Satu hari tu, abg.Azam tak sihat. Diserang migraine lagi... dia kalau sakit kepala, alamatnya semua aktiviti di sekeliling akan terhenti.. tup... semua tak kena sebab kepala sakit. Malam tu segala macam benda keluar dari perut dia... macam biasa kalau jadi macam ni dia akan tidur, tidur dan tidur....
Esoknya tak pergi kerja dan K.An masakkan bubur lemak ni untuk sarapan. Isi perut dengan benda lembut macam ni agar mudah hadam.. sambil tu bagi minum air isotonik macam 100+ dan air garam ORS...
Bahan-bahan:
1/2 cawan beras dimasak dengan 5 cawan air.
sedikit halia diketuk
1/2 cawan ikan bilis direndam sebentar dan tumbuk halus
2 ulas bawang putih diketuk
sedikit karot didadu
sedikit kacang panjang dihiris halus atau kacang peas
1/2 biji kentang didadu
1/2 cawan santan
garam secukup rasa
***kicap pedas jika suka
Cara membuatnya:
1. Masak beras hingga lembut dan menjadi bubur. Perlahankan api.Masukkan ikan bilis, bawang dan sayuran. Didihkan dan biar kentang empuk.
2.Masukkan santan dan garam. Tutup api dan sedia dinikmati.
2 comments:
Sedap juga nampak bubur lemak nie Kak An.. makan dengan ikan bilis goreng ke, kacang goreng ke... yg tak sakit yg makan lebey2 plak nanti.heheh..
Hopefully Abg Azam dah sihat ye Kak... :)
Selalunya mcm tule Ijan... Yang sakit tak ada selera.. yang tak sakit taknak membazir, tolong makan dan habiskan... sudahnya yang sihat bertambah sihat..hahah. alhamdulillah abg Azam pun dah sihat..kembali rutin harian..
Post a Comment