Thursday, July 23, 2009

Lempeng Berinti Daging

Sesekali buntu juga kepala otak ni memikirkan hidangan untuk seisi keluarga, yang mana semua orang suka dan akan habiskan apa yang kita hidangkan... ishk...ishhk.. memang otak tengah buntu ni.. ayat pun dah tak betul....

Apa yang K.An maksudkan; selain goreng pisang, cucur udang dan mee goreng (kebiasaan minum petang..) apa yang semua orang suka makan..? Kaum Adam selalunya tak berapa suka hidangan yang manis-manis... Yang masin dan pedas pulak selalunya susah sikit nak membuatnya.. Anak-anak pulak, kalau tak cantik dan nampak pedas, memang alamatnya dia pandang je apa yang kita hidang.. lepas tu kata kenyanglah, makan roti jelah... hah.. tak nak cuba lah tu..

Sambil mendodoi 'baby' Maryam, timbul idea nak buat lempeng inti daging ni. 2 bulan lepas tengok chef iskandar (dapur bujang tu...) buat lempeng inti buah-buahan sebagai pencuci mulut masa dia masak dalam rancangan Periuk Bergendang Belanga Menari (canggihnya nama
program..hihik).. jadi.. K.An tukar ikut tekak kami sekeluarga yang suka masin dan agak pedas atau berempah.

Maka jadilah lempeng Berinti Daging.. Iskandar nak cuba tak..? sedaaap..

Bahan-bahan: (menghasilkan 8-10 gulung lempeng)

Bahan inti:

2/3 cawan daging kisar (k.an guna jenama Ramly)
1/2 labu bawang besar didadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu besar rempah kari daging- bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu teh cili kisar atau 2 biji cili merah dicincang halus- ikut citarasa
1 biji kentang- kupas kulit dan didadu kecil
1 sudu teh tepung gandum (ejen pemekat) + bancuh dengan sedikit air (petua chef liza untuk inti yang sedap)
minyak untuk menumis
sedikit daun sup/bawang

Cara membuatnya:

1. Panaskan 1 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang besar dan putih hingga layu sedikit. Masukkan rempah kari dan cili kisar/ cili merah. Tumis hingga pecah minyak. (kacau agar tidak hangus dan perlahankan api)

2. Masukkan kentang dan daging. Tambah 1/4 cawan air. Gaul rata dan tutup periuk. Biar 3-5 minit hingga daging masak dan kentang empuk.

3. Buka tudung periuk dan kacau sebati inti daging. Masukkan daun sup, garam dan sedikit gula.
Apabila inti nampak pekat, masukkan campuran tepung gandum dan gaul sebati. Padamkan api dan ketepikan dulu.

Bahan lempeng:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 3/4 cawan air biasa (jangan masuk semua terus)
sedikit serbuk kunyit
minyak/ margerin untuk mendadar

Cara membuatnya:

1. Campurkan tepung, telur, serbuk kunyit dan air (tinggal sedikit) dan gaul rata menggunakan whisk. Tambahkan baki air jika adunan masih pekat. Gaul hingga adunan tidak berketul. Teksturnya sama dengan adunan ketayap.

2. Panaskan kuali. letakkan sedikit minyak/ margerin. Ratakan. Sendukkan adunan dan dadarkan seperti ketayap atau lempeng biasa. Buat hingga habis adunan.

Apabila selesai, masukkan 1 sudu besar inti daging dan gulung kemas. Sedia dinikmati bersama keluarga. Selamat mencuba..!!!


4 comments:

rinnchan said...

Salam Cik An..
Kak Rinn kalau dengan lempeng ni suka cicah kuah sardin. Kalau tengahari masak sardin, saja jer kekadang carik yg tin besar. Bila ada extra, sebelah petang tu buatlah lempeng...
Re : Mmg mata Susan tu sungguh nostalgik. Cubalah... Krinn rasa kalau buat siap2 isi jem dan bakar terus pun boleh kot. Tak payah bakar dua tiga kali... Krinn tu ikut resipi, tu yg bakar dua kali segala...

Raihan Shaari said...

k.rinn.. An sampai skrg dok senyum teringat uji rashid. Dulu mak suka buat sambal ikan Uji Rashid.. dah lama tak jumpa ikan tu kt pasar..hahah.. sesiapa nk tau cerita tu g le blog k.rinn :)
Dulu pun cikgu ajar bakar biskut susan's eye terus dgn jem tp nmpak k.rinn punya lg cantik.. An ikut resepi k.Rinn lah..

An pun suka sambal sardin sesangat.. cicah lempeng..mmph..5 keping lempeng pun boleh habis..

blogresipi said...

Teringin pulak kite nak makan lempeng tengok lempeng akak nie... ade inti cenggitu senag ye kak.. tak payah buat kuah2 dah nak cicah...

Raihan Shaari said...

dah isi inti camtu, blh tapau makan kt dalam kereta sambil jalan-jalan (kegemaran k.an tu..).. ringkas dan praktikal Ijan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin