Selain kukus-kukus, masakan yang dibakar atau dipanggang juga sesuai dihidang masa berpantang. Kalau bukan lepas bersalin, boleh juga dihidang untuk anak-anak lelaki yang baru lepas berkhatan masa cuti sekolah ni... Ringkas dan cepat dimasak.
Bahan-bahan:
3 potong ikan Nyok-nyok( boleh diganti dengan ikan merah, siakap atau tenggiri)
1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
garam dan kunyit secukupnya.
Cara-cara:
1. Gaulkan ikan dengan lada, garam dan kunyit. Perap 10 minit.
2. Panaskan pemanggang, kuali atau oven. Masukkan ikan dan bakar hingga masak.Terbalikkan ikan agar masak sekata. Jika guna kuali letakkan sedikit minyak masak agar tidak melekat.
3. sedia dihidang bersama air asam, sambal kicap atau cicah budu.
No comments:
Post a Comment