Friday, July 24, 2009

Sambal Kerang Mengancam

Sambal Kerang ni kalau makan dengan nasi lemak daun pisang memang mengancam..."Teringin pulak nak makan nasi lemak pagi esok..." (apa la k.An ni, sendiri cerita, sendiri yang teringin...tak apalah kan..asal tak menyusahkan orang..hehe..) Tak perlu cerita panjang, jom kita tengok resepinya..

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1/2 kg kerang- direbus sebentar dan kopek kulitnya- kalau rebus lama, hilang manisnya- ambil 1/2 cawan air rebusan kerang
3/4 cawan cili kisar
5 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dikisar halus
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 sudu besar air asam jawa cair
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk. Masukkan bawang kisar dan tumis hingga wangi anggaran 1-2 minit. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Gunakan api sederhana dan kacau sekali-sekala.

2. Masukkan air rebusan dan air asam jawa. Masak lagi hingga kuah agak pekat. Masukkan bawang besar, kerang, garam dan gula secukup rasa. Didihkan dan kacau sebati. Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak.



3 comments:

Mima's Oven said...

Salam Raihan,sambal kerang ni mengodda tekak ku... besaok nak gie pasar beli kerang.....tak nanti takut kempunan plak kan...heeee

blogresipi said...

Kak An..memang mengancam la sambal kerang nie... kalau buat nasik lemak tue simpan sket kat kite ek... nak jugak.heheh

Raihan Shaari said...

k.mima.. gi jangan tak pegi beli.. makan puas-puas ye..


k.an nak buat nasi lemak kerang pun tak sempat lagi..huhuk.. nanti dah buat, k.an roger Ijan yek..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin