Monday, December 29, 2008

Masak Lemak Labu

Bila kita berkunjung ke restoran yang menghidangkan makanan kampung, selalunya masak lemak labu ada dalam senarai. Bukan sahaja mudah tapi juga senang dipadankan dengan pelbagai jenis masakan lain. Di kampung K.An, selalu dijadikan menu 'rewang' sebelum kenduri kahwin. Hari tegakkan khemah untuk kenduri, tuan rumah akan jamu orang kampung dengan masak lemak labu, ikan kembung goreng, ikan masin goreng, ulam-ulaman seperti timun dan selum dan sambal belacan. Berpeluh-peluh orang kampung makan...

Bahan-bahan: (Hidangan untuk 5 orang)

1/2 biji labu dikupas kulit dan dipotong dadu besar
1 labu bawang besar (merah) dihiris membujur
sedikit udang putih atau 1 sudu besar udang kering
1 biji cili merah dihiring serong
2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Masukkan santan cair, labu, bawang, cili dan udang kering ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Perlahankan api dan kacau perlahan-lahan hingga labu empuk.
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan pati santan, terus mengacau dan biar masak lemak mendidih.
3.Tutup api dan sedia dihidang.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin