Wednesday, December 17, 2008

Daging Masak Lada Hitam dengan Kailan

Dah selalu makan lauk-pauk warna merah, sesekali nak juga yang warna hitam.. Selain masak kicap, daging masak lada hitam memang tidak menjemukan. Tambahan pulak kalau ada banyak stok lada hitam biji kat dalam almari.. (kawan-kawan bagi buahtangan dari Sarawak).. apa lagi..? Gunalah untuk resepi ni. Versi ni K.An dah gabungkan beberapa resepi masak lada hitam yang K.An cuba dan rasa.. ada yang orang lain masak dan ada juga resepi daripada majalah.

Yang ini dah dirasa oleh ramai tetamu K.An dan banyak kali dimasak untuk keluarga. Setakat ni, semua suka... dan siap 'order' kalau buat 'pot-luck'


Bahan-bahan:

500 gm daging dipotong nipis (kalau bukan batang pinang, rebus dulu hingga empuk dan simpan airnya untuk diguna masa memasak nanti)

4 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah ditumbuk kasar

1/4 cawan lada hitam biji ditumbuk/kisar halus

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis

1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

1 ikat kailan atau 'baby kailan' ikut citarasa

secubit garam

Cara-cara:

1. Potong kailan 1 inci panjangnya. Asingkan batang yang dihiris nipis jika guna kailan besar. Ketepikan.

2. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.

3. Masukkan batang kailan dan 1/4 cawan air (atau air rebusan daging). Masukkan daging dan tutup periuk. Perlahankan api dan biar hingga daging empuk.

4. Setelah daging lembut, masukkan lada hitam, kicap dan sos tiram. Kacau hingga kuah pekat (supaya lada dan sos benar-benar masak)

5. Masukkan daun kailan, sedikit air dan sedikit garam. Kacau goreng hingga kailan lembut. Masukkan tepung jagung, kacau dan tutup api. Sedia dinikmati bersama nasi.

*** Ada perbezaan rasa jika tidak dicampur kailan. Bagi K.An, yang ada kailan lebih sedap. Anak-anak pun suka

1 comment:

norazlinda said...

I NK TRY SEMUA RESEPI AKA!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin