Friday, June 26, 2009

Pizza.. pizza lagi dan lagi...

Hari terakhir cuti sekolah, sempat juga 'order' delivery Domino pizza untuk Iqbal yang dah lama mengidam pizza. Dulu masa di Bandar Seri Putra, K.An selalu buat pizza kat rumah sebab tak ada langsung delivery pizza atau restoran pizza terdekat. Kadang-kadang saja suka-suka telefon pizza Hut tanya tak hantar ke pizza ke sini...? Dah tau pun, tapi saja gatal nak tanya.
Bila dah pindah Putrajaya, Pizza Hut dekat boleh 'dine in' dan tahun ni yang malangnya beberapa langkah di belakang rumah kami dah ada Domino Pizza... Kupon-kupon promosinya memang sentiasa menggoda. Tapi memang puashati sebab tak payah susah tunggu..telefon..haa.. sampai depan pintu. Kat dalam gambar tu, kami order pizza Tuna Temptation New York Crust. Xtra Large.. Sedaap..
Esoknya anak-anak dok sebut nak makan pizza lagi.. Kena buat le jawabnya. Kalau tidak boleh rabak poket dibuatnya... petang, siaplah pizza gitu-gitu. Topping ayam, bawang, nenas, tomato puri dan sliced cheese... Gitu-gitu pun liciin..

Ujung minggu lepas Iqbal balik lagi sebab minggu ni sekolah ganti. Sabtu, K.An sedia sarapan pizza lagi. Kali ni topping, sos tomato, bawang, capsicum, daging dan tuna putih (dalam minyak) nenas letak lebih....
Tak ada stok Mozarella cheese...Guna sliced cheese je sebab tu je yang ada... Semua kata.. sama je rasanya macam kat kedai. Rotinya K.An buat nipis ala-ala New York Crust juga... Alhamdulillah... puas hati kenyangnye..
Tengahari, kami makan di Food Court UNITEN. K.An teringin nak makan asam pedas. Siapa tak pernah rasa, nak makan asam pedas, pergilah ke sana. Macam-macam ikan ada... pari, sembilang, daging tetel, (menggoda betul) patin, tenggiri, semua sedaap.. hari tu K.An makan asam pedas patin dengan nasi putih... mmmph.. memang boleh ulang lagi

2 comments:

blogresipi said...

Dah meriah macam tu sekali tu kak..bukan gitu2 dah tue... sama jer mcm order kat kedai... buat sendiri boleh taruk byk accessories.hhehe

Raihan Shaari said...

hahah.. anak-anak akak ni kalau boleh, semua nak taruk.. n semua nak lebiiih.. kalau beli;.. xtra je, xtra RM le jawabnye kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin