Wednesday, November 12, 2008

Apam Beras

Bahan-bahan: (menghasilkan lebih kurang 60 biji apam comel)

A) 1 mangkuk nasi sejuk. 1/2 biji ragi (seperti gambar) disagat pada penapis dan gaul rata pada nasi. Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan 2 malam sehingga menjadi secawan tapai.

B) 1 paket 500 gm tepung beras
3 cawan air biasa
1 cawan gula pasir
1 cawan tapai nasi (daripada A)

C) 2 paket Eno biasa (peket biru)
kelapa putih parut

Cara-cara:

1. Masukkan tepungberas, 1 cawan tapai nasi, gula dan air ke dalam 'blender' Kisar sampai campuran hancur dan sebati. (lebih kurang 3 minit)

2. Tapis ke dalam bekas besar bertutup ('tupperware') Gaul rata. Tutup dan perap sekurang-kurangnya 6 jam. Terlebih sikit tak apa. Contohnya buat adunan malam, pagi baru buat proses seterusnya.

3. selepas 6 jam... Panaskan pengukus. Sediakan acuan apam. (tak perlu lenser)

4. Campurkan eno ke dalam adunan. gaul rata hingga berbuih. Bahagikan adunan kepada warna kegemaran anda. masukkan kedalam acuan 3/4 penuh. kukus 10 -15 minit.

5. keluarkan daripada pengukus dan kuih boleh dikeluarkan daripada acuan. Hidang bersama kelapa putih yang digaul sedikit garam.

6 comments:

  1. Cantik dan merekah betul!!! Apam saya tidak merekah tapi saya baru perasan saya laserkan minyak pada loyang apam. You leserkan minyak atau terus masukkan dalam acuan tanpa minyak? terima kacih!

    ReplyDelete
  2. Allhamdullilah! Akhirnya jadi jugak apam say!!!! www.croquembouchee.blogspot.com. Hari Ahad pukul 12 malam baru merekah! Gamat rumah di buatnya!!!! Terima kasih kerana berkongsi! Sekarang boleh la buat variasi!!!
    fauzi

    ReplyDelete
  3. Allhamdullilah! Akhirnya merekah juga apamnya, beras dan gandum/mekar. Terima kasih kerana berkongsi.
    Fauzi

    ReplyDelete
  4. slm..bleh tumpang tanya, secawan tapai tu letak masa bila ya?sy br nak cuba sb suka mkn apam beras ni.tq

    ReplyDelete
  5. croquembouchee: tahniah menjadi apam.. Baru perasan dengan komen you.. boleh buat lagi lain kali ye...

    Nanti bila dah pakar, eno tu boleh dimasukkan sikit-sikit, supaya apam lebih cantik. (tidak dimasukkan sekaligus di dalam adunan)

    ReplyDelete
  6. DAsinggahlagi: sorry ye, baru perasan takde mention pasal tapai tu.... K.An da tambah. Tapai tu 'blend' sekali dengan tepung beras, gula dan air. Kalau blender saiz kecil, masuk sebhagian dulu tepung beras, tambah sikit-sikit agar cepat sebati.

    ReplyDelete