Friday, August 28, 2009

Mesti Cuba....Ketam Bercili

Walaupun baru balik, tanggungjawab memasak tetap dijalankan. Dah le dapat gelaran "Tukang Masak Sejati" (abang Azam bagi).... so hari ni kena masak 'spesel' sikit untuk semua.

Ketam bercili ni adalah kombinasi pelbagai resepi ketam bercili yang pernah K.An tengok, belajar dan baca. Hasilnya alhamdulillah.... abg Azam bagi markah penuh... memang sedap dan mesti cuba...

Bahan-bahan:

1/2 kg ketam- dibersihkan dan potong ikut suka (k.An belah dua dan potong sepitnya)
Gaul dengan garam dan kunyit dan goreng - sekejap je ye puan-puan sebab ketam ni walaupun bercengkerang tapi bila warnanya bertukar merah, masak le tu isi dalamnya.

Bahan dikisar halus:

3 ulas bawang merah-belah 4
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah -saiz besar

Bahan lain:

2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos ikan (namphla)
1 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar gula

Cara membuatnya:

1. Masukkan ketam yang telah digoreng ke dalam mangkuk. K.An pecahkan (ketuk) sepit ketam agar mudah bila nak makan nanti.

2. Panskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi (3 minit) Kacau rata. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

3. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan dan cuka. Didihkan. Masukkan gula dan kacau kuah hingga pekat. Tutup api dan tuang sos ke atas ketam. Ketam bercili sedia untuk di'kerjakan'....

***K.an tak letak garam sebab namphla dah masin dan ketam goreng juga dah cukup garamnya.


2 comments:

Anonymous said...

Salam.
Tengah hari tadi niat nak cari ketam segar...ketam takde, saya belilah udang besar. Saya gantikan ketam dengan udang besar dan ikut resepi k.An. Perghh...mengancam!

Raihan Shaari said...

Alhamdulillah.. Pandai doktor..!! saya baru je nak sebut, kalau tak ada ketam, boleh ganti dengan udang harimau atau udang galah... Sedap kan...!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin