Thursday, June 16, 2011
Bendi Goreng dengan Telur
Friday, March 4, 2011
Lemak Kuning Nangka dengan Udang
Setiap kali ke pasar, K.An sibuk mengira penjimatan yang akan kita dapat kalau kita tinggal di kampung yang dikelilingi dengan pelbagai tumbuhan dan sayuran yang ditanam sendiri. Kalau sehari jimat Rm 10, kalau setahun kan dah jadi lebih Rm 3600... banyak juga tu.. boleh simpan dalam tabung Haji... 4 tahun dah boleh pergi Mekah... hmmm... memang menarik.... antara yang selalu dijumpa di kampung dan tak habis-habis dimakan, ialah nangka muda ni.. selain dimakan sendiri, boleh juga dijual.. hmmmm...ok Bang, 3 tahun lagi kita balik kampung je lah... heheheh...Saturday, April 3, 2010
Sayur Campur Goreng Mamak
Assalamualaikum.. hari ni tak kuasa nak cerita panjang-panjang sebab banyak lagi resepi yang tunggu giliran nak masuk siaran periuktanah ni.. lagipun yang penting orang nak tengok resepi, bukannya nak dengar celoteh K.An kan...?
Sayur ni paling sesuai dipadankan dengan kari... kebetulan ada bekalan ikan segar pemberian kawan Abang Azam mas dia ke Kuala Selangor baru-baru ni.... Hmm ... apa lagi, menggulai le kita. Tengok le rupa ikan tenggiri yang sangat segar tu. Memang rugi kalau tak dibuat kari kepala ikan. Ok... semua, jemput makan....
Thursday, March 25, 2010
Asparagus Goreng Ikan Masin
Thursday, March 4, 2010
Baby-Kailan ikan Masin
Kebetulan juga, ada kawan pejabat abang Azam yang tanya resepi kailan ikan masin. Almaklum dah tua, K.An rasa macam dah letak.... rupa-rupanya belum, walaupun dah berpuluh kali buat... Sori ye... disebabkan pemintaan, K.An masak 'spesel' punya sebab guna 'baby-kailan' yang lebih rangup dan sedap.Tuesday, January 12, 2010
Sajian Seimbang dengan Sayur Rampai

Resepi ketayap kat sini ye..Wednesday, December 23, 2009
Masak Lemak Pucuk Manis dengan Keledek
Puas makan daging, ayam dan nasi minyak, lepas kenduri memang sedap kalau dapat makan masakan ala-ala kampung gini.
Hari tu K.An buat sekali kerabu telur (resepi kat sini) dengan bunga Kantan, daun selom, dan daun kesom segar dari belakang rumah juga.
Lepas tu sempat juga buat Ikan Cencaru sumbat Bakar.. Siap lauk, masuk bekas, pergi makan di rumah mertua....Saturday, November 14, 2009
Masakan kampung..
Bahan-bahan:( hidangan untuk 2 orang)Thursday, October 29, 2009
Sayur Campur Rebus
Sayur rebus ni antara menu untuk abang Azam... senang dan berkhasiat. Nak sedap lagi, buat je sambal tempoyak, kemudian goreng ikan... makan dengan nasi panas.. tak ingat dah masak-masak lemak yang lain...Monday, April 13, 2009
Kacang Bendi Goreng Telur
Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)6 tangkai/batang kacang bendi- dipotong serong 1 sm-rendam dalam air seketika
2 ulas bawang merah dihiris
1 biji telur
garam secukup rasa
1 biji cili merah dihiris nipis serong
Cara membuatnya:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang merah hingga layu...jangan sampai perang. Masukkan kacang bendi. Masukkan 1/4 cawan air. Tutup periuk. Biar 2 minit.
2. Buka tudung periuk. Pecahkan telur. Biar telur separuh masak baru dikacau rata bersama sayur. (supaya telur tidak hancur dan nampak cantik)
3. Masukkan cili dan garam secukup rasa. Kacau rata dan tutup api. Sedia dihidang.
Sunday, March 22, 2009
Sambal Terung
Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)
1 batang terung panjang dikupas selang-seli- potong 1 inci panjang dan rendam dalam air
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah-ditumbuk kasar
1 sudu teh udang kering ditumbuk halus
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah dan udang kering hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan terung dan 1/4 cawan air. Tutup periuk dan biar 2 minit.
3. Buka tudung periuk, masukkan secubit garam dan 1 sudu teh gula. Kacau rata dan tutp api. Sedia dinikmati sebagai lauk sampingan.
Friday, March 20, 2009
Masak Asam Keladi
Tapi masa balik kampung 2 minggu lepas, tak sempat nak 'request' sebab balik cuma 3 hari. Kejap sangat. Bila balik Putrajaya, kena pulak kak N dan keluarga datang, nampak keladi kat pasar, terus beli dan masak sendiri asam keladi ni. Alhamdulillah, tak gatal... dan sedaaap.
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1 ikat batang keladi (dijual Rm 1 selalunya )-dijual berasingan dengan ubinya. Kalau suka, beli ubi berasingan
3 ulas bawang merah ditumbuk bersama 1 sudu teh belacan yang telah dibakar
3 keping asam keping
1/2 cawan air asam jawa cair
2 sudu besar cili kisar
air secukupnya- lebih kurang 4 cawan
**** sediakan juga asam jawa dan asam keping untuk mencuci batang dan ubi keladi
Cara membuatnya:
1. Potong batang keladi 2 inci panjang. Jangan ambil bahagian batang yang keras. Kupas bahagian luar batang keladi seperti mengupas kulit sengkuang. (kopek dan tarik)Ini adalah untuk mengeluarkan getahnya. Buat sehingga habis.
2. Kupas ubi keladi dan potong bulat. Rendam batang dan ubi dalam air asam jawa dan asam keping. Gunakan sarung tangan getah atau plastik untuk mencuci (ramas)batang keladi. Bilas sekurang-kurangnya 3 kali sebelum merebusnya.
3. Setelah dicuci, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Isi air biasa hingga tenggelam batang dan ubi keladi. Masukkan 1 keping asam keping. Rebus hingga mendidih.
4. Tapis batang dan ubi keladi dan lalukan dibawah air paip. Toskan dan masukkan semula ke dalam periuk. Masukkan air, bawang merah, cili kisar, belacan, asam keping dan air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan sedikit gula. Gaul sebati dan sedia dihidang bersama ikan goreng garing dan sambal belacan.
Thursday, February 26, 2009
Khasiat Brokoli
Amalan memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut, farinks dan prostat. Brokoli juga mengandungi beta-carotene dan alpha- carotene, sejenis bahan antipengoksidaan yang bertindak melawan penyakit barah paru-paru dan menghalang pertumbuhan sel ketumbuhan. Kandungan klorofil yang tinggi dalam sayur kalori menyekat pertumbuhan pertumbuhan sel barah dan merangsang pembiakan sel darah merah dan hemoglobin.
Sayur campur Brokoli -(hidangan untuk 3 0rang)
1/2 kuntum brokoli
100 gm kobis panjang dihiris kecil
100 gm karot dipotong ikut suka
1 biji cili merah dihiris nipis serong
2 ulas bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
5 ekor udang putih atau udang harimau ikut citarasa
Minyak, garam secukupnya
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis Bawang merah dan putih hingga layu. Masukkan udang. Goreng seketika.
2. Masukkan 1/4 cawan air. Masukkan karot dan brokoli. Tutup periuk dan biar mendidih 2 minit. buka tudung periuk, masukkan cili merah dan kobis.
3. Masukkan garam dan kacau 1/2 minit hingga kobis layu sedikit. Tutup api dan sedia dihidang.
** brokoli sedap juga dikukus bersama jagung muda(manis) dan karot. Setelah empuk, angkat dan sapukan margerin.
Wednesday, February 4, 2009
'Baby-Kailan' Goreng Belacan

Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)
1 peket 'baby-kailan'
1 sudu teh udang geragau
sedikit belacan (sebesar hujung jari kelingking) ditumbuk bersama 2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih
minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1. Ceraikan sayur kailan dari batangnya. Rendam seketika dalam air untuk menghilangkan kotoran.
2. Potong sayur 1 1/2 inci panjang. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang dan belacan hingga wangi.
3. Masukkan udang dan sayur. Masukkan 1/4 cawan air. Tutup kuali 1 minit. Buka tudung dan kacau goreng sayur hingga layu sedikit. Masukkan sedikit garam dan gaul rata. Tutup api dan sedia dihidang.
*** sayur 'baby-kailan' hanya perlu digoreng sekejap sahaja bagi mengekalkan kerangupannya.
Thursday, January 15, 2009
Aneka sayur
Sayur campur tumis air (jenis sayur boleh ditambah ikut citarasa)
Bahan-bahan:(hidangan untuk 3 orang)
200 gm bunga kobis dipotong ikut suka
sedikit sayur sawi dipotong 1 inci panjang
200 gm cendawan tiram dicarik-carik
5-10 ekor udang putih
2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dihiris nipis
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk/ kuali. Tumis bawang merah dan putih seketika. Jangan sampai perang. Masukkkan udang, kacau sedikit dan terus masukkan sayuran.
2. Masukkan 1/2 cawan air. Tutup periuk 1 minit. Buka tudung periuk, masukkan sedikit garam. Kacau sedikit dan tutup api.
Sedia dihidang.
Labu Air Rebus (orang Banjar kata, Gangan Labu Ayaq)
Bahan-bahan:(hidangan untuk 3 orang)
1/2 biji labu air- kupas kulit dan potong 1/2 sm tebal
1 labu bawang besar dihiris nipis membujur
5-10 ekor udang putih
garam sebukup rasa
suun (direndam 2 minit)-kalau suka
Cara-cara:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam periuk. Tumis bawang dan udang hingga bawang layu.
2. Masukkan 1 cawan air (atau lebih). Masukkan labu air dan tutup periuk. Biar mendidih dan labu empuk(warnanya bertukar jernih)
3. Masukkan suun dan sedikit garam. Tutup api bila suun lembut. Sedia dinikmati.
Bayam Tumis dengan Lobak Merah
Bahan-bahan: (hidangan untuk 3 orang)
2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dihiris nipis
sedikit ikan bilis telah dikopek
1 ikat bayam dibersihkan dan dipetik daun dan batang yang lembut sahaja
1/2 batang lobak merah dihiris nipis
1 biji cili merah dihiris serong
garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam periuk. Tumis bawang dan ikan bilis hingga wangi. Masukkan 1/4 cawan air.
2. masukkan sayuran. Kacau sedikit dan tutup periuk 1 minit. Masukkan garam.
3. Kacau rata sayur dan tutup api bila sayur sudah masak.
Monday, December 29, 2008
Masak Lemak Labu
Bahan-bahan: (Hidangan untuk 5 orang)1/2 biji labu dikupas kulit dan dipotong dadu besar
1 labu bawang besar (merah) dihiris membujur
sedikit udang putih atau 1 sudu besar udang kering
1 biji cili merah dihiring serong
2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Masukkan santan cair, labu, bawang, cili dan udang kering ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Perlahankan api dan kacau perlahan-lahan hingga labu empuk.
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan pati santan, terus mengacau dan biar masak lemak mendidih.
3.Tutup api dan sedia dihidang.
Wednesday, December 17, 2008
Sup Sayur Anak-anakku
Yang ini, anak-anak suka sebab ada suun..
Sup Sayur Anak-Anakku
Bahan-bahan:
3 ketul kecil ayam (bahagian ada tulang)
5 ekor udang putih/ 3 ekor udang harimau
1 ekor sotong dihiris kecil-kecil
1 batang jagung muda
1/4 batang karot dipotong ikut suka
sedikit bunga kobis
sedikit sawi dipotong 1 inci
sedikit kobis dihiris halus
1/4 kiub ikan bilis Knorr
Suun direndam
Kalau suka, bebola ikan atau kek ikan
2 ulas bawang putih dan 3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
1 biji cili merah dihiris serong
garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk. Masukkan ketulan ayam dan hidupkan api.
2. Didihkan lebih kurang 5 minit. Masukkan bawang, cili, karot, jagung muda dan sawi. Biar hingga sayuran lembut. Masukkan bahan lain; sotong, udang, kobis dan bunga kobis. Didihkan lagi. Tambah air jika ingin kuah banyak.
3. Masukkan kiub ikan bilis, bebola ikan dan suun. Tambah garam secukup rasa. Tutup api bila sup mendidih.
Sunday, November 30, 2008
Siapa kata sayur tak sedap...? Pak Choy Kacau Goreng

Bahan-bahan:
3 ikat sayur pakchoy- boleh dikopek sehelai sehelai dan ketuk batangnya dengan pisau macam kat gambar (boleh juga dipotong 1 inci kalau suka)
1 sudu besar udang kering direndam dan tumbuk halus
3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
sedikit garam jika perlu
Cara-cara:
1. Panaskan minyak kat dalam kuali. Gunakan api yang agak besar. tumis cepat-cepat bawang dan udang kering sampai wangi.
2. Masukkan kicap, sedikit air, sos tiram dan sayur. Kacau sayur dan lambung sayur guna kuali kalau pandai. Boleh juga tutup sekejap kuali agar sayur cepat lembut.
3. Rasa kuah dan kalau kurang masin, tambah sedikit garam. Masukkan tepung jagung, kacau dan tutup api. Siap untuk dihidang bersama nasi dan lauk lain.
Sunday, November 23, 2008
Resepi Turun Temurun-Kacang Panjang Goreng Telur
5 urat kacang panjang segar- dipotong 1 inci (boleh minta tolong anak-anak potong)
1 biji telur
2 ulas bawang merah dihiris
minyak dan garam
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah seketika. Masukkan kacang panjang.
2. Tambah 1/4 cawan air. Tutup periuk. Biar 2 minit atau nampak kacang empuk (warna bertukar hijau pekat)
3. Buka tutup periuk, masukkan sedikit garam. Pecahkan telur ke dalam sayur. Biar seketika, (telur separa masak) baru kacau rata. supaya telur berketul-ketul cantik.
4. Tutup api dan sedia dihidang
***Cuti sekolah macam sekarang ni, latihlah anak-anak ke dapur. Walaupun kecil peranannnya, tetap bermakna bagi mereka.
Saturday, November 8, 2008
Sayur Taugeh Campur
Selain tu kalau malas nak masak sayur yang susah, atau boring makan ulam kita goreng camni je. Senang...
sayur taugeh 20 sen- dibersihkan
1/2 batang lobak merah dihiris nipis
sedikit daun kucai dipotong 1/2 inci
1 biji cili merah dipotong serong
2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
1 sudu besar ikan bilis yang telah dikopek
Cara-cara:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak. masukkan ikan bilis dan bawang yang telah ditumbuk tadi. Goreng seketika.
2. Terus masukkan lobak merah dan cili. Tambah 2 sudu besar air. Masukkan garam.
3. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau goreng cepat-cepat. Tutup api dan boleh dihidang.
Sayur ni tak boleh masak lama-lama nanti jadi tak rangup dan tak sedap... Satu lagi taugeh mestilah segar. Beli taugeh yang belum direndam di dalam air.


