Tuesday, April 13, 2010

Jamu kawan lama dengan Puding Roti dan Roti Jala

Apa agaknya yang terlintas di fikiran kita bila ada tetamu nak bertandang ke rumah ye..?? Dulu-dulu masa awal-awal berumahtangga (lebih 15 tahun lepas) agak kelam-kabut juga bila nak fikir apa yang nak dimasak..... yang senangnya buat yang goreng-goreng seperti mee atau mihun goreng, ataupun kue-teow goreng. Kalau rajin sikit dan tahu kedatangan tu lebih awal, bolehlah ditambah dengan agar-agar ataupun puding sebagai hidangan sampingan. ... itu kalau minum petang..

Kalau makan tengahari, yang paling senang dan tak payah fikir banyak, buat je nasi ayam..... selamat..

Bila dah lama ni dan dah terima beratus tetamu, banyak le idea hidangan yang nak dimasak. Tapi kadang-kadang, tak semestinya apa yang kita suka, tetamu kita pun suka... tak kisahlah, asalkan tak dijamu air teh O atau kopi o je... kesian tetamu... kalau tak sempat masak, pergi le cari goreng pisang ke ataupun roti krim kat kedai..... berseri sikit meja...


Baru-baru ni, ada kawan sekolah lama K.An nak menyinggah sebab dia nak beli pes mee Bandung Muar yang K.An jual dalam kuantiti yang banyak... dia datang sorang je sebab isterinya sedang melanjutkan pelajaran di luar negara...

Selain meraikan tetamu, sebagai tanda terima kasih juga, K.an jamu dia dengan roti Jala (resepi) dan Puding Roti. Sama sahaja resepinya dengan yang lepas cuma roti Jala tu dicicah dengan sambal sardin. Puding Roti pulak, K.An buatkan sos vanilla ..... anak-anak pun tumpang sekaki.. 'Aisyah suka sangat puding roti tu..
Resepi puding Roti, boleh semak di sini ye...

Sos Vanilla: 1 tin susu cair dicampur dengan 1 sudu besar gula, 1 sudu besar tepung jagung dan sedikit esen vanilla. Masukkan ke dalam periuk. Gaul rata dulu menggunakan 'whisk' hingga tepung sebati. Hidupkan api perlahan dan masak sos hingga agak pekat. Padamkan api dan sejukkan sebelum dihidang. Sebelum ni, K.An guna susu segar dan rasanya sama sedap jika menggunakan susu cair....

*** kawan kami Asmawi ni pemalu orangnya... sikiit je dia jamah hidangan tu... agaknya dia takut anak-anak K.An tak cukup makan.. hihihi... lain kali awie, kalau datang sini, makan je puas-puas.. anak-anak K.An memang berselera je makannya... tapi banyak lagi kat dapur tu..

3 comments:

indahhouse said...

salam kak raihan,
sedapnya...nampak puding roti ngan sos vanila tu! yum...dah lama tak makan nih. :)

Raihan Shaari said...

salam nur: kat rumah ni, kalau tak ada sos vanilla pun laju, tambah pulak bila makan dengan sos vanilla.... memang sedap tau....

aku said...

salam kak raihan..nk belajar la bt pudding roti tu.teringin nk mkn npk pudding roti kaka bt.huhu

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin