Monday, July 13, 2009

Roti Jala Kuah Durian

Maaf ye... demam durian belum habis lagi..
Kali ni K.An kongsi resepi kuah durian atau serawa durian yang boleh dimakan bersama pulut, roti atau roti jala. Kalau nak hirup macam tu saja pun boleh. Tak ada orang nak marah kan... asalkan suka, hati senang, perut kenyang....

Serawa Durian:

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5-10 orang)

10-15 Ulas durian (ikut saiz)- sebahagiannya asingkan isi dan biji. sebahagian lagi biarkan dengan biji- supaya nampak cantik apabila dihidang
3 cawan santan daripada 1 biji kelapa
gula dan sedikit garam
sehelai daun pandan dicarik dan disimpul
***boleh tambah gula melaka jika suka warna gelap

Caranya senang sangat...
1. Masukkan semua bahan kecuali garam dan gula ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Kacau sentiasa.
2. Apabila mendidih, perlahankan api dan masukkan sedikit garam (1/2 sudu teh) dan gula. Jika duriannya sudah manis, letak sedikit sahaja gula bagi mengekalkan rasa asli durian.
3. Kacau lagi hingga kuah agak pekat. Apabila cukup rasa, tutup api dan boleh dihidang ketika panas atau selepas disejukkan.

*** Kuah yang cukup masak, disejukkan sebentar dan disimpan di dalam bekas di peti sejuk, boleh tahan sehingga 3 hari dengan rasa yang sama (sedap)
***jangan simpan kuah yang panas di dalam peti ais kerana ini akan menyebabkan kuah cepat rosak atau basi.

Resepi roti jala, rujuk N3 lepas ye..

3 comments:

My Life My Journey.. said...

sedapnya An,
meleleh air liur KFa.. senang je buat tu kan, tambah2 kalau durian tu dah memang manis, semerbak la baunya, sakit kepala ka, sakit tekak ke, tu cerita kemudian, sapu dulu hihihi..

ada petua kalau tak nak sakit kepala, lepas makan durian tu minum air yang diletakkan di atas kulitnya (tempat durian tu bertenggek, mak KFa selalu la amal, lupa pulak nak tanya dia berkesan ke tidak, no harm to try..

Tq An..

Anonymous said...

Wah..akak pun makan roti jala dgn kuah durian jgk ke?? ni makanan owang jawo ke Kak An?

Raihan Shaari said...

K.fa... An amal petua tu juga.. rasanya ada gak kesannya. InsyaAllah. An memang suka durian dan semua yang berasaskan durian...dari kecik lagi..mmmph

Ijan pernah cuba tak..? sedaap. K.An suka kuah boleh hirup tu.. ni makanan orang perak: Melayu, Banjar, Cina... Jawa pun sama kot.. (tgk versi hana)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin