Assalamualaikum wrt.
Tak sampai 2 minggu lagi, kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Bulan di mana kita umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan dan disunatkan memperbanyakkan amal ibadah kerana ganjaran Allah yang berlipat ganda..
Ramai yang sibuk buat persiapan raya walaupun puasa pun belum mula... macam tak kena kan...? Bagi K.An, dalam seminggu dua ni sibuk ulangkaji aneka resepi dan juadah yang bakal disajikan untuk keluarga tercinta. Walaupun puasa yang mesti diutamakan, tapi menghidangkan makanan dari dapur sendiri juga termasuk dalam ibadah. Selain bersedia untuk kekuatan fizikal, tubuh yang sihat dan cukup khasiat juga memungkinkan kita menjalani ibadah puasa seterusnya menunaikan solat fardhu dan tarawikh dengan sempurna.
Sambil-sambil tu, K.An masak juadah ulangan je untuk keluarga... ada satu dua resepi yang boleh K.An kongsikan di sini. Satunya Bun Kacang Merah dan Bun Manis yang dibuat bagi menghabiskan stok tepung Roti (tepung protein tinggi yang dah nak habis tarikh).... kalau tak dikerjakan, membazir pulak nanti
Bahan-bahan:
Doh Bun Manis- (resepi asal dari buku Alex Goh- disalin semula oleh Mat Gebu dan dicuba oleh K.An beberapa kali sudah.... memang mudah dan sedap.)
Bahan A:
480 gm tepung roti (tepung protein tinggi yang boleh dibeli dari kedai bahan-bahan bakeri)
120 gm tepung gandum
110 gm gula halus
10 gm garam
20 gm susu tepung
4 sudu teh yis kering
1 sudu teh bread improver**
1 sudu teh bread softener**
**tak letak pun tak apa
Bahan B
1 biji telur
300 ml air
Bahan C
60 gm mentega
*** inti kesukaan secukupnya- boleh guna inti manis seperti kacang merah, kaya atau kelapa. Boleh juga guna inti sardin dan sambal bilis
Cara membuatnya:
1. Satukan bahan A dan gaul rata. Tambah bahan B dan uli hingga menjadi doh. Tambah Bahan C dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal. (Uli selama 20-25 minit menggunakan teknik tarik dan tolak dengan kedua belah tangan)
2. Alih ke dalam bekas yang disapu mentega dan tutup dengan plastik 'cling'. Biar 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda.
Boleh juga guna bread maker... lebih mudah. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker dan pilih setting doh. Biar hingga siap dan kemudian alihkan ke dalam bekas yang lebih besar dan perap 1 jam.
Untuk Bun inti Kacang:.
1. Ambil 600 gm doh tadi (yang lain boleh buat roti jenis lain) Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. (50 gm setiap bahagian) Bulat-bulatkan dan ketepikan. Ambil satu canai membujur. Potong seakan-akan jejari seperti di dalam gambar. Isi dengan inti kacang merah. Gulung dan alihkan ke dalam dulang pembakar yang disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Biar 40-50 minit hinggga naik. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20-25 minit.
2. Lepas 15 minit dibakar, K.An ikut tips Mat Gebu, keluarkan roti dari oven dan sapukan bancuhan telur pada permukaan roti. Sambung bakar hingga siap. Sejukkan atas jaringan.
Baki doh, bolehlah dibuat aneka bun lain bentuk bulat atau masukkan dalam loaf tin. Potong roti apabila siap.
Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts
Wednesday, July 20, 2011
Friday, June 17, 2011
Roti dan Bun Kismis
Mata K.An ni dah layu sangat dengan mulut ni asyik menguaaap je, akibat tidur 2 jam je malam tadi... Bukannya K.An on-call doktor atau rukun tetangga yang bertugas, tapi kejadian menyiapkan tempahan Pulut Kuning Datin Salbiah dan anaknya Faiz... Alhamdulillah siap juga ikut masa yang diingini... Terima kasih datin sebab teringatkan saya bila nak 'order' pulut kuning. Terima kasih juga sebab Datin banyak tolong K.An masa hari pemergian Arwah Munirah.. Almaklum, masa tu, K.An rasa macam kosong je...tak pasti apa yang nak dibuat dulu...Kalau Datin dan kerabat pejabat Abang Azam tak ada, boleh pitam juga K.An dibuatnya...
Petang ni K.An bukan nak cerita pasal pulut kuning, tapi nak ajak semua buat roti... Yuk buat roti kata Chef Wan... (nak cerita pulut kuning pun tak boleh sebab semuanya dah licin, tak sempat nak ambik gambar..hihihi..)
Resepi roti Kismis ni dipetik daripada Buku Aneka Roti yang diselenggarakan oleh Sa'adiah Mohamad, terbitan Alaf 21.
Bahan-bahan:
450 gm tepung roti (tepung berprotein tinggi)
100 gm kismis hitam
40 gm margerin dicairkan
1 biji telur
1 sudu teh garam
1 sudu teh rempah campur/ mixed spice (K.An tak letak pun)
Bahan A dilarutkan
50 gm gula kastor
7 gm yis kering segera
150 ml susu segar
100 ml air suam
Bahan ising disatukan
35 gm gula kastor
sedikit air suam
Cara membuatnya:
1. Ayak tepung, rempah campur dan garam dalam mangkuk adunan. Masukkan kismis hitam, telur dan margerin. Gaulkan hingga rata.
2. Tuangkan bahan A. Uli doh hingga lembut dan kenyal. Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan cling wrap atau tuala dapur. Biar doh naik dua kali ganda selama 1 jam.
3. Selepas 1 jam, tumbuk doh dan bentukkan ikut citarasa. Masukkan ke dalam loaf tin yang telah di gris. Biarkan doh naik lagi hingga memenuhi tin.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius. Bakar selama 20 minit atau roti keperangan. Ketika roti masih panas, sapukan ising.
***K.An bahagi 2 adunan. satu dijadikan loaf, satu lagi dibulat-bulatkan... inilah hasilnya...
Bun nak macam sama dengan pipi Maryam....hehehhehh
Friday, December 31, 2010
Soft Butter Bun- Kembang Setaman @ mat gebu n mamafami
Makluman.... ini adalah draft yang ditaip 2 minggu lepas...baru sempat siapkan hari ni- 14 Januari 2011..mmmph... sempatkan juga ni...
Assalamuaalaikum semua dan salam tahun baru... Moga tahun 2011 akan membawa lebih kebahagiaan dan nikmat kepada semua...
Benarlah masa berlalu tanpa dirasa... macam baru je sambut tahun 2010, sambut baby baru, anak-anak periksa, dapat keputusan dan akhirnya dah kembali ke asrama masing-masing. 23 Disember lepas, kami sekali lagi menerima khabar gembira apabila anak sulung K.An dan Abang Azam- Iqbal mendapat 8A 1B dalam peperiksaan PMR 2010 yang lalu. Sekaligus melengkapkan pelbagai limpahan rezeki yang bertali arus di tahun 2010. Syukur alhamdulillah kami panjatkan kepada Allah SWT atas semuanya. Terasa berbaloi penat-lelah yang dicurahkan. Debaran sepanjang tahun pun reda akhirnya.....
Petangnya, dengan kelegaan yang nyata, K.an ke dapur menyiapkan Soft-Butter Bun- Kembang Setaman (nama yang diberi Mat Gebu) yang memang cantik jadinya... almaklum, mood memang berperanan dalam menyiapkan masakan yang enak dan indah rupanya. Cumanya kalau tengok Soft Butter Bun mamafami dan Mat Gebu punya, memang confirm sifu punya tangan... menjadi sentiasa...
Resepi asal boleh tengok di blog Mamafami atau yang rupanya macam kat sini di blog Mat Gebu . K.An suka sangat resepi ni sebab, kita boleh pelbagaikan rupa dan rasanya menggunakan adunan yang sama. Cuma tukarkan bentuk atau tukarkan inti (filling).... lepas tu, bagi le nama apa yang kita suka.. tak percaya?... cubalah sendiri..
Bahan-bahannya: (menghasilkan 12 biji bun yang mekar...)140 ml air suam
1 biji telur, pukul sedikit
30 gm gula halus
1 ct garam halus
1 ct bread improver
250 gm tepung roti
50 gm tepung halus (boleh ganti tepung gandum biasa)
2 1/2 sb susu tepung
1 1/2 st yis kering
30 gm mentega
1.Jika menggunakan bread maker: Masukkan semua bahan kecuali telur dan inti ke dalam bread maker. Pilih setting doh, biar diuli hingga menjadi doh yang , lembut dan licin. Masukkan ke dalam mangkuk, tutup dengan cling wrap, perap 45 minit.
Jika menguli menggunakan tangan:
1. Masukkan air suam ke dalam mangkuk. Masukkan yis dan 1 sudu teh gula. Biarkan sebentar hingga berbuih.
2. Satukan tepung di atas tempat menguli (meja atau magkuk) Buatkan lubang di tengah dan masukkan campuran yis, sebahagian gula, garam, susu tepung dan bread improver. Uli menggunakan kedua belah tangan selama 15 minit hingga adunan kenyal. Campurkan mentega dan uli lagi hingga doh tidak melekat di tangan selama 10-15 minit. (untuk mudah, masukkan doh ke dalam plastik dan uli hingga doh tidak melekat). Bulatkan, masukkan ke dalam mangkuk, tutup dengan cling wrap dan perap 45 minit.
3. Selepas 45 minit keluarkan doh, tumbuk untuk mengeluarkan angin dan uli sebentar.
4. Bahagikan doh kepada saiz pilihan. K.An buat 12 bulatan kecil. Mat Gebu buat 55 gm setiap bulatan.
5. Leperkan dengan tangan, isikan inti. Cantumkan dan letakkan di atas loyang yang telah dilenser dengan mentega. Canai leper sedikit doh dengan berhati-hati. Kelar seperti di dalam gambar menggunakan pisau. Gunting sedikit di bahagian tepi untuk menjadikan bentuk bunga.
6. Panaskan oven pada suhu 190 darjah Celsius. Sapukan telur yang dipukul tadi pada permukaan roti dan hias dengan ceri. Bakar roti selama 40 minit atau roti keperangan.
6. Panaskan oven pada suhu 190 darjah Celsius. Sapukan telur yang dipukul tadi pada permukaan roti dan hias dengan ceri. Bakar roti selama 40 minit atau roti keperangan. Friday, May 7, 2010
Roti Arab
Assalamualaikum semua,Mata ni tersangatle beratnya dek kerana mengantuk, tapi demi pengikut dan pembaca setia Periuktanah....haaa... kena gagahkan juga bukak mata ni 'besor-besor' dan mengemaskini resepi baru...
Tengahari semalam K.An masak menu kegemaran sepanjang masa- kari ikan pari. Seperti biasa, tu masakan 2 dalam satu. Kalau selalunya sebelah petangnya, samaada buat 'cekodok' ataupun roti canai buat cicah dengan kari tu.
Petang semalam, teringin nak buat benda baru pulak. Resepi ni dah lama K.An belek, tapi tak terbuat-buat sebab, bila pergi Mydin je, beli Roti Arab yang dah siap... bila masa pulak nak buat sendiri.
Alhamdulillah semalam dapat tenaga lebih agaknya, maka menjadilah roti Arab hasil buatan sendiri... Cuba tau, jangan tak cuba. Jimat lagi....
Ok, jom kita tengok resepi: Resepi asal: Puan Salhah Bujang dari Mysal Homemade Cake yang disiarkan resepinya dalam Majalah Rasa Edisi Aidilfitri 2008
****K.An buat separuh adunan je, dapat 6 keping
500 gm tepung protein tinggi (tepung Roti)
40 gm gula halus
100 gm lelemak sayuran (shortening)
160 gm susu tepung
40 gm yis
1 sudu teh pelembut roti
1 sudu teh garam
300 ml air- stok susu tepung K.An habis, jadi K.An ganti air ni dengan susu segar suam
Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga sebati dan adunan sederhana lembut dan kenyal.
2. Timbang 150 gm dan bulat-bulatkan. (K.An timbang +/-100 gm sebab oven 'kecik') Susun dalam dulang ditabur tepung. Biarkan kembang selama 10 minit (Rujuk gambar)
3. Canai dan leperkan setebal 3/4 sm lebih kurang. Biarkan kembang lagi 10 minit.
4. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 15 minit/ roti keperangan. (K.An guna 170 darjah Celcius sebab oven 'kecik' ni cepat panas... nanti hangus pulak roti...) Pandai-pandai 'adjust' ikut oven masing-masing ye).** seperti biasa, K.An sapukan margerin pada permukaan roti sebaik dikeluarkan daripada oven agar permukaan roti tidak kering
Sedia dihidang bersama sebarang pencicah atau salad.... Memang sedap.... dan rotinya kekal lembut walaupun setelah sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara ye...
Sedia dihidang bersama sebarang pencicah atau salad.... Memang sedap.... dan rotinya kekal lembut walaupun setelah sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara ye...*** terima kasih Puan Salhah atas resepi yang enak ini, banyak lagi resepi Pn Sal yang K.An nak cuba nih...
Tuesday, April 20, 2010
Bun Pandan Kismis
Sabtu lepas mertua K.An datang ke Kuala Lumpur sementara menunggu hari untuk bertolak menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada hari Rabu ni. (esok) Transit di rumah Abang sulung di Salak Tinggi, kami pun bertandanglah ke sana. Tak lengkap kunjungan kalau tak bawa buah tangan.Memandangkan dah janji dengan mak mertua K.An nak buatkan dia kuih lapis resepi periuktanah, rasanya sesuailah dijadikan bekalan ke sana nanti. Lagipun kuih lapis ni mudah je membancuhnya. Kukus dalam loyang... dah siap. Teringat pulak, mak belum pernah rasa roti air tangan K.An... belek-belek resepi, akhirnya buat keputusan buat bun Pandan Kismis ni. Resepi asal daripada Daput Mat Gebu tapi, K.An dah sesuaikan ikut bekalan bahan yang ada di dapur ni....
Bahan-bahan: (menghasilkan 2 loaf tin 4 persegi 7 inci X 7 inci atau loyang bulat diameter 7 inci)
Bahan-bahan: (menghasilkan 2 loaf tin 4 persegi 7 inci X 7 inci atau loyang bulat diameter 7 inci)300 gm tepung roti (high protein)
2 sudu teh yis segera
45 gm gula halus
1/2 sudu teh bread improver (tak letak pun tak apa)
1/2 sudu teh garam halus
1/2 biji telur A
1 sudu teh pandan paste (atau guna pewarna hijau dan 2 titik perisa pandan)
165 ml susu segar suam
130 gm kismis- K.An guna buahan campuran sebab kismis 'yellek'
1 sudu besar mentega
Cara membuatnya:
1. Jika menggunakan Bread Maker: masukkan semua bahan ke dalam BM. Tekan setting 'dough' dan tunggu siap. Kalau bread maker tu rajin sangat- (automatik uli sampai lebih 30 minit, bila nampak doh dah licin dan kenyal (selepas 20 minit) bolehlah di keluarkan doh daripada mesin. Masukkan ke dalam mangkuk besar dan tutup dengan tuala dapur atau cling wrap. Perap selama 30 minit atau doh naik 2 kali ganda.
2. Jika menguli dengan tangan, uli di atas meja menggunakan teknik tarik dan tolak hingga doh tidak melekat di tangan dan doh licin lagi kenyal. Selepas itu masukkan ke dalam mangkuk besar dan perap seperti 1.
3. Selepas 30 minit, keluarkan doh dan uli lagi selama 5 minit. Bulat-bulatkan doh sebesar bola golf dan susun di dalam loyang pilihan yang telah dilenser mentega. Tutup dan perap lagi selama 20- 30 minit (bun naik 2 kali ganda)
4. Panaskan ketuhar pada suhu 185 darjah Celcius (api atas bawah). K.An spray sedikit air di permukaan bun dan taburkan bijan. Bakar roti selama 20 minit atau bun keperangan. Keluarkan loyang dan Sapukan margerin agar permukaan bun cantik berseri.
Tekstur bun ni sungguh gebu.. K.An memang suka bun macam ni. Yang ini yang dibakar di dalam mafin cup tu....
Yang ini kuih lapis, sedia untuk dibawa untuk dijamu kepada mertua.... potong kat sana nanti ye...
Tekstur bun ni sungguh gebu.. K.An memang suka bun macam ni. Yang ini yang dibakar di dalam mafin cup tu....
Yang ini kuih lapis, sedia untuk dibawa untuk dijamu kepada mertua.... potong kat sana nanti ye...Thursday, February 25, 2010
Bun Manis
Assalamualaikum dan Salam Maulidurrasul semua...K.An doakan moga semuanya sihat walafiat dan berbahagia selalu di samping keluarga dan rakan-rakan. Hari ni baru sempat menulis sebab 2 hari lepas sibuk melayan keluarga dan sibuk memenuhi undangan kenduri kahwin.
Sejak kebelakangan ni memang agak 'malas' nak mencuba resepi baru dan berjalan-jalan juga mengembara di alam cyber ni. K.An cuma masak lauk-pauk dan kuih-muih biasa je. Yang pasti buat masakan yang disukai anak-anak agar tak membazir. Almaklum anak-anak K.An ni, kalau sibuk dengan sekolah, makan pun ala-kadar je. Yang penting makan nasi tengahari, lewat petang lepas KAFA pun cari nasi lagi. Abang Azam pun balik dari pejabat dah lewat. Sudahnya makan nasi juga. Maka jarang le K.An sediakan minum petang. Tak ada siapa yang nak jamah...
Di hujung bulan Februari ni, K.An kongsikan resepi Bun Manis ni yang K.An dah buat lama dulu. Berkenan dengan rupa dia di dapur Ros yang dok kat Tokyo tu... Lagipun K.an memang suka bun manis macam ni. Nak membuatnya pun senang...
Boleh rujuk kat resepi asal dari dapur Ros kat sini ..
Bahan-bahan:
150 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
140 ml susu segar (boleh ganti air suam + 2 sb susu tepung)
2 sb gula
1 st yis kering
1/2 sb garam- k.An letak 1 st je
2 sb margerin
1 st bread improver
**** K.An suka kismis, jadi k.An tambah 1/2 cwn kismis
Cara membuatnya: sama dengan teknik membuat roti yang lain juga.. yang detail daripada ros dah hilang la...sori
1. Masukkan semua bahan kecuali margerin ke dalam mangkuk. Uli hingga menjadi doh. Campurkan margerin dan uli lagi selam 10-15 minit hingga menjadi doh yang licin, kenyal dan tidak melekat di tangan. (ikut petua Ros, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan uli selam 10-15 minit. Keluarkan dan ikut langkah seterusnya)
2. Bulatkan doh, masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan cling wrap. Biar doh mengembang selama 45 minit.
3. Selepas 45 minit, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Uli sebentar. Bahagikan kepada bebola kecil. Leperkan sedikit dan susun di atas loyang yang dilengser dengan mentega. Biar lagi 40 minit.
4. Panaskan oven ke suhu 170 darjah Celcius. Bakar bun selama 15- 20 minit atau hingga permukaan keperangan. Sapukan mentega di permukaan bun sebaik dikeluarkan daripada oven.
Sedap dimakan bersama Milo panas....
Monday, January 11, 2010
Roti Putih Berkismis
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua... moga semua sihat dan ceria dan berselera nak makan hari ni ye...
Semenjak dua menjak ni, perut K.An ni kerjanya 'lapooor' je.. rasanya macam baru sudah makan, tapi berbunyi-bunyi lagi minta diisi... bukan setakat K.An, baby Maryam ngan 'Aisyah pun lebih kurang sama... kejap-kejap nak makan. Kenalah K.An sediakan banyak sikit kudapan..
Selain kuih dan biskut, kudapan yang senang disediakan, apa lagi roti le... macam-macam jenis boleh dibuat.. Macam roti putih ni, dah banyak kali buat, cuma kali ni K.An tambah sikit kismis, gula dan ganti air suam dengan susu. Jadi rasanya lemak-lemak manis.. memang sedap..
Resepinya dah pernah letak sebelum ni.. boleh tengok kat sini ye..
Resepi asal daripada kawan lama K.An- Bani nun jauh di Malaysia Timur tu...Bahan-bahan: (separuh daripada resepi asal sebab yang asal banyak..)
250 gm tepung roti
1 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh penuh yis mauripan
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar gula pasir
1 cawan susu segar suam
segenggam kismis
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kecuali susu suam ke dalam mangkuk. Campurkan susu sedikit demi sedikit sambil uli bahan hingga menjadi doh yang licin dan kenyal. Kalau nak doh yang elok uli dengan teknik tarik dan tolak guna dua-dua belah tangan. Ataupun guna tips Ros Tokyo, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan uli selama 10-15 minit. Keluarkan dan uli lagi hingga doh licin.
2. Kalau ada bread-maker, masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekan setting doh. Tambah susu siskit demi sikit hingga doh siap diuli.
3. Perap doh selama 1 jam. Lepas 1 jam, tumbuk doh untuk mengeluarkan udara dan uli lagi. K.An bahagikan doh kepada 3 bahagian. Bentukkan bujur (ikut citarasa masing-masing) dan masukkan ke dalam loyang macam dalam gambar di bawah. Perap lagi 45 minit hingga roti kembang.
4. Panaskan oven ke suhu 190 darjah celsius. Letakkan loyang di tengah-tengah oven. Bakar roti selama 20-30 minit atau hingga roti keperangan...(ikut oven masing-masing)
5. Bila roti dah masak, keluarkan roti dan sapu margerin di atasnya agar permukaan roti cantik. (Ikut petua Mat Gebu)
Thursday, December 3, 2009
Bun Pandan Kaya
Dah lama tak me'roti'...petang kelmarin hujan lebat di Putrajaya... sejuk yang pastinya melaparkan perut. Tiba-tiba teringin nak meroti sebab kalau nak tau, waktu hujan macam gini, cium bau roti yang segar dibakar dari oven.... sangat menyegarkan minda.. Nak tau nikmatnya, cubalah sendiri......

Semak resepi yang dah lama di salin, teringin nak makan Bun Pandan Kaya yang Cik Mat Gebu kita selalu buat.. Nampak mengancam dalam setiap edisinya...
Bahan semua dah ada... JOM kita MEROTI....!!!
(K.An rujuk resepi Mat Gebu... halal resepi semua ye..
Copy n Paste dari dapur Mat..
BAHAN-BAHANNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste (k.An guna beberapa titik pewarna hijau dan beberapa titik perisa pandan Star Brand)
BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya (K.An guna juga bijan macam Hana buat)
Seri kaya secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste (k.An guna beberapa titik pewarna hijau dan beberapa titik perisa pandan Star Brand)
BAHAN HIAS :-)
Kelapa kering secukupnya (K.An guna juga bijan macam Hana buat)
Seri kaya secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
- Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
- Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering/ bijan dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...
Oven K.An 'kecik', jadi K.An buat 2 loyang, satu tabur bijan, satu lagi tabur kelapa... dua2 sedap

Monday, September 7, 2009
Bun Kaya Kelapa dan Mini Bun Kaya
Di bulan puasa ni, sambil kita sibuk berpuasa, jangan dilupa anak-anak kecil yang masih di bawah umur yang belum mampu berpuasa dan masih perlu disediakan makanan di siang hari.Nak masak nasi memang kadang-kadang merenyahkan, jadi apa kata kita buat roti untuk anak-kecil kita ni. Kali ni, K.An gunakan resepi roti naik dari Mat Gebu dan diisikan inti kaya agar mudah dimakan. K.An buat 2 jenis, satunya besar-besar dan ditabur kelapa ketika roti separuh masak dan satu lagi dibuat comel-comel, agar sekali 'ngap' dah habis....
Bahan-bahannya: (Roti Naik daripada Resepi.Net)
400 gm tepung roti
100 gm tepung gandum
250 ml air
50 gm susu pekat
180 gm gula perang
100 gm mentega
11 gm yis segera (1 peket)
1 ct esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali mentega dan uli hingga menjadi doh. (10-15 minit) Masukkan mentega dan uli lagi hingga menjadi doh yang licin dan kenyal
(petua pakar buat roti- (masukkan doh ke dalam plastik bersih dan uli dengan menggunakan plastik selama 10-15 minit.) Keluarkan dan sedia untuk proses seterusnya.
2. Cara lain: masukkan semua bahan ke dalam bread-maker, tekan setting doh dan tunggu hingga siap.
3. Tak perlu diperap, tetapi terus bahagikan doh kepada 16-20 bahagian (ikut saiz pilihan). Bulat-bulatkan, kemudian leperkan di tapak tangan.
4. Isikan inti kaya pandan dan cantumkan hujung doh menggunakan hujung jari. Pintal kemas seperti membuat pau agar inti tidak terkeluar ketika membakar. (lebih mudah jika kaya dalam keadaan sejuk dan agar pekat)

5. Susun dalam loyang yang telah dilengser dengan jarak 2 sm antara satu sama lain dan perap 45- 60 minit sebelum dibakar. Boleh ditutup dengan tuala dapur atau cling wrap. Tetapi jangan terkena permukaan roti pulak...
6. Panaskan oven pada suhu 190 darjah Celcius dan masukkan loyang roti di bahagian tengah oven. Bakar selama 15-20 minit atau hingga permukaan roti keperangan. Sapukan margerin pada permukaan roti sebaik roti dikeluarkan. Sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas bertutup. Roti tahan hingga 4 hari jika disimpan ditempat kering dan sejuk.
Friday, August 21, 2009
Roti Putih..... (pastinya yang mudah...)
Assalamualaikum semua... InsyaAllah esok kita akan mula berpuasa dan malam ni solat Tarawikh.. seronoknya dan rasa bersyukur sangat sebab diberi kenikmatan daripada Allah untuk mengecapi rahmat Ramadhan Al-Mubarak. Moga tahun ni lebih banyak amal ibadah dapat dijalankan...
Sebelum menutup bulan Sya'aban, K.An kongsikan resepi roti putih (white Bread) yang sangat mudah ni.. Ini resepi junior K.An di UIA dulu, Nurbani yang sangat rajin juga memasak.. dia kongsi resepi ni kat facebook... seronoknya bila cuba terus jadi elok. Terima Kasih Bani.
Rasa dan tekstur roti ni 'sebijik' macam roti bai naik motor kat kampung dulu-dulu. Kat kampung K.An dia jual roti dengan home-made kaya sekali. Lewat petang kami beli roti dan makan ramai-ramai dengan arwah ayah sebelum dia ke surau.... nostalgia lagi...
Bahan-bahan: (menghasilkan 2 buku roti guna loaf tin saiz sederhana)500 gm tepung protein tinggi
3 sudu besar minyak masak
1/2 peket yis kering
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1-2 cawan air suam (tambah sikit-sikit)
Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali air di dalam mangkuk. Campurkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga jadi doh. Tutup mangkuk dengan cling wrap dan perap 1 jam.
2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan uli lagi 5 minit. Lengserkan loyang dan bahagi dua doh jika guna loyang kecil. Masukkan ke dalam loyang dan perap lagi 45 minit.
3. Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius dan bakar roti selama 30-40 minit atau roti keperangan.
K.An buat separuh adunan je, tapi tak puas makan. Kejap je habiiiish...
Subscribe to:
Posts (Atom)










