Tuesday, June 30, 2009

Sedapnya Laksa Johor...

Disebabkan kerajinan abg. Azam, hari Sabtu tu, siap 1 kg spaghetti di dapur kami. Dah jamu Zura dan Ariff, ada banyak lagi spaghetti yang tinggal... jadinya buat laksa johorlah kita....

Ada kisah benar di sebalik Laksa Johor ni.. tapi nama dan tempat dirahsiakan ye..
Di suatu ketika... selepas Raya di Malaysia ni, semua orang sibuk buat rumah terbuka.. puasa sebulan, raya pun sebulan.. meriah dan seronok juga sambil merapatkan hubungan silaturrahim.. K.An dan abg Azam dipelawa K.T dan Abg Zul ke rumah kawan mereka yang buat rumah terbuka ni..

Dipendekkan cerita, dia jamu tetamu dengan laksa Johor. Masing-masing ambik sepinggan dan makan... Bila jamah je.. tak ingat dah pun macamana rasanya, tapi tak boleh giii.. Kawan abg Zul siap tanya..."Camna zul, sedap ke..?" Dengan penuh susah-payah, abg zul kata...sedaap.. Kami habiskan juga makan dan bila keluar je dari rumah tu, K.An ngan K.T pakat gelak sampai keluar air mata sebab mengenangkan rupa abg Zul yang berusaha menghabiskan laksa johor tu...

Sejak hari tu, K.An tak jamah Laksa Johor sebab takut tak boleh gi lagi sehinggalah di satu hari, kami sekeluarga makan hi-tea di hotel UiTM... salah satu juadahnya ialah Laksa Johor. Memandangkan rupanya mengancam dan baunya menyelerakan, K.An cuba semangkuk.. Kalau macam ni rasa laksa johor, memangla sedaaap.. alhamdulillah k.an cuba, kalau tidak tak merasa lah keenakan laksa johor yang sebenar.
Semenjak tu, dah banyak kali k.an makan laksa johor yang sedap rasanya. Antaranya yang dimasak K.Za isteri Kamal, Dalila isteri Kapten Razali dan Laksa Johor di Restoran Anje Beriyani Gam.
Tapi ini kali pertama K.An masak sendiri laksa johor dengan spaghetti Made In Putrajaya..
Resepinya dalah gabungan pelbagai koleksi resepi laksa johor termasuk berpandukan resepi Chef Nazri (anak Chef Wan)dalam rancangan memasaknya di TV 2.

Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)

100 gm ikan tenggiri (1- 2 keping)
300 gm ikan kembung putih (pelaling)
3 sudu besar kerisik ( Kelapa disangrai garing dan ditumbuk halus hingga pecah minyak)
2 sudu besar rempah kari ikan (bancuh dengan 1/2 cawan air)
1/2 cawan cili kisar (daripada 10 tangkai cili kering)- tambah jika suka lebih pedas
3 keping asam keping
1/2 cawan udang kering dikisar halus

Bahan dikisar halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit halia
sedikit lengkuas
2 batang serai dihiris

1 sudu besar ketumbar biji ditumbuk halus

1 cawan santan pekat
1 batang serai dititik
segenggam daun kesum
1 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar gula
1 batang bunga kantan (k.An tak letak sebab tak ada) dihiris kecil

Bahan ditabur:

1 batang timun dihiris nipis dan potong membulat seperti buat nasi kerabu (jadi gelang lilit)
1 labu bawang besar dihiris nipis
limau kasturi
tauhu goreng dan potong kecil
kacang panjang dihiris nipis
taugeh dibersihkan (tak perlu celur)

Cara membuat kuah:

1. Rebus ikan bersama 6 cawan air dan asam keping hingga mendidih dan empuk. Toskan ikan dan asingkan tulang dan isinya. Simpan air rebusan ikan untuk proses seterusnya.

2. Kisar isi ikan dengan mencampur 2 cawan air rebusan. Ketepikan dulu.
3. Panaskan 1/4 cawan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar, rempah kari dan kerisik dan tumis hingga pecah minyak. Gunakan api perlahan dan kacau sentiasa.
4. Tambahkan sedikit air rebusan. Masukkan isi ikan, ketumbar, dan udang kering . Tumis lagi hingga wangi. (baunya memang sedap.. ada bau rempah kari, kerisik, serai..mmmph)
5. Masukkan kesemua air rebusan dan santan dan biar kuah mendidih. Tambah air jika kuah terlalu pekat. Masukkan serai, daun kesum dan bunga kantan dan air asam jawa. Masukkan garam secukup rasa dan gula. Biar kuah mereneh kerana kuah laksa bertambah sedap apabila dididihkan berulangkali.
Hidangkan bersama spaghetti dan bahan taburan.. Laksa Johor juga dihidangkan bersama sambal belacan jika suka...

Moral of the day...
*** jika kali pertama kita merasa makanan tapi rasanya tak kena dengan selera kita, tidak semestinya ianya tak sedap... cuba dan cuba lagi.. dan kalau tak kena juga, bukan rezeki kita lah agaknya...

** asalnya nak jamu atie (adik ipar k.An yang ada anak kembar 3 tu..)ngan family dia, tapi tak jadi datang. So..K.An bungkus, pergi asrama Iqbal, makan ngan dia.. Dia kata dia lebih suka Laksa Johor ni daripada Laksa biasa (Penang /Utara).. hilang penat masak.. abg Azam dan anak-anak lain pun suka.. nyam..nyam

10 comments:

Mat Gebu said...

salam...Kak, saya pun ada simpan resipi laksa Johor dari Chef Wan...seingat saya dulu2, dia ada buat rancangan masak masa bulan puasa (tahun tak ingat pulak dah)..dia ada bawak mak angkat dia yg mmg asal org Johor Bahru..dan resipi makcik tu mmg pure and genuine laksa johore..dan penyediaan dia begitu rumit...saya nak juga try buat, TAPI bila mengenangkan nak asingkan isi ikan parang dari tulang dia, terus mcm terkubur...tapi nak juga buat nanti..apa2 pun syabas yeaa kerana berani mencuba...

BuahKranjiDalamPerahu said...

memang sedap, tak salah saya pilih orang johor jadi bini..hari hari boleh makan nie...

blogresipi said...

Akak.. laksa johor memang makan dgn spagetti ke? kite tak pernah try nie.. jakun sket.hehe

Raihan Shaari said...

> mat gebu: memang dah lama nak buat mat.. tapi tak dapat ukur kesedapannya sehinggalah berulangkali makan terutama di Restoran Anje Beriyani Gam (mat cubalah nanti) kuahnya sedap dan pekat.. kali ni k.an beranikan dan rajinkan diri buat.. kalau ikan parang, alamat tak jadi le laksa k.An yang ada banyak iklan kiri-kanan waktu memasak ni.. tu sb guna ikan tenggiri dan pelaling je supaya senang buang tulang.. alhamdulillah mat, berbaloi... lain kali boleh buat lagi..

Raihan Shaari said...

Buah KranjiDalamPerahu; untung la badan dapat isteri orang Johor ye.. nanti cuba rasa k.An buat pulak.. lulus ke di tekak orang Johor .. heheh..

Raihan Shaari said...

to blogresipi..:Ijan sayaaang... laksa Johor guna spaghetti ye.. jangan pulak Ijan guna Laksa beras tu.. marah orang Johor nanti.. Kiranya orang Melayu Johor ni advanced sikit.. orang tua-tua pun pandai sebut spaghetti.. Lain tempat lain masakannya kan. Kalau laksa Sarawak, mereka guna mihun.. yang ini pun k.an belum cuba makan..

blogresipi said...

Kire canggeh la org johor nie ye Kak.. mak kite nak sebut spagetti pun terpeleot lidah.. dia bantai sebut 'geti-geti' jer..hehehe... :D
Alamak..wendu plak dekat mak.huhu

Salt N Turmeric said...

Salam K.An. I jumpa blog masa cari tips nak shapekan spaghetti jagi no.8. Baru je call my aunt for the recipe tapi tak faham bila dia cakap how to bentuk kan spaghetti tu. lol.

Nanti i will gabungkan both my aun'ts recipe and anak chef wan's for my openhse. TQ for sharing!

Farina

MDM.JUWITA said...

salam, hari ini saya mencuba resepi laksa Johor memang sedap dan menjadi la pula!1st time in my life!bahan-bahan senang cari di sini (France) ada kedai Vietnam. saya guna 2 packet spaghetti dan ikan tuna tin tapi memang uumph!!tq for the resepi

Raihan Shaari said...

Salt n Tumeric.... tak tebalas msg you awal2 lagi, sorry ye, K.An baru perasan.. kalau ada kemusykilan, tanya kat chat box ye...

Mdm Juwita.... Tahniah sebab mencuba. Alhamdulillah menjadi pulak.Tentu puas hati dapat makan home-made laksa Johor di perantauan... keep-in-touch ye..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin