Wednesday, December 17, 2008

Kek Pisang Mudah

Ramai yang liat sikit nak buat kek-kek ni sebab tak kuasa nak keluarkan mesin pemutar, oven, loyang, penyukat dan macam-macam peralatan lagi.. Kalau tak hari raya, memang tunjuk kat kedai je.. Tapi kat sini, K.An nak kongsi resepi kek pisang yang sangat mudah. Masa penyediaan lebih kurang 15. minit je. Dah masuk oven tinggal je.. lebih kurang 45 minit. Sejak K.An dapat resepi ni daripada adik K.An, memang selalu buat kek ni untuk minum petang keluarga dan hantar kat jiran-jiran.
Tak percaya..? Cubalah.


Bahan-bahan:

4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek

1 cawan gula pasir

1 cawan minyak masak

4 biji telur gred A

1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu besar air limau nipis

1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

Cara-cara:

1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.

2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA

3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)

4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.

5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.

6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.

*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.

5 comments:

bibie said...

Apa jenis pisang yg k.an guna? Bole serta pic pisang tu..tq

Raihan Shaari said...

salam bibie: selalunya K.An gunakan pisang awak yang masak. Boleh juga gunakan pisang emas atau pisang abu. Yang penting untuk mendapatkan kek yang wangi dan lembab pisang cukup masak dan lembut.InsyaAllah nanti K.An masukkan gambar pisang ye.. selamat mencuba!

kayrul-shah said...

kak an..kayrul dah cuba wat guna resepi nie..memang sedap dan menjadi sangat..lepas nie boleh buat lagi la

blog kak an nie selalu kayrul guna untuk rujuk resepi kuih-kuih trasional..memang menjadi jer

minta izin share resepi ye

Che Na said...

Sy dah yry senang, tapi x mkn lgi. Tunggu tetamu dtg.anak2 kata lapar, cium bau dia

wallpaper carpet said...

as salam,,,kak mohon share resepi ye...tq...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin