Wednesday, November 12, 2008

Bubur 'Asyura


Assalamualaikum,

Bila mama esyaelyn minta resepi bubur asyura, K.An terus teringat kemeriahan menyediakan bubur 'Asyura di kampung. Masa kecik-kecik dulu memang 'best' ikut mak pergi surau masa kenduri 'Asyura. Kalau kenduri kahwin, tukang masaknya lelaki, tetapi hari ni, kaum Hawa diberi peluang berkumpul ramai-ramai di surau seawal pagi untuk menyediakan bubur 'Asyura. Budak-budak macam K.An waktu tu pulak dapat le main-main dengan kawan-kawan kat keliling surau.

Setiap orang akan bawak bahan-bahan mentah ikut kemampuan masing-masing. Ataupun yang ada ditanam di keliling rumah. Contohnya beras, keledek, jagung, labu, Sayur pucuk manis, kacang panjang, labu air, cili dan macam-macam lagi... Meriah...! Sampai sekarang tradisi tu masih ada di kampung K.An (Parit Haji Amin), cuma K.An tak berpeluang balik masa hari buat bubur tu... rindu jugak suasananya.

Elok jugak agaknya kalau sesekali kita pakat ramai-ramai kongsi bahan, buat bubur 'Asyura kat pekan ni. Jimat pun jimat... makan pun sedap.. he..heh

Bubur 'Asyura manis

Bahan-bahan:

Pelbagai jenis kacang ikut kegemaran, tapi K.An selalu buat yang paling asas;

Kacang hijau, kacang merah, kacang putih, kacang parang, kacang kuda dan kacang soya
Semuanya sikit-sikit, lebih kurang segenggam. Senang kalau beli di pasaraya yang timbang sikit-sikit tu.

K.An dah buat:

1/2 cawan kacang merah (kidney bean)
1 cawan kacang hijau
1/2 cawan kacang putih (black eyed bean)
2 sudu besar sagu biji
1/2 cawan air gula melaka (pekat daripada sekeping gula melaka)
1/2 cawan- 3/4 cawan gula pasir (ikut rasa manis)
2 sudu teh garam
5 cawan santan
1 cawan tepung beras
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 helai daun pandan diikat
4 biji pisang awak masak dihiris 1/2 sm

Cara-cara:

1.Rendam semua kacang berasingan semalaman. Pagi tu, rebus kacang, berasingan juga sampai empuk. Lebih mudah kalau rebus guna 'pressure cooker'. Kalau guna periuk biasa, kena sabar sikit sebab ada kacang yang agak keras dan lambat empuk.

2.Bila dah empuk, toskan kecuali kacang hijau dan ketepikan dulu.

3.Sambil tu sedia bahan lain untuk dijadikan kuih. Masukkan santan, air gula merah, gula pasir, tepung gandum, tepung beras, daun pandan, tepung jagung ke dalam periuk. Masukkan semua kekacang.

4. Kacau dulu guna pemukul ('whisk') hingga tepung larut. Cedok 2 cawan campuran kacang, santan dan tepung dan kisar dengan pengisar basah hingga halus. Masukkan semula ke dalam periuk.
5. Hidupkan api sederhana. Kacau sentiasa bubur dengan senduk agar tidak hangus. Apabila bubur mula mendidih, perlahankan api. video

6. Bila bubur pekat masukkan pisang dan garam. Tambahkan gula putih kalau masih belum cukup manis.

Kalau suka, boleh tambah jagung, nangka atau kismis, supaya ada rasa masam-masam manis.. Bila bubur telah pekat dan berkilat, keluarkan daun pandan dan tuang bubur ke dalam
loyang atau bekas. Ratakan dan sejukkan. video

Bila dah sejuk boleh dipotong macam kuih talam..

*** kali pertama cuba, mungkin tak berapa jadi, tapi jangan putus asa, cuba dan terus mencuba..
***kepada yang tak tahan makan benda berangin macam kacang-kacang ni (macam adik K.An si Nida.. he.heh..) sedialah minum air halia madu atau makan pil garlic kalau tak nak sakit perut.

3 comments:

MAMA ESHAELYN said...

alahaiii bestnya kak an...terima kasih la banyak2. insyaAllah nanti saya cuba. kalau sedap saya btau/bagi rasa, tak sedap saya dok diam2 he he he.

raihan shaari said...

Buat bubur camni, xde salah/ betul..Kadang-kadang w/pun lembik tak blh potong, rasa tetap sedap. Terpaksalah makan pakai sudu... he..heh..

pnsusu said...

terima kasih resepi ni kak an..su su nak cuba buat,,

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin