Wednesday, December 17, 2008

Sup Sayur Anak-anakku

Suatu ketika dulu, K.An dan A.Azam selalu makan sup sayur di Zai Tomyam di Sungai buloh sebab walaupun namanya sup sayur, macam-macam bahan dia letak dan menjadikan sup tu enak dimakan panas-panas.. Tak payah makan nasi pun tak apa. Dari dulu lagi K.An memang suka sup sayur dan bila K.An demam masa di UIA dulu, K.An akan makan sup panas-panas supaya cepat sihat semula.. sebab bila makan sup, badan akan berpeluh dan bila berpeluh, rasa legalah demam tu...
Yang ini, anak-anak suka sebab ada suun..


Sup Sayur Anak-Anakku

Bahan-bahan:

3 ketul kecil ayam (bahagian ada tulang)

5 ekor udang putih/ 3 ekor udang harimau

1 ekor sotong dihiris kecil-kecil

1 batang jagung muda

1/4 batang karot dipotong ikut suka

sedikit bunga kobis

sedikit sawi dipotong 1 inci

sedikit kobis dihiris halus

1/4 kiub ikan bilis Knorr

Suun direndam

Kalau suka, bebola ikan atau kek ikan

2 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah ditumbuk kasar

1 biji cili merah dihiris serong

garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk. Masukkan ketulan ayam dan hidupkan api.

2. Didihkan lebih kurang 5 minit. Masukkan bawang, cili, karot, jagung muda dan sawi. Biar hingga sayuran lembut. Masukkan bahan lain; sotong, udang, kobis dan bunga kobis. Didihkan lagi. Tambah air jika ingin kuah banyak.

3. Masukkan kiub ikan bilis, bebola ikan dan suun. Tambah garam secukup rasa. Tutup api bila sup mendidih.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin