Thursday, July 2, 2009

Sarapan dengan Lontong

Dah lama gambar ni terperuk kat almari dapur tu.. tak terkeluar sehinggalah Saleha tanya resepi kuah lodeh.. ok.. ada dik..

Senang je sebab semua masuk dalam periuk, tak payah tumis-tumis. Cuma yang mungkin membezakan rasanya ialah sambal tumis yang dihidangkan bersama lontong ni. Ada yang guna sambal kacang kering, kuah kacang, sambal udang kering, sambal sotong dan ada juga guna sambal ikan bilis. (k.An dapat tahu daripada seorang Makcik yang buat ulasan lintas langsung pasal lontong yang kami beli kat gerai di sini...heheh) makcik tu sibuk bercerita walaupun k.An seorang je yang melayannya... oklah makcik.. saya faham.. betul tu..

Bahan-bahan Kuah Lodeh: (hidangan untuk 3-5 orang)

sayuran serba sedikit:
karot/ kacang panjang/ kobis/ sengkuang/ bunga kobis dipotong kecil-kecil berasingan
tempe banyaknya ikut citarasa- dipotong nipis-nipis
1/2 cawan udang putih- buang kepala dan ekor
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 biji cili merah dihiris nipis
suun dan fucuk direndam air biasa sehingga lembut
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam keping
*2 cawan santan biasa
*1 cawan santan pekat

*daripada sebiji kelapa

Cara membuatnya:

1. Masukkan santan biasa, udang kering, karot, kacang panjang, serbuk kunyit, bawang ke dalam periuk.
2. Masak hingga mendidih. Perlahankan api. masukkan asam keping dan garam. Kacau sentiasa hingga sayuran lembut. Masukkan suun dan fucuk.
3. Masukkan kobis,bunga kobis, sengkuang, cili merah dan tempe. Masukkan pati santan dan didihkan semula. Tambah sedikit gula jika ingin rasa manis. Sedia dihidang bersama nasi impit/ ketupat nasi dan sambal kacang atau sambal lain.

4 comments:

blogresipi said...

Makan dengan sambal bilis pedas2 sedap kan Kak An... kat kelantan n terengganu kuah lontong nie diorang suke buat kaler kuning, letak kunyit sikit :)

Raihan Shaari said...

kuah tu sebenarnya kuning Ijan..hahah..tah kenapa ari tu byk kali snap, tak dapat juga kaler yang betul, nak kena pinjam kamera canggih Ijan la baru cun gambarnye.heheh... tu sb tak publish..simpan kt gobok je. bila ada adik k.an tanya resepi, hantam je gambar lontong pucat tu...

sakinahsalleh said...

Salam An..nanti buat la buku resepi..

Raihan Shaari said...

InsyaAllah K.Kin .. ada rezeki, akan ada nanti di pasaran..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin