Friday, August 21, 2009

Roti Putih..... (pastinya yang mudah...)

Assalamualaikum semua... InsyaAllah esok kita akan mula berpuasa dan malam ni solat Tarawikh.. seronoknya dan rasa bersyukur sangat sebab diberi kenikmatan daripada Allah untuk mengecapi rahmat Ramadhan Al-Mubarak. Moga tahun ni lebih banyak amal ibadah dapat dijalankan...

Sebelum menutup bulan Sya'aban, K.An kongsikan resepi roti putih (white Bread) yang sangat mudah ni.. Ini resepi junior K.An di UIA dulu, Nurbani yang sangat rajin juga memasak.. dia kongsi resepi ni kat facebook... seronoknya bila cuba terus jadi elok. Terima Kasih Bani.

Rasa dan tekstur roti ni 'sebijik' macam roti bai naik motor kat kampung dulu-dulu. Kat kampung K.An dia jual roti dengan home-made kaya sekali. Lewat petang kami beli roti dan makan ramai-ramai dengan arwah ayah sebelum dia ke surau.... nostalgia lagi...


Bahan-bahan: (menghasilkan 2 buku roti guna loaf tin saiz sederhana)

500 gm tepung protein tinggi
3 sudu besar minyak masak
1/2 peket yis kering
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1-2 cawan air suam (tambah sikit-sikit)

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali air di dalam mangkuk. Campurkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga jadi doh. Tutup mangkuk dengan cling wrap dan perap 1 jam.

2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan uli lagi 5 minit. Lengserkan loyang dan bahagi dua doh jika guna loyang kecil. Masukkan ke dalam loyang dan perap lagi 45 minit.

3. Panaskan oven pada suhu 190 darjah celcius dan bakar roti selama 30-40 minit atau roti keperangan.

K.An buat separuh adunan je, tapi tak puas makan. Kejap je habiiiish...

4 comments:

cikmanggis said...

salam ramadhan..nampak sangat lembut,boleh cuba ni

Raihan Shaari said...

sila cik manggis... bahan pun senang sangat. Rasa pun sedap..

cikgu_zana said...

salam... saya suka resepi k an dlm blog ni. ada beberapa resepi dah sy try.. mmg menjadi.. best..

winnie3090 said...

500g tu berape cawan ekk???

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin