Thursday, August 27, 2009

Menu Ringkas- Ayam merah dan Ikan Bakar

Kunjungan ke Morib ni adalah yang kedua dalam setahun sebab tempatnya dekat dengan Putrajaya dan k.An suka sangat dengan suasananya. Tambah pulak, dalam perjalanan ke sana kami berpeluang membeli ikan segar berdekatan tempat kami menginap.

Ikannya saaangat segar dengan harga berpatutan. Kalau ikut hati nak beli berkilo-kilo, tapi mengingatkan ruang peti ais terhad, k.An beli seekor ikan tenggiri, 2 ekor ikan cencaru dan 1/2 kg ikan pelaling. Cukup untuk bekalan 3 hari. (kalau lebih, boleh bawa balik Putrajaya kan...) Lagipun K.An dah ada ayam 'sekor' kat peti sejuk tu..


Tengokle rupa ikan yang berkilat-kilat dan mata segar bugar
... geramnye.. belum tengok ikan merah, kembung dan bawal....
menggoda semuanya..


Sampai je ke 'rumah' terus sediakan juadah berbuka sebab dah pun jam 4.oo petang. Kena cepat ni.

Mula-mula buat kuih sagu dulu (nak sejukkan ambil masa 1/2 jam) Resepi kat sini. Tak bawak pewarna merah, k.an buat warna hijau ...



Ikan yang segar bugar tu, K.An bakar dalam kuali je.
Cuma gaul dengan garam dan kunyit, sebab ikan segar, sedap buat camtu je. Buat Ayam masak merah (resepi kat sini) dan panaskan baki tomyam udang sahur pagi tadi.
Buat cicah budu, masak nasi.. dah siap.
Sementara k.An di dapur, abg.Azam bawak anak-anak main layang-layang. Kat sini angin sentiasa menderu-deru. Sekejap je, layang-layang terbang tinggi...

Lagi 10 minit waktu berbuka, semuanya dah sedia. Alhamdulillah, tunggu Azan Maghrib ye..

2 comments:

Mama hafiy said...

terliur nyer kak an tgk ikan 2 segar mugar tuh..kat pasar p 8 ikan tak fresh sgt..newway thanks k an sebab kongsi resepi hari ni nak try buat kuih gulung la cam sedap je nengok..

Raihan Shaari said...

> mama hafiy: nengok ikan kat sana macam nak borong buat stok bulan posa je.. kalau balik rumah mmg sah buat gitu sb freezer besar.. kt putrajaya ni, ikan semua dah lebam mata.. jenuh nak pilih..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin