Friday, July 17, 2009

Alhamdulillah.. Menjadi juga Slice Cheese Cake ni..

Bak kata pepatah, Rajin Dan Usaha, Tangga Kejayaan... Gagal sekali, tak bermakna gagal selamanya... betul tak..?

Ini cubaan ke-3 buat slice cheese cake ni dan alhamdulillah berjaya mendapatkan hasil seperti resepi asalnya.. tq Ros atas petua berguna... Hana dan Mat, mai tengok rupa kek yang dah jadi elok ni.. dah tak jadi dua lapis lagi... gebu dah tu..

K.An salin semula resepinya untuk kemudahan bersama
Bahan-bahan:

4 keping slice cheese (K.An guna cheesedale)
200ml susu segar
70 gm butter/ margerin
70 gm tepung gandum diayak dahulu
70 gm gula pasir (k.an guna yang halus)
4 biji telur saiz M
2 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Siat/ potong keju kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar. Masukkan ke dalam periuk. Gunakan kaedah bain-marie untuk mencairkan kejeu tadi. (masukkan periuk ke dalam bekas berisi air dan letak atas dapur) Gunakan api perlahan.
2. Kacau campuran dan biar keju cair. Masukkan butter, kacau hingga . Tutup api. Sejukkan sebentar.
3. Didalam mangkuk lain, asingkan putih telur dengan kuning telur. Pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
4. Di dalam mangkuk lain, pukul kuning telur hingga kembang. (guna speed laju). Masukkan ke dalam adunan cheese tadi. Pukul lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul sebati guna speed sederhana. Pastikan adunan tidak berketul.

5. Akhir sekali, campurkan meringue ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit. (buat 3 peringkat) ** k.an cuma masukkan putih telur yang jadi gebu... baki yang cair seperti air, k.An buangkan.
Gunakan teknik kaup-balik supaya adunan cepat rata, dan campurkan esen vanilla. Gaul sebati. Glis acuan kek dengan mentega dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek ke dalam acuan.

6. Panaskan oven pada suhu 170 darjah dan bakar selama 20 minit. Turunkan suhu ke 140 darjah dan bakar selama 40 minit lagi. K.An gunakan api atas dan bawah, acuan berukuran 20 cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang (cara bain-marie) untuk mendapatkan kek yang halus.

6 comments:

Mima's Oven said...

Kak An, kek nie nampak lembap dan lembut, sedap kot?

hana said...

yuhuuuuuu tahniah k.ann!! tumpang epii! cantik dh tuhh! bak sepotong upah! hehehe

Raihan Shaari said...

to mima.. K.An suka tekstur dan rasanya yang tak manis.. kosnya lebih murah sebab guna slice cheese je.. Cubalah..

to hana: tq kawan2, adik2 yang kongsi resepi best-best.. k.an bagi 4 potong untuk hana, your laling n anak2..:)

zaidi ali said...

Nampak sedap tu...mesti try!
Terima kasih atas semua resepi yang mengancam dan 'superb' belaka.

madulebah said...

tunggu kami ada oven best, nanti kami belajaq buat no..

ShimaShimy said...

kak,nak tanya bain marie tu sama dengan double boil ke?meringue tu ape?..

saya nie taktu sangat pasal masakan baru nak blaja

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin