Friday, July 3, 2009

Pulut Durian Utara

Assalamualaikum semua... dah habis demam roti, kena demam durian dan pulut pulak.. memandangkan di Malaysia ni tengah musim durian, kat mana-mana jumpa durian, maka taksahlah kalau tak jamah walau sebiji dua (kalau le banyak tu je..) Dah agak lama k.An dok jeling-jeling, kat C4, kat pasar dan kat tepi jalan kelibat raja buah ni.. baru beberapa malam lepas dapat masuk ke dapur kami ni..

Abg.Azam buat suprise pulak... haah... puashati... ada manggis lagi tu.. yang kelakarnya, anak k.An yang no-4 tu ('aisyah) tak tahan dengan aroma extra ni.. dia dok bising kata durian ni tak mandi lagi.." pegi mandi la" dia kata sambil tutup hidung.. dah bau pun tak boleh, apa lagi nak makan..
bagus juga... kurang satu mulut yang nak makan durian ni..
K.an pun terus tanak pulut dan masak santan... jom kita makan pulut durian utara ini malam...
(ramai yang tak pernah tengok cara kami makan macam ni)

Senang je cara membuatnya:

Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)

1 cawan beras pulut. Basuh dan toskan. Masukkan beras pulut ke dalam periuk nasi. Masukkan 1 cawan air dan 1 sudu besar minyak masak. Masak seperti biasa.

Bahan lain:

2 cawan santan sederhana pekat + 1/2 -1 sudu teh garam (ikut rasa masinnya)
Masak atas api perlahan sehingga mendidih je.. tutup api
atau perah 1/2 biji kelapa dengan 2 cawan air masak + garam

2 sudu besar gula pasir.

Hidangkan seperti di dalam gambar. Cara menikmatinya... kuahkan santan ke atas pulut.
letak sedikit gula. Gaulkan isi durian daaan...masuk mulut le... sedap..

tapi sebab tak boleh makan banyak dah tua-tua ni.. makan semangkuk kecik pun, esoknya sakit pale... angin... tak serik lagi... nak makan lagi..hihik..

** kalau tak tahan pulut, boleh ganti dengan nasi biasa. Dulu masa dok kolej kat UIA, teringin sangat nak makan macam ni, beli durian kat pasar tani, beli nasi kosong, makan dengan air sejuk dan gula dan garam... sedap juga.. ada kawan k.An dari Sarawak ingatkan K.An tak ada duit nak beli lauk... dia kata kesiaannya makan nasi lauk durian je...heheh.. sebenarnya memang nak makan macam tu je..

3 comments:

Mima's Oven said...

wah best nyer pulut durian nie... kelihatan fresh sungguh durian tu. baru jatuh dari pokok agaknyer ya?

Raihan Shaari said...

> mima: Alhamdulillah w/pun masa beli tak tengok isi kat dalam, bila kopek je memang bersinar-sinar rupanya.. durian Ulu Langat ni.. jual kat tepi jalan dekat kebun.. memang puas hati..

blogresipi said...

Sangat la kuning isi durian nie Kak... boleh dibayangkan sedapnye isi dia tue.. boleh bayang jer lah.. bau pun tak dapek. huhuhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin