Sekitar tahun 1991, masa tu K.an masih belajar di Pusat Matrikulasi UIA Lembah Pantai. Kolej kediaman kami bertempat di apartment di atas bukit pantai sebaris dengan kolej kediaman siswa-siswi Akademi Islam Universiti Malaya.
Memang seronok waktu tu sebab kolej kami sangat selesa dengan kemudahan ruang dapur untuk memasak. Tapi kami cuma dibenarkan masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik atas sebab-sebab keselamatan.
Yang paling 'best' masa tu, kami ada banyak pilihan tempat makan. Daripada kafe di Blok akademik, kafe kolej kediaman hinggalah ke gerai-gerai yang berderet di sepanjang jalan di hadapan kolej Akademi Islam.
Untuk menjimatkan belanja, K.An selalunya beli lauk berasingan untuk makan tengahari secukupnya sekali untuk makan malam. Nasi- K.An kongsi dengan kawan-kawan masak sendiri di asrama.
Kepada rakan-rakan yang membaca entry ni, tentu ingat gerai Makcik dan Pakcik pelakon -mereka ni pelakon drama TV tau... kerja tetapnya jual nasi campur kat Lembah Pantai. Satu lagi Gerai adik 'Manja'- gelaran makcik gerai tu untuk anaknya yang jadi pembantu kat situ. Yang lain dah tak ingat.
Timbul cerita ni sebab, d isinilah K.An mula kenal sambal goreng. Hampir tiap hari K.an beli samada ikan atau ayam dengan sambal goreng dan sayur campur untuk lauk makan K.An. Sebabnya sambal goreng ni tahan lama dan boleh disimpan juga untuk sahur jika di bulan puasa. Yang pastinya memang sedap dan menyelerakan sambal goreng makcik adik Manja tu...
Kebetulan, semalam kami JJCM di restoran berhampiram kediaman kami dan Sarah ambik nasi berlaukkan ikan keli dengan sambal goreng. Terkenangkan nostalgia dulu tu, hari ni... k.An pun teringin nak kongsi resepi mudah ni.
Bahan-bahan: (hidangan untuk 3-orang)
300- 500 gm ikan merah bahagian isinya dipotong jadi 3 keping- kepalanya K.An buat sup, sesuai dipadankan dengan sambal ni
5 tangkai cili kering- saiz XL
1 labu bawang besar- hiris bentuk gelang
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
minyak untuk menggoreng cili dan untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Cara membuatnya:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali. Goreng cili kering sebentar sahaja (30 saat je) sebab cili mudah hangus. Sebaiknya gunakan api perlahan. Angkat.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit dan goreng berasingan. Ikut citarasa nak garing atau separa garing ye.... letakkan di dalam pinggan
3. Sementara tu, masukkan bawang merah dan cili kering tadi ke dalam pengisar kering dan kisar kasar.
4. Panaskan 2 sudu besar minyak dalam periuk- (baki menggoreng cili tadi). Tumis bawang besar hingga layu dan wangi. Masukkan cili dan bawang kisar tadi. Masukkan 1/4 cawan air beserta asam keping. Masak hingga sambal pekat dan pecah minyak. Tambah garam dan gula ikut citarasa. Bila siap, curahkan sambal ke atas ikan goreng tadi.
Sedap dimakan dengan nasi panas bersama kicap manis... yummmy...
*** ikan tu boleh ganti dengan ikan lain dan antara yang sedap, tentunya ikan keli...
6 comments:
salam kak raihan,
ingat lagi tak saya rose yang mintak akak tunjukkan cara nak buat kuih gulung..yang duk putrajaya p 11..macam ni kak, saya nak tanya akak ada amik mengasuh budak tak?
sebab saya skrg tgh cari pengasuh kat area putrajaya untuk sementara selama seminggu.nursery kat JPM anak saya ditutup buat sementara hari ni dan seminggu lepas raya cina sebab ada kes penyakit kuku tangan dan mulut..tak tahu nak hantar anak kat mana..hari ni pun saya cuti..kalau kak an minat tolong contact saya eh rose p11 0193483451
Salam Kak An...
kolej saya dulu satu barang elec pun tak leh bawa, boleh² tu boleh tapi benda² yang terhad saja dan semestinya kena isi form...
sambal ikan ni nampak sedaplah...
Salam Kak An,
Sekali sekala teringat menu lama-lama teringin nk makan ye kak :)
Ijan
Salam Rose... sorry la akak baru terbaca mesej ni.. lama sgt tak jenguk sb sibuk. Tak dapat nak tolong sb k.an tgh pregnant ngan sibuk urus anak2 yg lain. dah lama pencen jaga budak ni... skrg mmmg susah sikit nk cari pengasuh. Kat area k.an pun selalu orang tanya. Anyway, camna anak. Siapa jaga?
Salam sue... ingat zaman belajar dulu mmg best.. dari zaman matrik sampai degree, K.An masak nasi sendiri. alhamdulillah universiti benarkan guna rice-cooker.. jimat banyak duit belanja.
Ijan... yuhuuu... k.An tgh tkena penyakit malas sebenarnya. Orang tua mengandung ni cepat penat... masak yang senang2 je nampaknya.. heheh..
Post a Comment