Wednesday, June 24, 2009

Pergedil Daging


Pergedil Daging (atau ada yang sebut bergedil..) nipun antara resepi terawal k.An cuba, selain masakan yang mak ajar... Dah lebih 20 tahun usia resepi ni sebab K.An salin daripada rancangan memasak Chef Wan, zaman K.An sekolah-sekolah dulu..
Kali pertama buat je ikut resepi asal, bila dah lama-lama, main agak-agak je sebab lauk-pauk ni, ikut citarasa masing-masing kan. Kalau nak lebih daging, tambah je banyak mana nak.

Bahan-bahan: (menghasilkan 8 ketul pergedil)
2-3 biji kentang (kupas kulit dan potong 10)
50 gm daging dikisar halus
1 sudu teh biji lada hitam ditumbuk halus
2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih ditumbuk kasar
1 sudu besar daun sup dan bawang yang dihiris halus
1 biji telur dipukul sedikit
garam secukup rasa (+/- 1/2 sudu teh)
Cara membuatnya:
1. Goreng kentang hingga keperangan. Angkat dan tumbuk hingga halus.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk bersama kentang yang telah ditumbuk tadi. Gaul rata seeloknya dengan tangan.
3. Bentukkan jadi bulat leper seperti di dalam gambar. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng. Celupkan kepingan pergedil ke dalam telur dan goreng hingga berwarna perang gelap.
Sedia dinikmati bersama lauk-pauk yang lain atau boleh juga dimakan begitu sahaja.
*** versi kedua pergedil (juga resepi chef Wan) menggunakan 'bread crumb' dan telur yang digaul sekali dengan bahan-bahan lain. InsyaAllah lain kali K.An kongsikan di sini.

3 comments:

Anonymous said...

Pergedil.. bergedil... semua kite suke kak An.. kalau buat ni makan dengan moi sup ke, soto ke, alahai bestnye...

Raihan Shaari said...

betul tu Ijan.. cuma kekadang, belum siap yang lain tu, pergedilnye dah abiiiiss..hihik

My Life My Journey.. said...

Salam singgah..
Waa bagus la An!! Berkongsi resepi dengan gaya bahasa yg sgt bersahaja, terima kasih bebyk2.. Baru jumpa blog ni, tu pun dr FB. Dulu waktu di smnjg, mudah dpt ready made food & pembantu rmh pulak pandai masak, so kerja masak memasak ni tak lah 'wajib' sgt, berhijrah ke Swak pening kepala sbb tak jumpa ready made yg ada 'citarasa kita' & pembantu rmh baru pulak kirim salam ler hal masak2 ni. And dtg UK ni kerja masak memasak ni dah jd satu 'kemestian', segala kepakaran yg ada di'try' di sini hihihi.. kdg2 lost juga sbb limited ingredient.. Apapun, suka sgt dgn blog An ni, keep it up ok!!

Kak Fa

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin