1 cawan tapai nasi
1 cawan gula pasir
1 paket tepung beras 500 gm ( sebaiknya cap bunga teratai)
3 cawan air
Cara- caranya:
1. Masukkan tapai nasi, gula pasir, air dan tepung beras ke dalam blender.
2. Kisar sebati dan sehingga gula hancur
3. Tapiskan adunan ke dalam bekas besar yang ada penutup.
4. Perap sekurang kurangnya 5 jam. Boleh buat malam dan sambung proses selanjutnya esok pagi
4. Setelah diperap....Campurkan eno ke dalam
adunan. gaul rata hingga berbuih. Bahagikan adunan kepada warna kegemaran anda. masukkan kedalam acuan 3/4 penuh. kukus 10 -15 minit.
5. keluarkan daripada pengukus dan kuih boleh dikeluarkan daripada acuan. Hidang bersama kelapa putih yang digaul sedikit garam.
6 comments:
Cantik dan merekah betul!!! Apam saya tidak merekah tapi saya baru perasan saya laserkan minyak pada loyang apam. You leserkan minyak atau terus masukkan dalam acuan tanpa minyak? terima kacih!
Allhamdullilah! Akhirnya jadi jugak apam say!!!! www.croquembouchee.blogspot.com. Hari Ahad pukul 12 malam baru merekah! Gamat rumah di buatnya!!!! Terima kasih kerana berkongsi! Sekarang boleh la buat variasi!!!
fauzi
Allhamdullilah! Akhirnya merekah juga apamnya, beras dan gandum/mekar. Terima kasih kerana berkongsi.
Fauzi
slm..bleh tumpang tanya, secawan tapai tu letak masa bila ya?sy br nak cuba sb suka mkn apam beras ni.tq
croquembouchee: tahniah menjadi apam.. Baru perasan dengan komen you.. boleh buat lagi lain kali ye...
Nanti bila dah pakar, eno tu boleh dimasukkan sikit-sikit, supaya apam lebih cantik. (tidak dimasukkan sekaligus di dalam adunan)
DAsinggahlagi: sorry ye, baru perasan takde mention pasal tapai tu.... K.An da tambah. Tapai tu 'blend' sekali dengan tepung beras, gula dan air. Kalau blender saiz kecil, masuk sebhagian dulu tepung beras, tambah sikit-sikit agar cepat sebati.
Post a Comment