Tuesday, December 16, 2008

Cerita berjimat...


Bagi rakyat Malaysia yang makan gaji (bila gaji boleh makan..) tengah bulan ke hujung bulan agak perit bila 'cashflow' dah makin perlahan... Itu lumrahnya kalau tak ada pendapatan sampingan. Bagi yang pandai berjimat dan merancang perbelanjaan daripada awal, tentu tak ada masalah. Tapi kalau dah nak jadi, belajar-belajarlah berjimat ketika makan sebab, setiap hari perut kita dan anak-anak perlu diisi... Kalau takde bajet nak buat camno...

Masa nilah duduk di kampung amat membahagiakan, sebab boleh makan benda yang dipetik keliling rumah. Pisang, kelapa, keladi, cili, pandan, serai, limau, daun kunyit dan macam-macam lagi..
Tengoklah gambar keliling rumah yang sempat K.An rakamkan masa balik kampung baru-baru ni.. Tu sebahagian kecil je..

Tapi itulah hakikatnya, susah-susah di kampung, selak sana, petik sini boleh juga dibuat lauk.

Bagi K.An, kalau nak berjimat bukan susah jika kita pandai memilih kombinasi lauk yang ringkas dan juga memanfaatkan segala sumber yang ada dalam peti ais atau kabinet kita.
Kalau di awal bulan mungkin lauknya ketam, udang, ayam, ikan tenggiri, daging dsb yang agak mahal, di tengah bulan tukarkan ikan kepada kembung, sardin, telur, dan banyakkan sayur hijau... Contoh set menu kurang daripada RM 15 modalnya untuk hidangan 5 orang.
A) Masak lemak cili api telur itik (5 biji - RM 4.00 + santan RM 1)
Ikan sardin goreng (5 ekor -RM 3.00)
Sambal belacan dan ulam-ulaman (RM 2.00)

B) Telur bungkus (dua ketul dada ayam -RM 4.00)+ 2 biji telur (.60 sen)
Sup sayur ( sedikit ayam, udang putih, sayur, suun, bebola ikan- RM 5.00)
Sambal belacan (.50 sen)
C) Pajeri telur ( 4 biji telur dibelah jadi 8 ketul- +/- bahan lain RM 3.00)
Ikan kembung goreng (5 ekor- RM 4)
Sambal kicap (0.30 sen)
Kacang panjang goreng telur (RM2.00)
D) Ayam goreng Kicap ( separuh ayam dipotong kecil RM 7.00)
Telur dadar (3 biji -RM 1.00) 'upgrade' jadi telur bistik
(+ Rm 2.00 untuk sos dan bahan lain)

Pajeri telur
Bahan-bahan:

4 biji telur direbus hingga masak, kopek kulit dan belah dua
3 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris halus
2 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar kerisik
1 cawan santan
secubit garam, 1 sudu besar gula
Cara-cara:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam periuk. Tumis bawang dan halia hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kerisik yang telah dibancuh dengan 1/2 cawan air. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan, garam dan gula. Didihkan dan kacau sebati. Rasa, dan tambah garam dan gula secukupnya. Tutup api. Tuang kuah ke atas telur yang telah dimasukkan ke dalam mangkuk. Sedia dihidang.
*** Beza pajeri dengan kari ialah lebih rasa manis pada pajeri berbanding kari.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin