Sunday, June 28, 2009

Roti Manis Berkismis

Bila dah sekali menjadi buat roti, memang gian nak buat lagi. Walaupun penat menguli, tapi puashati bila dapat makan 'home-made bread' ni... Tambahan pula bila aroma roti yang dibakar memenuhi ruang dapur... macam aroma terapi pulak.. heheh (jadila kan... aroma terapi kat dapuur..)

K.An memang suka roti manis macam ni terutama yang ada kismis atau apricot. Manis dan ada masam-masam sikit.

Setelah belek-belek pelbagai resepi roti, K.An pun merekaciptala roti yang tak seberapa ni..

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung protein tinggi (200gm)
1 sudu teh penuh yis kering
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
3/4 cawan air suam
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar mentega
1/4 cawan kismis

Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan kering kecuali mentega dan air suam di dalam mangkuk. Buat lubang di tengahnya. Pecahkan telur dan gaul rata.

2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil uli tepung hingga menjadi doh. Tambah mentega dan uli lagi hingga menjadi doh yang kenyal dan licin. Bulatkan, tutup mangkuk dan rehatkan 10 minit. Selepas 20 minit, tumbuk doh bagi mengeluarkan udara.

3. Uli lagi dan bentukkan ikut suka hati. Masukkan ke dalam loyang 3 in X 8 in X 3 in. yang telah dilengser dengan mentega. Rehatkan lagi 30 minit.

4. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius dan bakar roti selama 20 minit atau hingga roti keperangan.

5. Keluarkan daripada loyang dan potong roti kepada kepingan sebelum dihidang.

2 comments:

blogresipi said...

Gebunye roti akak tue.. kite bab2 menguli doh roti memang fail... kematu jer roti kalau buat :D

Raihan Shaari said...

dah penah dah roti jadi kematu dulu.. pastu study blog kak rinn, hana, ros, mat gebu dll.. belajar sampai faham.. baru menjadi roti tu.. tapi tangan k.an ni Ijan memang tangan menguli tepung.. tumbuk orang pun boleh pengsan..hahah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin