Monday, June 22, 2009

Banjar Asli wajib kenal Wadei Kipeng

Semalam ada program kesukaan ramai di rumah K.An... hihik.. program makan-makan la.. kali ni sebab nak memperkenalkan bakal ahli keluarga baru InsyaAllah. Memandangkan peti ais rumah K.An yang selalunya diisi dengan pelbagai makanan, maka terpilihlah jadi tuan rumah di antara 4 beradik yang ada di kawasan Semenyih, Balakong dan Putrajaya..
Macam-macaaam ada sebab kami sediakan makan tengahari sekali dengan makan petang. K.An masak lauk-pauk daging masak lemak cili api (dengan belimbing buloh), ikan bakar dengan air asam, udang goreng kunyit dan kerabu epal. Kak T bawak triffle, moon bawak agar-agar marble dan Cu Da bawak kek batik. esok K.An masukkan resepi untuk yang lain tu. Hari ni kita layan kuih tradisi Orang Banjar yang selalunya disajikan ketika ada majlis atau kenduri istimewa seperti kenduri bertunang, akad-nikah, pergi ke Mekah, cukur jambul atau apa-apa kenduri kesyukuran yang lain.

Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)

500 gm tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
1 sudu teh air kapur cair
2 -3 cawan air suam- ikut jenis tepung
1/4 sudu teh garam
2 cawan air gula melaka/ gula merah (k.an masak 1 keping gula melaka dengan 2 cawan air)-tapis
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul
3-4 sudu besar gula putih- ikut citarasa
2 cawan santan sederhana pekat

Cara membuatnya:

1. Masukkan tepung pulut, tepung beras dan garam ke dalam mangkuk. masukkan air kapur dan bancuh tepung bersama air suam sehingga menjadi doh lembut.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya doh tidak terlalu lembut atau keras. Sediakan talam besar yang ditabur dengan sedikit tepung gandum atau pulut.

3. Cubit doh dengan hujung jari sebesar duit 5 sen dan bulatkan. tekan bebola dengan dua jari menjadi sedikit leper seperti dalam gambar. Letakkan ke dalam talam. Buat hingga habis.



4. Didihkan air gula melaka bersama daun pandan di dalam periuk. Masukkan kepingan kuih yang telah siap ke dalam periuk. Perlahankan api. Kacau sentiasa hingga kuih timbul (menandakan telah masak) Masukkan santan.


5.Tambahkan gula putih dan garam secukupnya. Didihkan dan tutup api. Wadai kipeng sedap dimakan 3 jam selepas dimasak ketika kuahnya telah meresap ke dalam kuih.

3 comments:

blogresipi said...

Kueh ni ada iras2 kueh yg nenek kite suke buat la Kak.. tp nama die lain n nenek kite guna kelapa parut bersira gula melaka mcm tue... memang sedap...lama betul tak makan... mintak kak An punye cikit lah.hehe

Raihan Shaari said...

meh..meh jemput Ijan. K.An tau kuih tu. Rasanya itu versi selatan.. Kakak K.An kata mertua dia orang Melaka pun buat camtu... Tapi memang sedap juga.. Ijan masuk la dlm blogresipi nanti yea..

Nor Liyana Mohamad Rosly said...

saya tengah cari2 resepi wadai kipeng, jumpa kat blog ni. terima kasih share resepi. dulu opah saya selalu buat ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin