Tuesday, December 23, 2008

Kuih Ketayap

Masa awal-awal kahwin dulu, K.An tanya Abang Azam, kuih apa yang dia kenal dan suka makan...? Yang K.An ingat sekali, dia sebut kuih ketayap, karipap dan cucur badak. Yang lain dia tak berapa kenal.. Ooo..kalau camtu tak susah le kerja K.An sebab kuih tu semua K.An dah pandai buat. Lagipun dia lebih suka makan nasi dan lauk-pauk berbanding kuih -muih ni. Lain macam K.An yang cukup suka kuih-muih, pencuci mulut dan pelbagai kek dan kuih moden.

Jadi bila sebut kuih ketayap, tak jadi masalah sebab dari kecil lagi K.An dok tengok mak buat kat dapur.
Bahan-bahan:

A) Inti

1 mangkuk kelapa parut putih sahaja. (lebih elok kalau ada yang muda sikit dan diparut halus)
1/2 cawan air gula merah
1 sudu besar gula putih (tambah jika kurang manis)

Caranya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga kering seperti di dalam gambar. Gunakan api sederhana. Rasa sedikit ketika hampir kering dan tambah gula putih jika kurang manis.
B) Bahan tepungnya:

1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 cawan air
1 sudu besar air pandan
sedikit pewarna hijau
minyak untuk mendadar

Caranya:

1. Campurkan kesemuanya di dalam mangkuk dan kacau sebati menggunakan pemukul.

2. Bila sebati, tapiskan ke dalam mangkuk lain.

3. Panaskan kuali dan sediakan minyak di dalam mangkuk. Letak satu sudu kecil minyak di keliling kuali.

4. Masukkan 1 senduk kecil adunan ke dalam kuali. Mulakan dari tepi kuali, angkat dan golekkan kuali agar adunan rata.
5. Bila warna ketayap sekata menunjukkan kuih sudah masak seperti dalam gambar.

6. Ulang proses mendadar hingga adunan habis.

7. Bila habis kesemuanya, letakkan inti dan gulung seperti di dalam gambar. Sedia dihidang.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin