Monday, July 27, 2009

Jom Makan Buah @ Putrajaya




Awal Pagi Sabtu lepas, sempat K.An ke Taman Warisan Pertanian Presint 16 di Putrajaya ni bagi memeriahkan lagi kempen Jom Makan Buah sempena musim buah-buahan tempatan kali ini. Tahun lepas, tak berkesempatan sebab balik kampung, maka tahun ni, dalam kesibukan tugas harian, lari kejap 'bawak' 'Aisyah ke sana...

Seronok juga melayan 'Aisyah yang dok tanya, ni buah apa, ni buah apa...? K.An suruh makan, semua dia tak nak.. rugi betul la .... percuma pun taknak...

Tak nak lama-lama, dah puas merasa pelbagai jenis buah-buahan, K.An beli serba sedikit manggis, rambutan, buah mata kucing, duku dan cempedak. Ingat di hati nak beli durian, tapi tangan dah penuh kiri,kanan... esok-esoklah pulak ye..


Memang puas hati, dapat makan dan beli buah-buahan tempatan dengan harga yang amat murah berbanding hari biasa.

Kepada yang tak sempat pergi tahun ni, jangan ketinggalan kalau ada lagi promosi macam ni.... memang berbaloi..





2 comments:

Anonymous said...

Bestnye pegi pesta buah cenggini kak An... suka gambar yg buah dah kupas kulit tue... terliur jer tgk.. huhu

Raihan Shaari said...

sabar Ijan ye... kat M'sia ni, buah-buah nile yang murah.. K.An terliur juga nak pesta buah anggur ke, pear ke, epal ke... hihik.. nanti balik M'sia join k.An pegi pesta camni ye..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin