Monday, July 20, 2009

Masak Lemak Jantung Pisang dengan Udang

Mesti ramai yang tak pernah makan masak lemak jantung pisang macam ni apa lagi memasaknya..
Masakan kampung begini, mudah sangat cara memasaknya.. bahannya pulak datang dari keliling rumah sahaja. Jantung pisang ni pun K.An ambil dari belakang rumah.. kat Putrajaya ni, jantung sulung daripada pokok pisang yang k.An tanam setahun setengah yang lalu. Puas hati tengok buahnya menjadi elok.. tak lama lagi dapat la merasa buahnya pulak.

Hari ni kita 'cilok' jantungnya dulu dan buat masak lemak dengan udang. Kalau kat kampung, mak K.An masak dengan ikan darat seperti ikan sepat, haruan atau puyu... tapi kat sini tak ada, k.an 'taruk' je udang.. sedap juga..

Bahan-bahan: (hidangan untuk 3-5 orang)

1 biji jantung pisang- buang kulit luar berwarna gelap belah dua dan hiris 1 sm lebar. Rendam dalam air 10 minit untuk menghilangkan getah

udang harimau- banyaknya ikut citarasa
1/2 labu bawang besar dihiris
3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih dihiris halus
sedikit serbuk kunyit
1 keping asam keping
2 cawan santan sederhana pekat
garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Toskan jantung pisang dan rebus dalam air hingga mendidih. Kacau seketika. Biar mereneh lebih kurang 5 minit agak-agak jantung lembut. Padamkan api dan toskan.

2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk termasuk jantung pisang. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Perlahankan api, kacau seketika dan rasa garamnya. Kalau dah cukup bolehlah diangkat dan dihidang.


3 comments:

My Life My Journey.. said...

An,
Sedapnya.. Mana la nak cari jantung pisang ni,nanti2 la nak pi cari kat kedai cina kat London tu, jantung pisang dalam tin, made in Thailand, cukup untuk lepas kempunan.. An masak sedap2 tu inga2lah kat KFa sini yang sentiasa berselera ni huhuhu

Anonymous said...

Sedapnye masak lemak jantung dgn udang nie akak... kite sangat suke jantung pisang... kalau kat umah mak byk jantung boleh try resipi akak nie...

Raihan Shaari said...

Memang selalu ingat K.Fa..:)

Ijan memang rajin masak kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin