Selepas pulangnya keluarga Pakcik, K.An menerima panggilan telefon daripada Junior K.An di UIA dulu, Mimi mengkhabarkan berita baik untuk K.An..... Sepupunya memerlukan pembekal kuih-muih untuk Kafe yang baru diambil-alih di Wisma Putra, Putrajaya.. alhamdulillah. Walaupun K.An terpaksa tolak tawaran seorang lagi usahawan yang yang menawarkan K.an menjadi pembekal Kek Karamel kerana masalah jarak jauh, tetapi akhirnya, datang juga tawaran lain yang lebih dekat.
Keesokan harinya pula, seorang lagi rakan menghubungi K.An, menawarkan kontark membekalkan makanan untuk Tadikanya yang memulakan operasi januari 2012...
Alhamdulillah... masa untuk bekerja ya Ummi...
Tapi ada cabarannya... sebaik sahaja K.An setuju dengan kedua-dua tawaran, 'Aisyah pulak tak sihat... Athmanya datang balik gara-gara minum air sirap... (kat surau dan kenduri kahwin...) dia memang tak boleh minum air yang ada pewrana berlebihan.. makanan pun sama... Sudahnya, 3 hari seterusnya K.An berkampung di Hospital Putrajaya...
'Aisyah dah hiaskan penkek leper ni dengan jem... hmmm nampak sedap juga kan...?
Dah cabut IV, 'Aisyah dah boleh pergi main kat playground... bestnya...
Walaupun tak sihat, 'Aisyah bagus sangat bila tiba waktu makan... dia makan banyak, makan ubat ikut jadual (walaupun kena kejutkan dari tidur waktu tengah malam) dan alhamdulillah, cepat sihat... selepas 3 hari, 'Aisyah pun boleh balik rumah.. tapi selepas ni, kami kena pantau kesihatan dia dengan lebih teliti...
beberapa hari lepas tu, K.An kena pulihkan rumah yang jadi tunggang-langgang selama ketiadaan K.An.. Terima kasih kepada Abi dan anak-anak yang telah membantu sedaya upaya....
Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara,
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum Mati....
Maka.... hargailah setiap rezeki dan peluang yang mendatang...
Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts
Saturday, January 28, 2012
Kunjungan tetamu Membawa Rezeki...
Kata orang, tetamu bawak rezeki... memang betul..
Sejak dari dulu lagi, keluarga K.An memang suka menerima tetamu dan menjamu tetamu... sejak zaman arwah ayah ada lagi, kami anak-anak suka sangat ajak kawan-kawan balik ke rumah untuk bermalam... masa tu, mak dan ayah akan layan tetamu sebaik mungkin.. jadinya kami anak-anak pun terus dengan tradisi yang sama..
kalau ada yang nak datang ke rumah, silakan.... tapi kalau nak makan spesel, jangan lupa bagitau awal-awal, bolehlah K.An buat persediaan...
Sekembalinya dari Hari Keluarga, kami menerima kunjungan Pakcik Subki, Makcik Mashitah dan Suraya.. (anak2 lain tak ikut)
Bawak Pakcik dan Makcik Ronda-ronda Putrajaya... Maryam jadi pemandu pelancong..
Alhamdulillah... sempat juga buat makan-makan dan ajak semua anak saudara Pakcik yang tinggal berdekatan Putrajaya... (Kajang, Bangi dan Semenyih...) meriah sangat dan terima ksih kepada semua yang datang.... Menu Periuktanah, nasi Putih, Tomyam Kung, Ikan Bawal Bakar, Ayam Panggang Cikgu Aziz, Kek Pisang, Salad kentang, Apam Beras (sumbangan Kak Ti, Tembikai, sumbangan Moon, dan Sate UK sumbangan Hazidah...)
3 hari Pakcik dan Makcik berada di sini... puas hati dapat melayan mereka yang pertama kali datang Putarajaya... InsyaAllah ada rezeki datang lagi ye...
Sejak dari dulu lagi, keluarga K.An memang suka menerima tetamu dan menjamu tetamu... sejak zaman arwah ayah ada lagi, kami anak-anak suka sangat ajak kawan-kawan balik ke rumah untuk bermalam... masa tu, mak dan ayah akan layan tetamu sebaik mungkin.. jadinya kami anak-anak pun terus dengan tradisi yang sama..
kalau ada yang nak datang ke rumah, silakan.... tapi kalau nak makan spesel, jangan lupa bagitau awal-awal, bolehlah K.An buat persediaan...
Sekembalinya dari Hari Keluarga, kami menerima kunjungan Pakcik Subki, Makcik Mashitah dan Suraya.. (anak2 lain tak ikut)
Bawak Pakcik dan Makcik Ronda-ronda Putrajaya... Maryam jadi pemandu pelancong..
Alhamdulillah... sempat juga buat makan-makan dan ajak semua anak saudara Pakcik yang tinggal berdekatan Putrajaya... (Kajang, Bangi dan Semenyih...) meriah sangat dan terima ksih kepada semua yang datang.... Menu Periuktanah, nasi Putih, Tomyam Kung, Ikan Bawal Bakar, Ayam Panggang Cikgu Aziz, Kek Pisang, Salad kentang, Apam Beras (sumbangan Kak Ti, Tembikai, sumbangan Moon, dan Sate UK sumbangan Hazidah...)
3 hari Pakcik dan Makcik berada di sini... puas hati dapat melayan mereka yang pertama kali datang Putarajaya... InsyaAllah ada rezeki datang lagi ye...
Monday, July 4, 2011
Aneka Buah Tangan...
Musim 'out-station' dah tiba... Bukan K.An ye... tapi cik Abang saya la... Kejap ke utara, kejap ke selatan, kejap ke seberang sana, kejap ke pantai timur...
Yang seronoknya bila dapat buah tangan berupa bahan-bahan untuk dimasak... dan dimakan..
Kek Sarawak tentunya dari Sarawak...
Buah Salak dan Avocado dari Tawau Sabah.. terima kasih Pak Yad
Buah belimbing buluh daripada Cikgu Azhari... kat Bagan Lalang je.. buat masak lemak cili api telur itik le jawabnya...
Sotong besar ni pun dari Sabah... Ada telur besar yang K.An dah buatkan sambal macam sambal sotong, tapi semata-mata telur sotong je K.An guna... sedap.. Habis dan tak sempat ambil gambar
Ada banyak lagi buah tangan kawan-kawan yang belum sempat K.An up-load kan... ada masa kita cerita lagi..
Monday, May 23, 2011
Al-Fatihah... Takziah kepada semua keluarga Mangsa Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah, Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat
Petang 21 Mei 2011, seluruh rakyat Malaysia, sekali lagi dikejutkan dengan berita menyayat hati in. Kejadian yang pernah berlaku, tetapi masih belum diambil iktibar oleh kita semua. Semuanya adalah di tangan Allah dan kita wajib menerima ketentuanNya.
Namun yang penting, ambillah iktibar. Jauhilah malapetaka. Janganlah lagi kita melakukan kesilapan dengan membuat pembangunan di cerun bukit yang merbahaya... Bumi ini milik Allah dan peliharalah ia dengan sebaiknya.
Di sini ingin K.An merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat. 16 orang yang terkorban dan 9 orang terselamat... Sama-samalah kita panjatkan doa agar mereka ditempatkan di sisi Allah bersama orang-orang yang beriman. Cukuplah gambar-gambar ini menjadi cerita tanpa suara... (gambar di petik daripada The Star Online)
Al-Fatihah
Tuesday, February 22, 2011
Iklan daripada Munirah... sayang semua..
Assalamualaikum...
Ramai yang bertanyakan khabar Munirah.. Munirah sihat-sihat je.. Munirah dah pandai makan. Ummi masak bubur nasi + kentang.. Menu yang paling disukai.. Munirah sedang membina badan.. Tak percaya? tengoklah sendiri..



Berkelah dengan ummi, abi, kakak2 dan abg Iqbal (takde kat gambar)

Munirah dah boleh ikut makan kat luar.. dah boleh duduk kat 'baby chair'

Orang lain main-main, Munirah rehat jelah...
Friday, February 18, 2011
Bila kawan-kawan Telefon....
Akhir bulan Januari, K.An dan anak-anak diserang demam selsema dan batuk... Dah lama tak kena.. Bila tukar musim je.... tak tahan badan ni... Malaysia pulak dilanda banjir di sana-sini. kali ni Pahang dan Johor pula Allah turunkan hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir besar. Itulah peringatan Allah sebenarnya.. ambil pengajaran, jaga alam sekitar dan tunaikan tanggungjawab sebagai insan khalifah di muka bumi. Dalam demam-demam pun, ada pulak rakan-rakan dan saudara-mara yang telefon.. macam biasalah... nak tempah..
Buat masa ni K.An memang cuma memenuhi tempahan rakan-rakan dan saudara-mara terdekat je. Almaklum, anak-anak kecik lagi ni agak susah nak buat projek besar-besaran. Tak terdaya.. lagipun K.An pentingkan kualiti dan rasa masakan. Bila masak ni, hati kena tenang, baru jadi elok..
Masalode dan kuih keria ni, kawan baik K.An, Linda yang tempah untuk majlis baca yasin di tempat kerjanya.. terima kasihlah sudi menempah dengan periuktanah..
Pada hari Jumaat yang sama, K.An buatkan juga tempahan ikan Bakar dengan air Asam untuk 30 orang, tempahan Nazirah sepupu K.An untuk makan tengahari di pejabat dia...(kalau nazirah telefon, memang tak tolak rayuan manis dia...hihihi).... dan hari tu juga K.An bawak tentera kecik pergi ambik kakak Asma' dari asrama.... fuhhh... hari yang padat, walaupun demam..
Thursday, July 22, 2010
Foto terkini...
Apapun, doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah ye..
Wednesday, July 21, 2010
Kunjungan Keluarga dan Potluck
Seperti kebiasaan kami, bila ada peuang berkumpul, aktiviti wajib kami ialah buat majlis kesyukuran keluarga + makan-makan. Dalam perkataan lainnya 'potluck'. Bukannya susah pun, masing-masing masak ikut kepakaran sendiri. Lauk-pauk mudah dan kuih-muih biasa pun jadi sedap bila makan ramai-ramai.
Kami buat di rumah adik K.An ,Mun di Semenyih sebab mak dan adik bermalam di sana dulu sebelum ke rumah adik-beradik yang lain. K.An masak lauk yang orang lain tak kuasa nak masak sendiri. Daging Dendeng... (nak resepi, cari kat cari resepi tu ye...)
Sambal tempe sebab di kampung K.An susah nak dapat tempe sedap. Kegemaran semua....
Kuih apam dan kek pisang sebab yang ini yang mudah untuk ibu sarat mengandung. Satu adunan apam beras dapat lebih kurang 60 ketul. Satu adunan kek pisang pulak boleh dapat lebih kurang 40 potong.... Kan senang tu...Tuan rumah, Mun buat laksa, sup sayur, sambal belacan + ulam-ulaman dan sedia buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Sorang lagi adik K.An -Nida, bawak sate Kajang dan buat puding santan pandan dan agar-agar merah.... Semuanya sedaaap.. Alhamdulillah.
Selepas Asar, kami ke rumah Kak T dan dijamu dengan Mee/ Kue-teow sup tulang, cucur badak dan kuih koci.... Memang best....
Wednesday, May 5, 2010
Garden Wedding @ Taman Botani, Putrajaya
Pada 1 Mei lepas berlangsung majlis perkahwinan anak jiran K.An (sebelah pintu rumah je...) Shahreen dan pasangannya Abdullah Dahlan di Taman Botani Putrajaya. K.An masukkan dalam N3 ni kerana majlisnya yang istimewa, ringkas dan lain daripada yang lain.... 





Majlis santapan pengantin bersama keluarga. Jiran K.An puan Azlin Lee Abdullah (2 dari kanan) suaminya, En Ghazali dan pasangan pengantin.. walaupun cuaca panas, tapi angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dari tasik sebelah tu..
Khemah santapan pengantin dan keluarga
Sebelum balik, buahtangan untuk anak-anak berupa belon putih... semua suka hati.. tapi belon Sarah diterbangkan angin, beberapa langkah je selepas dapat..hehehh
Pengantin 'lama' tumpang posing dengan 'pose' intimewa 6 bulan hamil... perut dah sama naik ngan Abang Azam...hhiihih
'Aisyah kat belakang sekali, takmau balik la tu... tapi suka dapat belon...
Khemah tetamu
Subscribe to:
Posts (Atom)































