Monday, July 6, 2009

Mafin Strawberry

Petang semalam sempat 'menggodek penimbang, oven dan tepung dan terjadilah mafin strawberry ni... ambik resepi kat dapur mat Gebu lagi. tq Mat.. sedaap mafin ni..

Bahan-bahan: (menghasilkan 12 biji mafin besar)

180 gm mentega
140 gm gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu segar (k.An guna susu cair je)
220 gm tepung gandum
2 camca teh baking powder (diayak bersama tepung)
1 camca teh strawberry emulco (k.An tak ada, ganti dengan 1 sudu besar perisa minuman strawberry)

Cara membuatnya:
1. Putar mentega bersama gula hingga putih. Tambah telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.

2. Masukkan perisa strawberry dan gaul sebati. (adunan agak pekat.. jangan risau ye..) Sudukan adunan ke dalam acuan mafin 3/4 penuh.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 darjah Celsius selama 18- 20 minit (ikut oven)




4 comments:

resmipadi said...

canteeekkknyaaaa mafinnn!!!!

blogresipi said...

Maffin ni kalau sebijik tak cukup nie Kak An... buat minum2 petang bestnye :D

Raihan Shaari said...

>resmipadi :cik abang sayang dah makan ke mafin ni..?

>blogresipi:k.an pun suka.. sebijik memang tak cukup.. Untuk Ijan, K.An bagi 3 bijik skali, utk baby dlm perut ngan hubby skali..

resmipadi said...

dah makan.. semalam masa tetamu arab tu datang. sedaaaap!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin