Monday, July 27, 2009

Cempedak Goreng

Tak cukup lagi hidangan berbuka hari ni.. kalau ada cempedak boleh kita buat cempedak goreng.. mengancam baunya bila digoreng kan..?

Bahan-bahan: (20-25 ulas cempedak)

1 sudu besar tepung goreng pisang Adabi
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1/3 cawan air biasa
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul sebati hingga tidak berketul.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cempedak ke dalam adunan tepung. biar rata. Gunakan sudu untuk mengambil cempedak untuk digoreng supaya tepung tidak menitik/ meleleh daripada buah. Terbalikkan cempedak dan goreng hingga rata keperangan. Angkat dan toskan minyaknya. Sedia dihidang.

*** ini versi rangup sebab, cempedak ni, kalau terlalu masak mudah meresap minyak...


2 comments:

Mima's Oven said...

An, akak kalau buat menda ni kan, selalu bila sejok tak ranggup kenaper yer?

Raihan Shaari said...

ikut adunan tepung kak.Kalau tepung gandum je memang cepat jadi lembut.. resepi An ni, insya Allah tahan rangupnya lebih kurang 1-2 jam. Cubalah.. akak boleh tengok juga kat entry Keledek goreng..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin