Monday, June 29, 2009

Sandwich Ayam

Ada ayam goreng yang tak habis dimakan terutama bahagian dada, jangan dibuang... Meh K.An jelmakan dia jadi sesuatu yang sangat sedap lagi menyelerakan.. (k.an belajar daripada k. Khairani -Nani UiTM).. tiba-tiba terasa rindu pulak dekat k.Nani..huhuk..
Bahan-bahannya macam kat dalam gambar tu;
Ayam goreng (panggang/ berempah/KFc/ ayamas dll)-hiris nipis-nipis
Salad/ timun/ tomato
margerin/ mayonaisse
sos cili jika perlu- kAn tak letak sebab guna ayam goreng pedas KFC yang tersangat pedasnye..
Roti sandwich dibuang kulitnya (jangan buang, nanti k.an bagi resepi agar-agar guna kulit roti pulak)
Cara membuatnya: senang dan seperti sandwich lain; sapukan kepingan roti dengan margerin. Sapukan mayonaisse. Lagi banyak, lagi sedap. Boleh letak thousand island kalau suka...Susunkan timun, dan salad yang lain. Letak kepingan ayam dan cantumkan roti... Dah siap.
*** K.An bungkus dalam plastik dan siap untuk bekal anak dan abang Azam esoknya..

4 comments:

resmipadi said...

ayam goreng tu kawan a.azam bagi di pejabat. memang sedap dan lazat bila k.an men"transformer"kan jadi sandwich. tapi ayam tu seketul, jadi ciput je le.. apapun alhamdulillah, rezeki Allah..

Raihan Shaari said...

oppss.. asalnya 2 ketul tau, tapi dah dibuat lauk makan nasi..:).. tapi kan bang, lagi sikit, lagi sedap.. berebut-rebut, laaagi sedaap..

blogresipi said...

Betul la Kak An...jgn di bazir2 ayam yg tak habes tue... best jgk makan sandwich mcm nie ek... nk letak mayonis manyak2 lagiii best :)

Raihan Shaari said...

dari kecik, mak ngan arwah ayah ajar jangan membazir... tu sampai sekarang k.an tak sampai hati nak buang makanan tak habis ni.. teringat orang susah kat Afrika dan kat tempat2 lain nun..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin