Tuesday, August 18, 2009

Bingka Tepung Beras

Teringat dan terbau-bau lagi aroma bengkang yang dibakar di dapur kayu dengan sabut diletak di atas tudung periuk zaman K.An 'kecik-kecik' dulu... Memang sedaaap.. Bangun pagi memang segar sebab mak K.An dah awal-awal lagi buat macam-macam kuih untuk anak-anak... 'Respect' betul kat mak K.An dari dulu sampai sekarang. Walaupun tak ada buku resepi, tapi kalau mintak buat kuih macam ni, rasanya mesti 'standard'.... 5 bintang.

Memandangkan sekarang dah tak ada dapur kayu, kita bakar bengkang ni (bingka tepung beras) kat dalam oven je.. Rasanya sama, tapi tak ada bau sabut atau kayu macam yang klasik tu... Dengan resepi ni, boleh juga dibuat bingka Tepung Beras yang warna putih (gula pasir biasa) atau Bingka Gula merah... ganti gula putih dengan gula melaka atau gula merah,

Bahan-bahan: (hidangan untuk 10 orang)

300 gm tepung beras
150 gm gula pasir
1 sudu teh garam
1000 ml santan daripada sebiji kelapa
4 helai daun pandan dikisar halus- ramas dengan 1/2 cawan air dan dapatkan patinya
sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan gaul dengan whisk hingga sebati. (boleh juga campur semua bahan di dalam mangkuk lain dan kemudian tapis ke dalam periuk agar tidak berketul) Hidupkan api sederhana dan kacau sentiasa.

2. Apabila bancuhan mula berketul, perlahankan api dan terus mengacau hingga hampir pekat.

3.Angkat dan tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan minyak atau margerin dan ratakan.

4. Bakar pada suhu 300 darjah celsius selama 30 minit atau bahagian atasnya keperangan.
Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong. Seeloknya, masak di waktu malam untuk hidangan pagi.

Maryam yang dah makin 'excited' dengan kerja ummi

4 comments:

blogresipi said...

Kalau bakar dgn dapur arang memang rasa dia lagi best ye kak an.. mcm yg org2 jual kat kedai2 tue.. sgt best... tp skrg oven je lah yg paling mudah nak buat pon.hehe... psst, kiut je model bingka tue.. :)

Mat Gebu said...

saya setuju dgn akak, org dulu, main agak2 jee kan, lepas tu nak tgk cair ke pekat ke adunan, guna jari jeee...kalau kita, hmm silap 'hancur'..tak jadi kuih tuu...

Raihan Shaari said...

Kita sekarang Ijan semuanya mudah... pakai petik je sana-sini.. tinggal rajin ngan tidak je... Yang pasti Ijan paling rajin...!!!

Raihan Shaari said...

Betul Mat... pernah juga k.An cuba buat camtu, lembik sampai kena makan ngan sudu... Serik dah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin