Friday, July 17, 2009

Mihun Goreng Udang

Keluarga K.An memang suka mihun goreng.. (banyak kali dah sebut ni..hihik) tak jemu dan selalu buat untuk sarapan mahupun minum petang.. Kali ni mihun goreng versi udang pulak. Bahan pun senang je...

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1/2 peket mihun- direndam 15 minit dalam air biasa
sementara tu sediakan bahan lain;
1 labu bawang besar dihiris membujur
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 cawan udang putih, dibuang kepala dan ekornya (boleh ganti dengan udang harimau)
2 biji telur
1/2 cawan taugeh- jika tak suka ganti dengan kobis
3 tangkai daun sawi dipotong 1 inci panjang
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar cili kisar
3-5 sudu besar kicap manis
1 sudu teh garam
1 cawan air rebusan kulit udang

Cara membuatnya:

1. Panaskan 4 sudu besar minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan udang. Tumis seketika.
2. Masukkan sos cili, garam, kicap, sawi dan air rebusan. Didihkan. Masukkan telur. Biar separa masak, baru dikacau.
3. Masukkan mihun dan tambahkan air jika perlu. Masak hingga mihun lembut (tambah air jika perlu lagi)dan masukkan taugeh. Rasa dan tambahkan kicap jika belum cukup rasanya. Gaul sebati dan tutup api. Sedia dihidang.



4 comments:

blogresipi said...

Sedapnye bihun goreng... buat breakpes bestnye..

Raihan Shaari said...

jom breakpes sama2 Ijan..

My Life My Journey.. said...

An,
Nak tau, dgn rasa tak malunya KFa nak bgtau KFa goreng bihun tak pernahnya sedap, ada2 je yg kureng, rasanya dah try mcm2 petua & resepi, still tak menjadi, mungkin kena tengok sendiri cam mana menggorengnya kot, ada jampi2 ke hihihi. Kdg2 segan juga nak bgtau org sebab bihun yang sesimple nipun tak reti nak masak, huhuhu..

Tadi ada jiran sini (dia memang pandai masak, buka restoran Msia di sini), hantar bihun goreng, mak oi sedapnya, sekejap je licin..

Siaaaaaaan KFa..

Raihan Shaari said...

takpe kak Fa.. yang penting kemahuan untuk belajar tu ada.. K.fa cubalah resepi an, ada 3 semuanya dengan bahan berbeza.. Abg Azam pun dah cuba masak sendiri guna resepi tu. Alhamdulillah hampiiir sama rasanya dengan yang An masak... dia suka sangat dapat buat sendiri..:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin