Thursday, June 11, 2009

Hari ke-2 Kembara Kenyir

Pagi ni InsyaAllah nak ke air terjun Pulau Sauk. Dah lama tak mandi air terjun.... Semuanya tak sabar-sabar nak pergi, tapi kena isi perut dulu, takut nanti masuk angin pulak.
Pagi-pagi lagi, K.An bangun untuk sedia sarapan + makan tengahari sekali. (balik mandi, mesti penat dan tak larat nak masak lagi)

Jadi, menu hari ni, nasi lemak dengan sambal ikan bilis, sambal goreng ikan bilis, telur dadar, sambal sardin dan roti telur bakar. Pagi ni kami jemput Siti dan Mus sekeluarga (kawan kami yang turut sama dalam percutian ni) datang makan di rumah kami. Siti bawak nugget goreng.

Kali ni K.An masak nasi lemak menggunakan santan dalam kotak. Daun pandan dan daun pisang memang bawak siap dari Putrajaya. Sambal sardin pulak menggunakan serbuk cili (jenis kasar sedikit). 2 sudu besar serbuk cili dicampur dengan 1 cawan air panas. Tumis macam biasa. Hasilnya, kalau tak bagitau, tak siapa tahu yang sambal tu guna serbuk cili... Memang sedap. Jadi, kepada yang suka mengembara masuk hutan ke, naik 4WD ke, panjat gunung ke, bab makan... dah banyak kemudahan yang ada. Rajin dengan tidak je...


Dah siap makan, apa lagi..jom mandi air terjun...tapi kena naik bot lagi. Yang ni paling best sebenarnya...


Kata Encik Alias , pegawai yang menguruskan RPP ni, air terjun ni 'kecik je.. ada lagi yang lebih tinggi dan besar...

Bila kami sampai je, waaahhh... puas hati. Ini pun dah cukup besar buat kami.

Mandi puas-puas sampai menggigil.. tapi kena balik cepat sebab Mus dan Siti check-out hari ni. (takde rumah kosong untuk mereka).. Berat hati nak balik, tapi hati puas. Letih betul bila sampai rumah. Mandi, solat, makan dan zzzzzzz....


2 comments:

ceni therebeq said...

Salam K. An,

Saya Ceni dari P.J. Saya jumpa blog akak ni masa godek-godek internet ni. Best baca blog akak laaa...

Kalu tak keberatan bleh saya tanya camne nak booking RRP kat Kenyir tu. Akak ada contact diaorg tak?. Kalu ada bleh bagi? (dengan muka tak malunya saya mintak. Saya plan nak gi bulan 8 ni. Dah jenuh saya godek dlm internet tapi tak jumpa plak kat mana nak bookingnya.

Raihan Shaari said...

senang je ceni.. pergi ke www.bph.gov.my tempahan dibuka untuk setahun.. kena cepat sebab selalunya penuh aje..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin