Waktu petang macam ni, surirumah macam K.An dok sibuk fikir nak sediakan juadah minum petang pulak. Almaklum, kalau asyik goreng pisang, cekodok, dan cucur udang gerai Kak Mah je hari-hari, turun le saham kan... sesekali, buatlah juadah yang lain sikit. Barulah suami dan anak-anak senyum lebar..." tak mau dah yang lain.."Friday, March 4, 2011
Gulungan Daging Seleraku... sajian petang
Waktu petang macam ni, surirumah macam K.An dok sibuk fikir nak sediakan juadah minum petang pulak. Almaklum, kalau asyik goreng pisang, cekodok, dan cucur udang gerai Kak Mah je hari-hari, turun le saham kan... sesekali, buatlah juadah yang lain sikit. Barulah suami dan anak-anak senyum lebar..." tak mau dah yang lain.."Wednesday, February 2, 2011
Croissant dan chicken-mayo sandwich
Sebenarnya K.An suka sangat chicken-mayo sandwich menggunakan roti croissant yang dibeli di Dunkin Donut. Puas makan... siapa yang belum cuba, cubalah beli.. rasa sendiri kesedapannya..
3. Canaikan doh sekali lagi hingga lembut. Masukkan margerin pastri seperti gambar di atas. Margerin pastri juga perlu dicanai beralaskan plastik supaya sesuai besar dan lebarnya dengan doh. Buat proses lipatan seperti di atas.
5. Setelah dikeluarkan dari freezer, canai doh pastri seperti gambar. Lebar yang dicadangkan ialah 25 sm dan 2 mm tebal. Boleh ikut saiz yang dikehendaki juga.
Dah siap... dapat banyak jugak... tapi sekejap je habis bila dah dijadikan chicken-mayo sandwich. Yang pasti, saki baki lebihan doh tu, K.An gulung dan bakar sekali. Makan macam tu saja pun sedap.
Nak buat sandwich senang je. .. boleh guna isi ayam goreng, salad, sos, mayonaise. Belah dua roti dan isikan semuanya. K.An perapkan dada ayam dengan sedikit paprika, lada hitam, rosemary kering,garam dan madu. Panggang dan hiris nipis. sedap tau...Thursday, August 26, 2010
Sandwich Goreng...menu bujang...
Assalamualaikum...
Bahan-bahan: Menghasilkan 4 set sandwich
Sandwich kekal lembut walau beberapa jam selepas disediakan..Monday, March 29, 2010
Sandwic Cendawan dan Keju
Kepada ibu-ibu dan isteri-isteri yang dah tak ada idea nak buat sarapan dengan roti, hari ni, K.An kongsikan resepi sandwic istimewa ala-ala piza rasanya. Resepinya K.An dapat daripada buku 'Creative Recipes with Bread' yang dihadiahkan rakan Abang Azam yang bertugas di Kilang Roti Gardenia Shah Alam sempena kunjungan tak dirancang kami ke sana tahun lepas.
Roti yang dah siap dibakar, dibawa ke tempat penyejukan...
Tuan Haji Rosli sedang memberi penerangan kepada kami... macam budak sekolah... teruja..!!
Bertingkat-tingkat, roti yang siap dibakar sedang disejukkan. Setelah melihat sendiri keadaan di kilang ni, memang semakin yakin dengan reputasi cemerlang Gardenia dalam pembuatan roti terunggul di negara ini...
*** kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih di atas pelawaan Tuan Haji Rosli melawat Kilang Gardenia Shah Alam dan kesudian beliau meluangkan masa melayan kami pada hari tersebut. Tak lupa juga terima kasih atas 'goodies bag' yang diberi... Lain kali nak bawa anak-anak yang besar pulak pergi..Thursday, October 29, 2009
Roti Sosej Goreng
Bahan-bahan:Monday, June 29, 2009
Sandwich Ayam
Sunday, June 28, 2009
Roti Manis Berkismis
Bila dah sekali menjadi buat roti, memang gian nak buat lagi. Walaupun penat menguli, tapi puashati bila dapat makan 'home-made bread' ni... Tambahan pula bila aroma roti yang dibakar memenuhi ruang dapur... macam aroma terapi pulak.. heheh (jadila kan... aroma terapi kat dapuur..)
Wednesday, June 17, 2009
Mexican Bun (Roti Boy/ papa Roti/ Mama Roti)
Sambung cerita... sejak balik bercuti, pergerakan periuktanah agak perlahan sebab cuti sekolah.. abang Azam out-station lagi (ke Sabah) dan K.An sibuk lah melayan kerenah anak-anak di rumah.. Bila dah habis cuti, barulah boleh menjalankan aktiviti seperti biasa termasuk
membawa keluar resepi-resepi minggu lepas yang dok tersimpan di dalam bakul kat dapur tu..
Dalam sibuk-sibuk mengemas minggu lepas, sempat K.An buatkan Mexican Bun ni untuk anak-anak. Dah lama tak makan sebenarnya.
Awal-awal roti ni diperkenalkan di Malaysia ni (kurang lebih 7 tahun lepas) harganya di bakeri cuma RM 1. Masa tu nama dia Papa Roti ( kami kenal sebab ada dijual di tingkat atas Pasaraya Hiong Kong kat Sg Buloh). Tiap kali pergi, mesti beli 4 biji. Kemudian harga nya naik ke Rm 1.20. Masa tu kami beli di Selayang Mall. (rasanya nama dia Mama Roti ke, Mama Bun... dah tak ingat)
Tahun berganti tahun, seiring dengan kenaikan harga tepung, gula, mentega dan macam-macam lagi, harga Mexican Bun ni dah mencecah RM 1.60... Ahli keluarga K.An pun dah bertambah. Kalau beli, nak kena ada 7 biji paling kurang... nampaknya kenalah buat sendiri, baru puas makan...
Kepada yang suka roti ni, cubalah buat sendiri, memang tak susah... kena rajin sikiiit je. Resepi ni K.an salin daripada dapur cikwan (aisyah)
Doh Roti

Friday, May 29, 2009
Sandwich Gulung Istimewa
Selain rupa yang menarik, sandwich ni sangat praktikal sebagai bekalan ke sekolah atau jalan-jalan dan berkelah. Penyediaannya di waktu malam dan di pagi hari, boleh terus disajikan. Sandwich ni juga berkhasiat dan mengenyangkan kerana padat dengan lauk dan sayuran. Resepi asalnya daripada Puan Lin (Norzailina Nordin) yang mana K.An tonton rancangan masaknya lebih kurang 6 tahun lepas... (lamanya dah..) Mungkin Puan Lin pun dah tak ingat rancangan tu..
Buat hingga habis dan simpan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. Selepas itu, buka pembungkus dan potong sandwich setebal 1/3 inci dan boleh dihidang.
Wednesday, May 20, 2009
Roti Kentang dah Siap Mat...!
Bila tersinggah blog Mat Gebu yang memang pandai memasak serba-serbi tu, tengok roti kentang yang dia buat..alamak tergoda K.An. Pergi kedai, beli bahan yang sepatutnya, terus buat roti kentang tu... Berulangkali K.An baca Bismillah masa uli tepung.. dan hasilnya, alhamdulillah.. gebu dan cantik macam yang kat kedai. Terima kasih juga kepada Kak Rin yang mula-mula buat roti ni sblm Mat. K.An bagi resepi yang Mat bagi.
Bahan-bahan:Bahan Doh Roti:
300 g tepung roti (high protein)
2 camca teh yis segera (mauripan atau apa-apa jenis)
3/4 sudu besar susu tepung
1/2 camca teh garam
60 gm gula castor
60 gm kentang lecek (dah direbus lebih dahulu)
1/2 biji telur (guna lagi 1/2 untuk sapu atas roti)
135ml air sejuk (dari peti ais)
30 gm mentega
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softener
Bahan Kastard:
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar tepung kastard
4 camca besar gula halus
1 cawan susu segar
1 biji telur saiz A
1 camca besar mentega
Cara membuatnya:
1. Untuk Doh Roti: Satukan bahan untuk doh roti kecuali air dan mentega. Gaul dengan tangan hingga sekata. Buat lubang di tengah dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. (K.An buat kat atas meja supaya senang menguli)
2. Tambah mentega dan terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal dan lembut.

3. Bulat-bulatkan doh dan perap 1 jam hingga doh kembang.
Untuk Kastard:
Sementara menunggu doh naik, buat kastard. Satukan semua bahan kastard kecuali mentega dalam bekas tahan panas. Kacau rata dengan whisk. Masak secara double boiler sambil terus mengacau hingga pekat dan berkilat. Alihkan dari double boiler dan masukkan mentega. Kacau hingga sebati. Tutup kastard agar permukaannya tidak keras.
Untuk Roti kentang:
1. Keluarkan doh. Tumbuk doh untuk membuang udara. Bahagikan doh kepada 15 atau 16 bahagian. Bulat-bulatkan setiap bahagian dan susun dalam bekas yang telah disapu mentega. Buat hingga siap. Tutup adunan dan biarkan 45 minit hingga doh mengembang lagi.

Selepas 45 minit, panaskan oven. Sapukan permukaan roti dengan baki 1/2 bahagian telur tadi. Isikan kastard dalam piping bag (plastik dilubangkan di penjuru bawahnya) dan paipkan secara bersilang atas roti tadi.
Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau hingga masak. (letakkan loyang di tengah oven)Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang.
Thursday, March 26, 2009
'Home-made' Shawerma
Dalam erti kata lain, berkelah kat dalam keretalah... Kadang-kadang, kalau k.An terlebih masak makanan, K.An masukkan dalam bekas bekal, ajak Abang Azam jalan-jalan bawak anak-anak dengan kereta.... dan makanan tu pasti habis. Budak-budak ni kalau kat dalam kereta, makan berebut-rebut.... makanan yang banyak pun boleh jadi tak cukup. Yang penting, tu strategi k.An menghabiskan makanan..
Satu perkara lagi, kalau kami nak ke satu tempat yang perjalanannya memakan masa yang panjang, K.An juga suka sediakan bekalan air dan makanan yang mencukupi kat dalam kereta. Selain menjimatkan duit, jimat juga masa sebab bila terpaksa berhenti untuk mengisi perut... banyak kerenahnya dengan anak-anak kecil ni. Lagipun susah nak cari makanan yang betul-betul sedap kat R & R ni.. kebanyakannya asal ok je sebab pengguna dah tak ada pilihan. Lapar punya pasal, beli aje..
Balik ke kampung cuti lepas, k.an sempat sediakan bekal 'home-made' shawerma untuk kami makan di dalam perjalanan yang mengambil masa hampir 5 jam. K.An namakan begitu kerana kat rumah tak ada pemanggang daging shawerma macam kat kedai.. tapi rasanya hampir sama dan tak kurang sedapnya. K.An panggang kat dalam kuali je dan gunakan roti hot-dog. Boleh juga digunakan roti pita (seperti kebab Melawati) atau roti Arab.
K.An tak namakan 'kebab' kerana setahu k.An kebab adalah daging cincang yang dicampur rempah-ratus dan dikepal macam pegedil besar, dicucuk pada besi pemanggang dan dipanggang atau bakar macam sate...
Diringkaskan cerita, cubalah resepi mudah ini...
Bahan-bahan: (menghasilkan 6 biji roti shawerma)
1 bungkus roti hot-dog (boleh diganti dengan 3 keping roti pita dipotong 2)
4 keping daging burger ayam/ daging Ramly
1 biji tomato saiz besar-didadu kecil
1/2 batang timun didadu kecil
1 labu bawang besar didadu kecil
1/2 cawan sos cili
mayonaise secukupnya
margerin secukupnya
Cara membuatnya:
1. Keluarkan daging burger daripada 'freezer' dan biarkan lembut seketika.(jangan terlalu lembut, nanti tak boleh dipotong pulak) Apabila boleh dipotong, potong daging berbentuk dadu . Buat hingga habis.
2. Panaskan kuali. Letakkan 1 sudu kecil margerin. Masukkan bawang dan goreng hingga layu. Jangan sampai perang. Angkat dan ketepikan. 
3. Menggunakan kuali yang sama, masukkan daging dan panggang hingga nampak garing diluarnya. Kacau sentiasa agar daging masak rata.
4.Masukkan sos cili, tomato, timun dan bawang dan gaul rata. Tutup api dan cedok daging ke dalam mangkuk.
5. Belah dua roti hot-dog. Sapukan sedikit margerin dan mayonaise secukupnya. Letakkan inti daging dan bolehlah dihidang dan dinikmati di mana sahaja. Tambahkan sos cili jika suka lebih pedas.
***lakukan proses sama jika menggunakan roti pita atau roti arab. Potong 2 roti pita dan besarkan lubang di tengahnya. Sapukan margerin dan mayonaise. Isikan inti. 3 keping roti pita menghasilkan 6 keping shawerma.
Friday, November 28, 2008
Minum petang dengan Sandwich Sardin
Seingat K.An kalau buat sandwich macam ni, tak pernah tak habis.. memang laku je.
Kalau nak pergi berkelah ke, nak musafir jauh ke, sesuai juga bawak bekal sandwich macam ni sebab senang nak makan kat dalam kereta. Lagipun lebih jimat sebab kalau beli dah siap kat bakery atau stesen minyak 1 set dah RM2..
Kalau tak ada sardin, boleh diganti dengan baki ayam goreng atau tuna dalam tin. Cuma sapukan margerin pada roti dan tambah dengan salad, timun dan tomato. Ayam goreng tu, hiris nipis dan buang tulang.. dan sapu sos dan mayonaise pada roti. Sedap..

Sunday, November 9, 2008
Roti John Kak An
Kami sekeluarga kenal roti ni 6 tahun lepas kat Bandar Tasik Puteri. Ada pasar tani hari Rabu kot, (da tak ingat harinya..) Ada satu gerai jual 'Roti John' ni. Tiap minggu gerai ni paling meriah sebab panjang Qnya.. Kami pun cuba dan memang sedaap.. Adik-adik tukang masak tu pun ramah dan bersopan-santun.. Tu nilai tambah yang penting dalam berniaga.
Macam biasa misi K.An, masa tunggu dia masak roti ni, K.An tengok dan belajar.. Senang je.. Cumanya, sehingga hari ni, banyak-banyak Roti John yang kami cuba, resepi Bdr Tasik Puteri ni yang paling sedap...(ikut selera K.An la..orang lain tak tau). Dan yang K.An dan A.Azam paling kagum, salah seorang tukang masaknya kurang upaya, tapi cekap mengendalikan roti tu kat atas kuali.. hebat. Tu yang buat K.An malu kalau kita yang sempurna ni tak pandai buat.
Bahan-bahan:
Roti John/6 Roti Hotdog
1/2 cawan isi ayam dicincang atau potong kecil (boleh ganti dengan daging)
2 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 labu bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
3 biji telur
1 sudu teh serbuk lada hitam/ lada hitam ditumbuk halus
timun dicuci dan diparut kasar- jangan kupas kulitnya
margerin, sos cili dan mayyonaise secukupnya
Cara-cara:
Penyediaan inti:
1. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan rempah kari yang dicampur 1/4 cawan air. Kacau agar tidak hangus. Masukkan ayam/ daging.
2. Masukkan sedikit garam. Kacau hingga ayam masak dan kuah pekat. Tutup api, ketepikan.
3. Belah dua roti dan sapukan margerin. Panaskan kuali leper. Bakar bahagian dalam roti yang disapu margerin tadi 1 minit. Ulang proses untuk kesemua kepingan roti. Ketepikan.
4. Sementara tu, masukkan inti ayam ke dalam mangkuk. Campurkan dengan telur, serbuk lada hitam dan sedikit garam (biar sedikit, jangan terlebih masin). Pukul sebati dengan garpu....
5. Letakkan sedikit margerin pada kuali Sapukan/ ratakan 1 -2 sudu besar inti pada roti dan terlangkupkan di atas kuali (cepat-cepat agar tak tumpah.) Panggang hingga masak (2-3 minit).Angkat dan ketepikan.
*** jika kuali besar saiznya, boleh buat banyak sekaligus macam kat gerai selalu tu..
6. Ulang proses untuk kesemua kepingan roti. Selepas semuanya selesai, parut kasar timun ke dalam mangkuk.
7. Sapukan sos cili/ tomato dan mayonnaise di atas roti dan taburkan timen parut tadi. (3 bahan ni, lagi banyak, lagi sedap)
Dah siap...dah jimat RM 10
***Timun parut boleh diganti dengan timun dihiris, tomato atau salad -ikut citarasa.





