sepanjang proses memasak. sapukan margerin ke dalam acuan menggunakan daun pandan yang diikat.

2. Tuang bater ke dalam acuan hingga hampir penuh. Isikan 1/3 sudu kecil inti ayam di tengah kuih. taburkan bwg goreng, cili dan daun sup/bawang seperti di dalam gambar.

3. Tutup acuan menggunakan tudung kaca, supaya senang nak tengok kuih dah masak ke belum.

4. Kuih masak apabila keluar wap dan warna kuih bertukar kuning pekat. Buka tutup dan keluarkan kuih menggunakan 2 garpu kecil.

*** Ulang proses 1- 4 hingga habis bater dan inti

4 comments:

resmipadi said...

sedap nya....!
nanti banyak lagi resepi yek..

Azura said...

Kak An,
Salam wbt,
Saya cari petua buat sirap org kawin tu, betul ke ada org letak kulit telur nak bagi sedap. Tak jumpa pun jawapannyer, tapi tersinggah akak punye blog yg best nih :) Nostalgia sungguh.. seronok baca pasal bubur lambuk. Rindu betul dgn masakan Melayu & Malaysia...

Saya ada petua nak simpan telur -petua murah je (saya student lagi, duduk pun kat rumah sewa je). Saya simpan dlm bekas kertas yg asal masa beli tu dlm laci, kabinet pun boleh...

Bila nak guna telur, ambik & pakai telur kat barisan yg terdepan, pehtu anjakkan yg lain ke depan lah....jadinye barisan yg last sekali tinggal kosong... bila beli batch baru, letak la di belakang sekali. Takkan tersilap dah, insya Allah :) Belipun bila stok teramat sikit atau tak cukup.

* QaSeh BoNda * said...

suke sgt kuih niii..nak cubela..sebelom ni mak je wat kan..ehe..3me kasih..bg share resepi..

* QaSeh BoNda * said...

suke sgt kuih ni..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin