Sunday, July 5, 2009

Gulai Darat Ikan Kembung

Lauk kali ni sesuai untuk ibu-ibu berpantang lepas bersalin atau anak-anak lelaki lepas berkhatan. Walaupun ringkas tapi cukup menyelerakan. Tapi ikannya gantikan dengan ikan yang tak gatal seperti ikan nyok-nyok, bawal, senangin, tenggiri atau ikan merah..

Bahan-bahan: (hidangan untuk 2 orang)

2 ekor ikan kembung
1 sudu besar rempah kari ikan dibancuh dengan 1/2 cawan air
1/2 sudu teh halba campur
3 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai daun kari
1 sudu besar air asam jawa cair
1 biji tomato dibelah 4
1 cawan air
garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari hingga wangi. Masukkan rempah kari. Tumis dan kacau hingga pecah minyak.( gunakan api perlahan)

2. Masukkan air, air asam jawa dan tomato. Didihkan. Masukkan ikan dan garam secukup rasa. Tutup periuk dan biar 3 minit.

3. Terbalikkan ikan, gaul rata dan masak lagi 5 minit. Tutup api dan sedia dihidang.

2 comments:

blogresipi said...

Time kasih Kak An... harus tunjuk resipi neh kat suami biar dia masak masa kite pantang nanti. hehehe

Raihan Shaari said...

selain gulai ni, kalau minggu ke-3 lps bersalin dah blh makan daging, blh cuba juga daging lada hitam dengan kailan tu.. sedap Ijan.. Nak tahu blh makan ke tidak, cuba sikit dulu, kalau tak pening kepala, dah bolehlah tu.. Awal2 pantang k.An slalu mkn nasi panas, telur dadar/ ikan bakar dengan air asam lada hitam je... berpinggan2 makan.. susu pun banyak.. alhamdulillah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin