Tuesday, July 21, 2009

Hujung Minggu yang Padat

Seperti hujung minggu yang lain, hujung minggu baru-baru ni pun dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.. sangat padat... tapi yang penting menggembirakan semua..

Kebiasaan Sabtu pagi, K.An akan ke pasar membeli bekalan lauk-pauk untuk 1 minggu termasuk barang keperluan tempahan makanan. Balik rumah siang ikan, ayam, sotong, udang dll dan simpan dalam 'freezer'. memandangkan ada tetamu petang nanti, sedangkan tengahari kami makan di luar, jadi k.An masak siap-siap lauk untuk tetamu sebelum pergi. Buat sup tulang rawan dan lala goreng cili. Yang lain boleh tambah kemudian. Sambil cuci kain (auto je) dan kemas rumah, 12.30 sedia semuanya untuk ke Hi-Tea di Hotel UiTM... yea..!!

Makan-makan kali ni adalah tanda kesyukuran A.Azam dapat Anugerah cemerlang, hari jadi asma' dan hadiah untuk anak buah (Laila) yang dapat sijil Dekan lagi... Tahniah suamiku dan Laila.. (lain kali dapat lagi, boleh kami semua tumpang rezeki makan hihih)

Hi-Tea di Hotel UiTM memang tidak mengecewakan.. harga berpatutan dan makan sedaaap.. Hari tu ada macam-macam, laksa Johor (sedap macam k.An makan dulu-dulu juga), mihun sup utara, Lasagna Ayam (saaangat sedap)- (boleh jadi penanda aras untuk lasagna yang bakal dibuat sendiri nanti..), sate dan nasi impit, aneka salad buah dan seafood, rojak, aneka jeruk, aneka kuih muih tradisonal, kek dan pastry...dan bla..bla.. Alhamdulillah rezeki pemberian Allah.

Tapi kami kena bergegas balik Putrajaya sebab tetamu dah menunggu..yuhuuuu...Sampai rumah panaskan sup, solat asar dan tetamu tiba.. Fitri UNIC, isterinya Saleha, anak mereka Sofea dan adik Fitri -Nazirah. Hidang minuman dan cheese-cake. Sambil sembang, masak nasi, celur mee, sedia kerabu tomato, sambal kicap pedas dan 6.00 ptg.. jom makan... nasi ada, mee pun ada..

Kerabu tomato tu, macam yang lepas juga cuma k.An tambah bahan seperti cadangan Moon adik k.An empunya resepi- kacang panjang hiris kecil dan bawang besar.
Lala goreng cili pun dah ada resepinya.. godek la entri lepas..

Sup tulang rawan dan sambal kicap pedas tak sempat snap gambar sebab sibuk sangat..heheh.. Gambar tetamu pun tak sempat nak snap.. sibuk bersembang sambil tengok Man U lawan Malaysia kat TV. Lain kali datang kita upah jurugambar lah ye...Sebagai buah tangan, Fitri bawakkan CD terbaru UNIC - Langkah Tercipta. Siapa yang belum beli, boleh cari kat kedai CD ye.. tak rugi beli sebab album ni mengandungi 14 lagu kompilasi dan 4 lagu baru. Menampilkan juga ahli baru UNIC Fakhrul Radhi (juara Akademi Al-Quran 3)... wau, punya promosi... K.An paling suka lagu Jalan Pulangku.. sungguh syahdu.

Lagu-lagu lama seperti Ainul Mardhiah, Jalinan, Balkis dan Insan Bernama Kekasih pulak memang 'febret' kami sekeluarga sejak dulu lagi... so, beli, jangan tak beli...

InsyaAllah ada kelapangan lagi kita jumpa dan boleh ambik gambar ye...
Hari Ahad, kemas barang Iqbal, jalan-jalan Alamanda (ada orang tu beli hadiah untuk diri sendiri lagi... bestnye..) makan tengahari di Rasamas (Ayamas) dan balik rumah. Sempat buat kuah durian dan makan dengan roti untuk minum petang....

Tapi...capeeeeek pak!!! Biasa lah hujung minggu..

3 comments:

My Life My Journey.. said...

Waah busynya hidup An, jgn anggap full time house wife kerja goyang kaki je kan..

Dpt KFa simpulakn hidup jadual harian An padat & bermakna serta menyeronokkan, suka tengok..

Masak masak juga, tapi makan luar mesti juga sesekali kan, masak di rumah memang boleh berjimat tapi idok ler sampai terpaksa tahan hati unt menikmati makanan luar ye tak..?!!

Good life An, keep it up!!!

Anonymous said...

Hujung minggu tak sempat nak rehat2 kt umah lah yer kak... mcam2 aktiviti tuh... :)

Raihan Shaari said...

Bestnya ada kawan yang memahami macam K.Fa..kalau balik Malaysia nanti, wajib datang rumah An ye.. kita masak-masak sambil cerita-cerita.. best kan..?
Gitulah hidup kita ni, masing-masing ada rutin tersendiri, yang penting bermakna dan memberi manfaat kepada semua..

To Ijan; ibu-ibu dengan 5 anak yang sedang membesar macam ni lah.. rehat dan kerja tiada beza... tapi mesti enjoy.. kalau tak, sakit jiwa nanti..hihih..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin