Resepi mudah, tapi menyelerakan.... dah banyak kali buat tapi ini kali pertama K.An masukkan dalam periuktanah... Asalnya dulu-dulu, tak berapa menjadi kuning telur tu, sebab dalam resepi yang k.An baca, tak disebut teknik yang tepat ketika memasaknya... sehinggalah K.An terjumpa di blog Nita- sudipkayu.blogspot.com.... maka cantiklah rupa 'Buttered Prawn' ini bersama kesedapan rasanya.... cuba jangan tak cuba... tq Nita untuk tips berguna..Friday, November 6, 2009
Buttered Prawn
Resepi mudah, tapi menyelerakan.... dah banyak kali buat tapi ini kali pertama K.An masukkan dalam periuktanah... Asalnya dulu-dulu, tak berapa menjadi kuning telur tu, sebab dalam resepi yang k.An baca, tak disebut teknik yang tepat ketika memasaknya... sehinggalah K.An terjumpa di blog Nita- sudipkayu.blogspot.com.... maka cantiklah rupa 'Buttered Prawn' ini bersama kesedapan rasanya.... cuba jangan tak cuba... tq Nita untuk tips berguna..Friday, September 4, 2009
Kari Udang Belimbing Buluh


Wednesday, August 26, 2009
Tomyam Udang di Singgah Sahur


Sedapnya bersahur bersama Fitri dan rombongan.. Sofea (anak Fitri, sedap lena dibuai mimpi) Tak sempat snap gambar lauk... dah liciiiin...
K.An dan adik-adik Fitri UNIC, Soleha, Nazirah, dan Isteri Fitri, Saleha (sama namanya ngan adik)Monday, July 20, 2009
Masak Lemak Jantung Pisang dengan Udang

Tuesday, May 19, 2009
Rendang Udang
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)300 gm udang harimau
1 cawan cantan pekat
bahan dikisar halus:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai-dihiris halus
1 sm lengkuas
3 biji cili padi- tak perlu kalau tak suka pedas
2 sudu besar cili boh/kisar
1 sudu besar kerisik
daun kunyit dan daun limau purut dihiris halus
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kisar, cili kisar dan santan ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kacau sentiasa hingga kuah pecah minyak dan pekat.
2. Masukkan udang dan kerisik. Kacau sebentar hingga udang masak. Masukkan garam, gula secukup rasa. Padamkan api dan taburkan daun limau purut dan daun kunyit.
Monday, May 11, 2009
Udang Besar Buah Tangan Sabah
Awal bulan April lepas, A.Azam ke Sabah atas urusan kerja.. ada buah tangan udang besar Sabah daripada seorang rakan... selalunya udang saiz XL je yang dibawa pulang. Tapi kali ni Xtra punya XL. macam udang galah yang arwah ayah K.An tangkap guna tombak zaman dulu-dulu...Terkejut gak tengok saiznya.. alhamdulillah. terima kasih En Awang yang bagi buah tangan ni... dapatla K.An bahagi-bahagikan kepada jiran dan saudara-mara terdekat kat sini... sama-sama dapat merasa. Moga Allah SWT murahkan lagi rezeki En. Awang sekeluarga..
Waktu sibuk macam ni, buat udang goreng kunyit je yang sempat..
300 gm udang (udang galah boleh, udang harimau pun boleh)
1 labu bawang besar dihiris membujur
garam dan kunyit secukupnya
1 biji tomato dibelah 6
1 biji cili merah dihiris serong/ cili padi jika suka
Cara membuatnya;
1. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit. Untuk udang yang saiznya agak besar K.An belah bahagian belakangnya supaya cepat masak
2. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar dan cili dan goreng 1 minit. Masukkan udang dan goreng hingga masak. Terbalikkan udang agar amasak rata.
3. Masukkan sedikit air jika perlu. Masukkan hirisan tomato dan tambah sedikit garam jika perlu. Apabila cukup rasa, padamkan api. Taburkan daun bawang ketika menghidang.
Monday, April 13, 2009
Sambal Petai Udang
bersambung...(mata dah kuyu..)
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
400gm udang harimau -dibuang ekor dan potong hujung kepalanya
1 peket petai siap dikopek (boleh guna petai keping, ikut citarasa)
1/2 cawan cili kisar-pekat
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus
sedikit belacan -hujung jari kelingking
1 sudu besar santan pekat
1 sudu besar air asam jawa cair
garam dan gula secukupnya
Cara membuatnya:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan petai, air asam jawa, santan dan belacan. Masukkan 1/2 cawan air. Didihkan.
3. Masukkan udang dan kacau rata hingga udang masak. (lebih kurang 2 minit) masukkan garam dan gula secukupnya. Sedia dinikmati.
Thursday, February 19, 2009
Udang Goreng Tepung
Baik udang mahupun sotong, dijadikan lauk sampingan memang menyelerakan. Kena pulak dengan rasa sos pencicah yang masam, pedas dan manis. 10 ekor pun tak cukup dibuatnya.
Bahan-bahan:
10 ekor udang harimau- dibuang kepala dan kulitnya. Tinggalkan ekor agar nampak cantik. Kepala dan kulit direbus dan simpan air rebusan untuk digunakan kemudian.
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
3-5 sudu besar air
Cara-membuatnya:
1. Gaulkan udang dengan sedikit garam dan kunyit. Bancuh tepung dengan air hingga sebati. Bancuhan agak pekat.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan udang ke dalam tepung satu persatu dan goreng di dalam minyak hingga keperangan. Angkat, toskan dan segera hidang panas-panas bersama sos pencicah. (boleh beli siap dalam botol)
Monday, January 5, 2009
15 minit menu... Masak Kicap Udang
Ada satu ketika, dalam 30 minit, K.An sempat sediakan hidangan makan malam untuk 4 orang tanpa bantuan abag Azam sebab dia tak ada di rumah... Cuma Asma' yang tolong jaga 'baby Maryam'. Yang penting jangan 'panik'.
5 minit pertama, K.An keluarkan bahan yang senang dimasak daripada peti ais- udang, santan, ikan tenggiri dah siap dipotong. Fikir menu; masak lemak cili api telur, ikan tenggiri goreng, masak kicap udang, ulam dan sambal budu.

K.An pilih udang dan ikan kerana dua bahan ni lebih cepat dinyahbekukan berbanding ayam dan mengambil masa yang singkat untuk dimasak. Yang utama ada kuah, ada pedas, ada lauk goreng dan ada sambal. K.An masak nasi menggunakan periuk tekanan dan mengambil masa cuma 10 minit...
Selepas 30 minit, tetamu sampai, K.An jamu nasi... dan tak sempat ambil gambar sebelum. Yang ada cuma selepas....
Di hari yang lain K.An masak semula masak kicap udang ni, semata-mata kerana nak berkongsi resepinya dengan pembaca semua...
Bahan-bahan:(hidangan untuk 3-5 orang)500 gm udang harimau
1 labu bawang besar Holland dihiris membujur
1 biji cili merah dihiris serong
3 biji cili padi diketuk
2 urat daun bawang dipotong 1 inci
1/2 biji tomato dipotong 3
5 sudu besar kicap manis
Cara-cara:
1. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar, cili merah, cili padi hingga layu.
3. Masukkan udang, kicap, tomato dan 1/2 cawan air.
4. Kacau rata. Biar 3 minit hingga udang masak. Taburkan daun bawang dan sedia dihidang.
** jika suka kuah banyak, tambahkan kicap, air dan sedikit garam.
Wednesday, December 10, 2008
Masakan Utara..Gulai Udang Berkacang Buncis
Pengaruh masakan Utara lebih kepada yang berempah macam masakan mamak.. Masak Merah Berempah, Daging Kurma, Dalca dan pelbagai jenis gulai atau kari. Gulai Udang dengan kacang buncis ni pun antara masakan terkenal di tempat K.An.
Bahan-bahan:
300 gm udang harimau (untuk makan 3-5 orang)
5 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar rempah kari udang/ rempah kari ayam
1/2 cawan santan
5-10 batang kacang buncis dipotong serong 1 inci
1 tangkai daun kari dilurut daunnya
garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang dan daun kari hingga keperangan dan wangi.
2. Masukkan rempah kari yang dicampur 1/2 cawan air ke dalam periuk. Kacau dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan kacang buncis dan santan. Masak hingga mendidih. Masukkan udang dan garam secukupnya. Didihkan 2 minit dan tutup api. Sedia dihidang bersama nasi putih.
***Jangan didihkan masakan udang terlalu lama supaya manis udang tidak hilang..
Friday, November 7, 2008
Kongsi resepi hari-hari
K.An sebenarnya taklah ada masa lapang pun sebab hari-hari sibuk mengurus rumahtangga dan anak-anak. Tapi atas keperluan adik-adik, kakak-kakak, kawan-kawan, saudara-mara yang selalu telefon k.an minta resepi masakan hari-hari, K.An dan A.Azam usaha jugak buat blog ni untuk semua. Jadi lepas ni tak payah la k.an menaip resepi kat telefon lagi. Siapa-siapa yang nak resepi boleh rujuk dekat laman ni dan InsyaAllah yang mana sempat k.An masukkan dalam 'periuktanah'...senang kan..?
Hari ni k.An pergi pasar dengan anak-anak yang berempat tu. Saja nak jalan-jalan sebab A.Azam 'out-station' tiga hari. Dah siap-siap beli barang dah pukul 11.30.. Perut pun dah lapar.. so, K.An kena masak yang senang, cepat dan sedap.. Always and all time favourite..masak lomak cili api.
Kali ni K.An buat Masak Lemak Cili Api Udang dengan Nenas
Bahan-bahan:
500 gm udang harimau dibersihkan
Bahan ditumbuk halus:
5-10 biji cili padi (ikut suka podaihnye..)
3 ulas bawang merah
1 sm kunyit hidup
Bahan lain:
1cawan santan pekat
2 keping potongan nenas dipotong kecil
garam, gula secukup rasa
Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali garam dan gula.
2.Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
3. Perlahankan api, masukkan garam dan gula secukup rasa.
*** Kalau nak banyak kuah, tambah je santan lagi. Kalau tak cukup kuning, tambahkan kunyit serbuk.
Sedia dimakan dengan nasi putih. Sambil tunggu masak lemak ni mendidih, K.An sempat masak Ayam goreng kunyit, dan sambil masak nasi, K.An goreng sayur taugeh campur kucai dan karot.
Pukul 1.00 tgh kami dah boleh makan tengahari.. cepat, sedap dan berkhasiat.

