Hari ni, K.An kongsi siarkan hidangan petang yang mudah dan dah banyak kali buat. Resepi pun dah ada. Cumanya ada beberapa rakan yang pernah bertanya cara menyira kuih keria ni sebab
ramai yang buat tak menjadi.
Ada jugak yang kata, adunan tepung dan keledek tu, lembik, jadi dia tambah tepung dan uli... haaa.. apa lagi, keras dan liat le kuih tu..
Lain kali, tanya cikgu dulu ye, kalau nak ubah resepi tu... heehheh
Boleh juga tengok resepi kat sini ye....
Bahan kuih, sama resepi yang dulu:
250 gm keledek, (k.An suka yang warna merah/ oren sebab rasanya manis.- Kupas kulit, potong kecil dan rebus empuk. Boleh juga dikukus ye... Lepas tu toskan.
1/2 cawan tepung gandum
*** tepung gandum secukupnya ditabur di talam untuk membentuk kuih.
Cara membuatnya:
1. Lecek halus ubi keledek yang telas ditoskan tadi ketika masih panas. Apabila cukup halus,
sejukkan sebentar.
2. Masukkan tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Ingat ye, dohnya memang lembut dan melekat di tangan, kerana doh yang begini menghasilkan kuih keria atau cucur badak yang lembut.
3. Taburkan tepung di talam dan tapak tangan. Bentukkan kuih menjadi gelang, mengikut saiz kegemaran masing-masing. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak dan goreng kuih hingga keemasan. Sejukkan sebentar sebelum disira.
Cara menyira kuih:
1. kuih keria yang siap digoreng perlu disejukkan
dahulu sebelum disira.
2. Untuk 8-10 ketul kuih keria saiz sederhana kecil, K.An gunakan 2 sudu besar gula dicampur. dengan 1/4 cawan air.
2. Masukkan ke dalam kuali. Didihkan menggunakan api sederhana.
3. Apabila air gula berbuih pekat, perlahankan api dan masukkan kuih.
Gaul rata. Apabila gula mula melekat pada kuih, padamkan api dan terus menggaul kuih, hingga gula menjadi sira.
5 comments:
sedapnya kuih keria, dah lama tak merasa..
salam kenal,
tejumpa sewaktu 'jalan jalan'. izin saya letak dlm link ye.
salam makcikkantin... terimakasih sudi singgah.. silakan link..
dah buat baru jumpa resepi kat sini..padanlah keras sikit..dlm lembut hehe..uli2 lekat kat tgn +tepung
Terima kasih kongsi resipi kuih keria, teringin sangat nak makan, beli xsesedap buat sendiri. boleh cuba resipi K.An ni. tapikan yang langkah terakhir tu kena sira satu2 kuih keria tu atau masukkan semua sekali gus?
Post a Comment