Sunday, July 5, 2009

Kek Karot Lembab

Usia resepi ni pun dah mencecah 8 tahun tapi baru beberapa bulan lepas K.An mencubanya.. Tahu sajalah, nak membuat kek karot ni agak mengambil masa sebab nak memarut lobak merah lagi.. dan selalunya bila belek buku resepi kek, terbantut aje hasrat nak membuatnya... Buat kek yang lebih cepat dan mudah..

Selepas kali pertama mencubanya dulu, dah 3 kali K.An buat sebab rasanya sangat sedap dan lebih sedap daripada kebanyakan kek karot yang dibeli di bakeri (yang harganya agak mahal). K.An sukakan tekstur lembab dan gebu apabila digigit. Memang ada rasa tersendiri... waau..

Nak tau pulak, anak K.An 'Aisyah, kalau dapat dia pegang bekas kek karot ni alamatnya tak dapatlah kat orang lain. Dia nak 'abishkan cumenye'...

Resepi ni K.An salin daripada majalah Jelita lamaaa dulu dan seingat K.An dalam gambar tu tak ada rupa kek karot sebab dah dihias dengan krim icing.

Bahan-bahan: (menghasilkan 1 1/2 kg kek)

340 gm mentega
340 gm gula perang (kali ni K.An guna gula putih) warnanya cerah sedikit tapi dua-dua jenis sedap
7 biji telur A (asingkan putih dan kuning- ambil 5 biji putih sahaja dan 7 biji kuning telur)
340 gm tepung kek (naik sendiri)- diayak
4 batang lobak merah diparut halus (lbh kurang 360 gm)
3 sudu besar susu cair

Cara membuatnya:

1. Pukul putih telur dalam bekas berasingan hingga gebu
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul hingga sebati. Masukkan lobak merah sedikit demi sedikit dan gaul guna 'speed' perlahan.
3.Masukkan susu cair dan tepung dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan putih telur dan gaul rata.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 45 minit di rak paling bawah jika guna oven kecil macam K.An punya. Cucuk dengan lidi di bahagian tengah untuk mengetahui kek masak sempurna atau belum.

***sejukkan kek dan masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais agar kek tahan lebih lama (jika tak habis dimakan...)
*** untuk cubaan pertama, buat separuh adunan dulu sebab k.An buat separuh pun dah banyak.

11 comments:

Mima's Oven said...

Salam Raihan,
Nampak lembut texture cake carrot you nie.... i ada menyimpan beberapa resepi kek carrot nie tapi tak berani nak mencubanyer. Cedap tak?

Raihan Shaari said...

Salam Mima, alhamdulillah, kek karot ni saangat sedap. Dah beberapa kali buat dan digemari anak-anak. Nanti I masukkan resepinya ye..

blogresipi said...

Huhu..akan kupujuk Aisyah biar dia kongsi kek karot neh.kalau tidak akan kucubit cubit beliau.. heheh... Kak An, gurau jer.heheh :D

Raihan Shaari said...

Hahah.. kalau acik Ijan mintak, sure dia bagi punya sb dia ni suka ambik ati kakak2 dan makcik2 yang datang umah. dia kedekut kat adik dan kakak betul dia je... heheh

faislin75 said...

K.An,
Terima kasih di atas resepi kek ni. Saya dah cuba dan hasilnya amat memuaskan hati for a frist time effort.... Thanx again k.an.

Raihan Shaari said...

to faislin.. Alhamdulillah dan tahniah.. lepas ni boleh cuba resepi lain pulak ye..(sedap kan kek ni..hehe)

Lisa.T.Yee said...

rumah i hanya pakai oven biasa. biasa 180c atas mestin burn. jika letak bawah sangat bawah yg burn. agak nyer mcm mana nyer?api hanya kat atas? bawah kosong?

Lisa.T.Yee said...

hi kak..nak tanya. u kata 180c byk rak kan. biasa i bkr kek 180c mesti burn. rumah pakai oven biasa yg panasonic. jika pakai both atas bawah. bawah yg burn. jadi biasa yg u mention tu api kat atas aja? 45min?

ct yayang said...

salam...tngk kek ni nmpk sdap..mmg sy nk cr yg mudah n sedap..biasa carrot cake de mcm2 bnda plik2..sy prnh cbe de bubuh ,kacang.. kismis...srbuk kayu manis.kek jadi tapi suami x suka plak..dia kte dulu kek carot dia mkn x bau plik2 pon..insyllh sy nk cbe yg ni..smga sdap n d sukai kuarga saya...

Raihan Shaari said...

Lisa.T.Yee:

oven di rumah K.An adalah oven elektrik yang biasa je.. ada 3 aras yang boleh dipilih. Untuk kek karot ni K.An letakkan di rak paling bawah dan menggunakan suhu 180 darjah. Gunakan api atas dan bawah. Suhu 180 darjah adalah suhu biasa untuk semua jenis kek dan semua jenis oven. Jika menggunakan ketuhar gas yang tidak mempunyai fungsi grill, letakkan kek di rak paling bawah sehingga kek betul-betul naik. Selalunya setelah 40 minit-1 jam kek dimasak bergantung saiz kek. Setelah itu pindahkan kek ke rak paling atas untuk menggaringkan bahagian atas kek. sambung bakar anggaran 10 minit.

Raihan Shaari said...

salam ct..

dah cuba resepi ni nanti bagi feedback ye...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin