Friday, June 25, 2010

Kerutuk Ayam Adabi

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua... hari penuh keberkatan dan kenikmatan kepada seluruh umat Islam.. Kepada yang berpuasa sunat semalam pasti lebih terasa kemeriahannya.. Banyakkanlah bersedekah agar rezeki yang ada tambah berkat...
Hari ni kita masak istimewa sikit sempena hari Jumaat. Juadah Pantai Timur ni selalunya disajikan di Hari Raya ataupun dipadankan dengan nasi minyak ketika kenduri kendara... Inilah kali pertama K.An masak kerutuk sebab di tempat K.An tak ada masakan begini.

Minggu lepas masa mencari bahan-bahan masakan termasuk rempah ratus yang dah susut stoknya di dapur K.An, ternampak rempah Kerutuk Adabi di rak rempah ratus... Bagus juga kalau mencuba. Resepi pun dah tersedia... Beli ayam dan bahan-bahan lain, dan kita masaak....

Resepinya k.An ikut yang ada di peket rempah. Dah siap, rasa macam kurang pedas, K.An ketuk 5 biji cili padi dan campur semula dalam masakan... mmmp.. baru naik rasanya.

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1 peket rempah kerutuk Adabi
800 gm ayam dipotong kecil
2 sudu makan kerisik
1 1/4 cawan santan pekat- daripada 1 biji kelapa

Bahan A: (dikisar)
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih

Bahan B:( dikisar)
1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
1/4 inci lengkuas

2 batang serai ditumbuk
80 gm gula merah/ gula melaka
1 sudu teh pati asam jawa Adabi
2 cawan air
garam secukup rasa

Cara memasaknya:

1. Bancuh rempah kerutuk dan bahan A dengan sedikit air.
2 Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan B bersama serai hingga wangi. Masukkan Campuran rempah dan tumis hingga pecah minyak. (gunakan api perlahan dan gaul sekali-sekala)

3.Kemudian masukkan ayam, kerisik, santan pekat, asam jawa, air dan gula merah. Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan cili padi yang diketuk. Gaul rata. Jika cukup rasa, bolehlah dimatikan api dan dihidangkan.

1 comment:

My Life My Journey.. said...

Minggu depan rasa nak try buat Laksa Johor resepi Periuk Tanah, menjamu org blk Europe hehehehe... Guna ikan apa yg ada, cuma daun kesum n bunga kantan tak ada la, tak ada hal, buat laksa selalupun tak letak juga bila dah habis stok.. TQ byk2 An, dulu2 KFa dok rasa laksa Johor ni payah nk buat, bila tgk resepi An rasa mcm boleh jer mencuba, tak ada sapa nk marahpun kalau krg sedap kan..:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin