Monday, June 22, 2009

Talam Ubi Kayu

Tiba-tiba terasa nak makan kuih berasaskan ubi kayu... nak buat lepat, malas pulak nak mengerjakan daun pisang bila dah lewat petang ni... yang senang, buat kuih talam je kan..bancuh-bancuh, masuk loyang.. kukus.. dah siap.

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
2 cawan ubi kayu siap diparut halus
1/2 cawan air gula melaka (1/2 keping gula melaka dimasak dengan 1/2 cawan air)
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula pasir

Cara membuatnya:

Panaskan pengukus. Gaul sebati semua bahan didalam mangkuk. Ratakan ke dalam loyang berukuran 7/ 8 inci. Kukus 15 minit dengan api kuat.

sementara tu sedikan lapisan atas:

2 cawan santan
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh garam

Cara membuatnyaL
Bancuh rata semua bahan dengan whisk. Apabila lapisan bawah masak, tapiskan adunan lapisan atas dan kukus lagi 15 minit. Apabila masak, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan sebelum dihidang.

4 comments:

cik puan daun said...

arghh..sangat sedapp.. sangat malas nak buat.. sangat nak mkn free.. :P

Raihan Shaari said...

ala cik puan daun pun... bukannya tak tau rumah k.an.. singgah le kalau balik ke kampung tu.. cakap nak makan apa, k.an masakkan. biar jeles si madu lebah..hihik..

blogresipi said...

ini faveret kite neh...

Raihan Shaari said...

Ijan tau tak..? abg Azam, kata k.An pun mcm Ijan.. semua feveret.. memang kita ni suka makan sebenarnya.. heheh

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin