Selalunya jika ditanya menu pilihan ketam, pastinya ketam bercili (resepi kat sini...) jadi pilihan utama... mesti undi terbanyak.. Tapi kali ni, K.An teringin nak goreng gitu je... Cuma tak nak bunyinya 'simple' sangat, maka K.An jadikan Buttered Crab atau senang cerita, ketam Goreng Mentega... Dah siap masak, hidang... haaaa... liciiin kau! Ketam Goreng Mentega ni K.An padankan dengan Kari Ikan Bawal dengan Bendi... Memang sesuai dan padan.
Resepi pun senang, sama macam kita buat Buttered Prawn tu.. cuma bahan utamanya je diganti...
Bahan-bahan: Hidangan untuk 3-5 orang bersama lauk-pauk sampingan
500 gm ketam- bersihkan dan potong 2
10 tangkai cili padi akar dihiris nipis
5 ulas bawang putih dihiris nipis
5 tangkai daun kari- dilurut daunnya
3 biji kuning telur- dipukul sedikit
garam dan kunyit
2 sudu besar mentega
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Gaulkan ketam dengan garam dan kunyit. Goreng selama 3 minit untuk setiap bahagian.(ikut saiz ketam- tapi jgn lama sangat, nanti hilang manis ketam) Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
2. Ambil 2 sudu besar minyak masak gorengan ketam tadi dan masukkan ke dalam kuali lain. Masukkan mentega dan panaskan. Goreng bawang putih, daun kari dan cili api hingga layu dan wangi. Angkat dan tuangkan ke atas ketam.
3. Menggunakan kuali yang sama, masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala dan terus di masukkan ke dalam kuali. Sebelah tangan menggoyang acuan roti jala dan sebelah tangan lagi kacau telur dengan senduk hingga telur bersarang dan garing. Angkat dan toskan di dalam penapis sebelum dicurah ke atas ketam. Sedia dihidang.
Showing posts with label ketam. Show all posts
Showing posts with label ketam. Show all posts
Wednesday, May 4, 2011
Friday, August 28, 2009
Mesti Cuba....Ketam Bercili
Walaupun baru balik, tanggungjawab memasak tetap dijalankan. Dah le dapat gelaran "Tukang Masak Sejati" (abang Azam bagi).... so hari ni kena masak 'spesel' sikit untuk semua.

Ketam bercili ni adalah kombinasi pelbagai resepi ketam bercili yang pernah K.An tengok, belajar dan baca. Hasilnya alhamdulillah.... abg Azam bagi markah penuh... memang sedap dan mesti cuba...
Bahan-bahan:
1/2 kg ketam- dibersihkan dan potong ikut suka (k.An belah dua dan potong sepitnya)
Gaul dengan garam dan kunyit dan goreng - sekejap je ye puan-puan sebab ketam ni walaupun bercengkerang tapi bila warnanya bertukar merah, masak le tu isi dalamnya.
Bahan dikisar halus:
3 ulas bawang merah-belah 4
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah -saiz besar
Bahan lain:
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos ikan (namphla)
1 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar gula

Cara membuatnya:
1. Masukkan ketam yang telah digoreng ke dalam mangkuk. K.An pecahkan (ketuk) sepit ketam agar mudah bila nak makan nanti.
2. Panskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi (3 minit) Kacau rata. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan dan cuka. Didihkan. Masukkan gula dan kacau kuah hingga pekat. Tutup api dan tuang sos ke atas ketam. Ketam bercili sedia untuk di'kerjakan'....
***K.an tak letak garam sebab namphla dah masin dan ketam goreng juga dah cukup garamnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

