Alhamdulillah dengan izin Allah dapat lagi kita menghirup udara segar di bumi bertuah ini.... apapun yang kita lakukan, jangan lupa niatkan kerana Allah. Barulah dapat pahala ibadah dan menjadi bekal kita di akhirat nanti InsyaAllah.
Hari ini, K.An kongsikan resepi karipap sejuk-beku yang selalu K.An buat di rumah ni. Setakat ni belum sempat nak menjual sebab makan sendiri pun tak paus-puas. Semuanya 'hantu' karipap. Tambah pulak kalau, siap goreng, masukkan dalam bekal, berkelah sambil jalan-jalan kat dalam kereta. Belum keluar dari Presint 8, semuanya dah liciiin. Entah bila nak menjualnya..hehehheh..
Resepinya lebih kurang sama dengan resepi yang K.An kongsikan sebelum ni. Cuma yang ini K.An gunakan semuanya minyak masak.. Tak guna margerin... Boleh cuba sendiri nanti.
Bahan-bahan: (menghasilkan lebih kurang 35 biji karipap)
400 gm tepung gandum
80 gram minyak masak
1 sudu teh garam
120ml-150 ml air ais- air yang disejukkan di dalam peti ais
Cara membuatnya:
Sila rujuk di entry yang lepas Cara-cara membuat karipap menggunakan mesin mee. Resepi inti karipap pun dah ada... kalau nak gamti atau tambah daging yang dicincang pun boleh.. Ada juga yang sukakan rasa udang kering, boleh juga tambah sedikit.
Dah siap karipap, simpan dalam bekas yang dialas plastik Setiap lapisan karipap pun kena letak plastik agar tidak melekat antara satu sama lain. Tips penting, karipap perlu dikeluarkan dari bekas, ketika beku agar tidak melekat antara satu sama lain. Cara lain, goreng karipap separa masak, dan simpan beku. Lebih cepat dan mudah ketika digoreng kali kedua.
***satu lagi tips penting dari tokey-tokey karipap sejukbeku, Ilahjy dan Beuty of Maya... bakar karipap yang dah siap dalam oven selama 10 minit sekadar mematikan tepung. Lepas baru disimpan di dalam bekas bertutup dalam freezer. InsyaAllah karipap tidak akan melekat ketika hendak digoreng.
terima kasih ye...
11 comments:
Mudahkan kalo karipap sejuk beku ni sentiasa ada stok. Bila2 masa boleh grg :)
salam tuan tanah - mmg karipap ni pun kegemaran anak lelaki saya juga walaupun umur nya baru dua tahun tp suka makan kuih karipap...Benar apa yg kita buat niat kan kerana ALLAH utk sentiasa dekat denganNYA. Insya ALLAH
salam ann
kak ada 1 petua lagi...
selepas siap ..bakar dlm oven seketika saja.. dlm 5 minit ker setakat mematikan tepung. jgn sampai berubah warna tepung.lepas tu simpan dlm peti ais nak guna keluarkan. tepung tak melekat dan tahan lama juga. jadi kita takperlu risau nak bawa kemana2 atau nak jual pada pelanggan..tak takut basi atai meleket...sekian...
Salam Mas: betul Mas.. lagi-lagi kalau ada tetamu dtg mengejut.. takle kelam-kabut nak memikir apa nak hidang.. goreng je karipap..
Lina: karipap ni kuih tradisi merentasi zaman. tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas..
Thanx Kak Ilahjy... ilmu baru tu.. lepas ni akan An praktikkan..Yang lain, take note ye..
just nk share gn kak an, karipap kalau nk buat sejuk beku elok diabak dlm 10minit dlm oven.. hasil dia akak tk perlu nk lapik guna plastik. susun je, lg stu bila kita greng tk mkn minyak. ne yang saya buat sndri kalau utk jual atau mkn sndri. hehehe..
Beauty of Maya.. terima kasih banyak bagi tips tu.. Ilahjy pun share tips yang sama.. Lepas ni lagi sedap le karipap kita ye..mmmuah...
salam.... terimakasih di atas info.. nak tanya karipap sejuk beku yang kt bakar sekejap tu perlu digoreng dulu ke?
salam... thanks kongsi info ni.. saya pun nak jual karipap la mcm ni.. saya study kat czech republic skarang.. hopefully laku..insyaAllah.. doakan~ hehe.. semangatnye! :D
Salam Sejahtera.
Membuat karipap secara manual untuk jualan agak meletihkan.
Ada ke kaedah membuat karipap menggunakan mesin secara semi-auto atau fully-auto ?.
Terima Kasih
salam,kalau nak guna FULLY AUTO SAYA BOLEH GUIDE KAN DIMANA NAK DAPAT MESIN TU,DAN YG SEMI AUTO PUN ADA,KAEADAHNYA SAMA HEBAT DGN FULLY AUTO,TP MODAL KENA ADA,SAYA BOLEH SHARE PENGALAMAN SAYA 0172805403
salam,kalau nak guna FULLY AUTO SAYA BOLEH GUIDE KAN DIMANA NAK DAPAT MESIN TU,DAN YG SEMI AUTO PUN ADA,KAEADAHNYA SAMA HEBAT DGN FULLY AUTO,TP MODAL KENA ADA,SAYA BOLEH SHARE PENGALAMAN SAYA 0172805403
Post a Comment